CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 660|Reply: 1

Penduduk Resah Jumpa Kubur Misteri, Rupa-Rupanya Janin Anak Luar Nikah

[Copy link]
Post time 18-2-2022 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Bantul: Kewujudan satu kubur misteri yang meresahkan penduduk di Jetis, Bantul terjawab selepas polis mengesahkan ia mengandungi janin yang digugurkan.


Lapor Kompas.com, kubur dengan nama Arsila Bin Andreas itu ditemukan penduduk sejak 30 Januari lalu dan seingat mereka, tiada sebarang kematian atau pengebumian dilakukan baru-baru ini.


Persoalan penduduk terjawab selepas pasangan remaja lelaki dan perempuan ditahan polis ketika mereka melawat kubur berkenaan.


Foto: Kompas.com




Polis turut menggali semula kubur itu dan menemukan sejumlah tulang yang dibungkus dengan kain kafan dan berdasarkan pemeriksaan awal, janin itu digugurkan ketika berusia lima bulan.


Ketua Polis Bantul, Ihsan berkata, pasangan remaja tersebut merupakan ibu bapa kepada janin berkenaan.


Katanya, remaja perempuan menceritakan dia hamil anak luar nikah bersama kekasihnya dan takut diketahui ramai, dia bertindak menggugurkan kandungannya.


“Remaja perempuan itu menelan 16 pil untuk menggugurkan kandungannya dan selepas mengalami kontraksi, dia melahirkan anaknya di dalam bilik mandi.


“Selepas itu, dia dan kekasihnya segera mengebumikan janin tersebut. Pasangan itu turut memberitahu hubungan mereka tidak direstui keluarga masing-masing,” katanya.


Jelas Ihsan, disebabkan hal itu, pasangan remaja berkenaan memutuskan menggugurkan kandungan.


“Kami akan menyiasat kes ini secara menyeluruh dan jika didapati pasangan remaja itu sengaja menggugurkan kandungan, mereka akan didakwa mengikut undang-undang,” tegas Ihsan.


Sementara itu, polis turut merampas kain kafan dan batu nisan untuk dijadikan bahan bukti. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-2-2022 12:26 PM | Show all posts

Bantul: Kewujudan satu kubur misteri yang meresahkan penduduk di Jetis, Bantul terjawab selepas polis mengesahkan ia mengandungi janin yang digugurkan.







Lapor Kompas.com, kubur dengan nama Arsila Bin Andreas itu ditemukan penduduk sejak 30 Januari lalu dan seingat mereka, tiada sebarang kematian atau pengebumian dilakukan baru-baru ini.

Persoalan penduduk terjawab selepas pasangan remaja lelaki dan perempuan ditahan polis ketika mereka melawat kubur berkenaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.134289 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list