View: 2743|Reply: 33
|
Dah Lapan Tahun Hilang, Misi Pencarian MH370 Dimulakan Semula
[Copy link]
|
|
Australia – Pencarian penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang lapan tahun lalu dilaporkan dimulakan semula selepas teknologi baharu dikatakan membantu menentukan secara tepat lokasi pesawat tersebut terhempas, demikian menurut akhbar MailOnline.
‘Pemburuan’ MH370 kembali aktif selepas seorang jurutera aeroangkasa Britain, Richard Godfrey berkata, dia dapat mengesan kapal terbang Boeing 777 tersebut menggunakan teknologi pengesanan baharu.
Dakwa Godfrey, sistem menggunakan isyarat radio itu bertindak seperti penggera pengesanan penceroboh (IDS) dan membantunya dalam usaha menyelesaikan salah satu misteri paling rumit dalam dunia penerbangan antarabangsa.
 Foto: AFP
Bangkai pesawat MH370 itu dikatakan berada pada kedudukan 3,962 meter di dasar laut dengan jarak 1,931 kilometer ke barat Perth, Australia.
Lokasi itu, katanya, dikenali sebagai Broken Ridge yang merupakan sebuah kawasan tanah tinggi di dasar laut. Broken Ridge yang menempatkan gunung berapi dan jurang, terletak di tenggara Lautan Hindi.
“Saya yakin bahawa insiden yang menimpa MH370 adalah disebabkan oleh juruterbang, Kapten Ahmad Zaharie Shah yang membuat keputusan menukar laluan pesawat dan menghilangkannya di sebuah lokasi paling terpencil di dunia.
“Kini dengan adanya teknologi canggih dan moden, saya berharap pesawat itu kembali ditemui sekali gus merungkai misteri yang sudah berlanjutan selama lapan tahun,” kata Godfrey.
Jurutera itu berkata, sistem penjejakan baharu yang dipanggil Pelapor Penyebaran Isyarat Lemah (WSPR) adalah seperti mempunyai sekumpulan IDS yang berfungsi dalam setiap arah bagi mengesan isyarat daripada data komunikasi satelit MH370.
Ketua Pesuruhjaya Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Angus Mitchell berkata, beliau berharap misteri aviasi terbesar di abad ini yang tidak dapat diselesaikan itu akan menemui penghujungnya.
“Kami sedang menyemak semua data lama, mencari apa-apa yang mungkin terlepas.
“Oleh kerana laporan itu meletakkan pesawat di kawasan yang pernah dicari, kami sedang meneliti semakan data dengan kerjasama Geosains Australia,” kata Mitchell.
Mitchell turut menyatakan keyakinan terhadap penyelidikan Godfrey dan menyifatkannya boleh dipercayai tetapi enggan memberi harapan palsu kepada keluarga mangsa.
“Kami mempunyai data yang cukup daripada satelit, kami mempunyai oseanografi, analisis drift, kami mempunyai data prestasi daripada Boeing dan kini ditambah dengan teknologi baharu oleh Godfrey.
“Kesemuanya menunjukkan satu kesimpulan yang sama iaitu lokasi pesawat terhempas adalah pada satu titik khas di Lautan Hindi,” ujarnya.
Pesawat MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014 bagi perjalanan ke Beijing, China dengan membawa 239 penumpang.
Menara kawalan trafik udara melaporkan terputus hubungan dengan pesawat itu kira-kira 40 minit selepas ia berlepas dan terus hilang tanpa jejak.
Sejak 2014, 33 serpihan yang dipercayai milik MH370 telah ditemui di enam negara termasuk Afrika Selatan dan Madagascar yang menurut pakar telah membuktikan pesawat itu terhempas ke dalam Lautan Hindi. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Cari lg.....actually brp billion kjn msia dh habis duit utk operasi cari nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Baca dekat wiki Msia dah spent 500 juta.Australia pun banyak keluar,ratus juta jugak.Sedih aku kes ni.Teruk Msia handle.
Teringat interview Hishamuddin dengan tv station aussie.Denfensive gila buat malu msia aje.Belum lagi wakil MAS sapa ntah nama dia buat PC macam apa |
|
|
|
|
|
|
|
timing yang pelik untuk restart misi mencari..  |
|
|
|
|
|
|
|
Adrif: timing yang pelik untuk restar ...
kannnn… adakahhhhhh? |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat cerita Manifest kat Netflix. Pesawat hilnh 5 tahun tapi orang kat dalam tu tak sedar pun sebab rasa macam normal flight. Maybe masuk worm hole. Aku tak hairan kalau one day MH370 tiba2 landing kat KLIA[em:15:] |
|
|
|
|
|
|
|
SuriNate replied at 18-2-2022 11:22 PM
Teringat cerita Manifest kat Netflix. Pesawat hilnh 5 tahun tapi orang kat dalam tu tak sedar pun se ...
"Montego air 8-2-8 level one five thousand...this is captain William daly......." |
|
|
|
|
|
|
|
Straya replied at 18-2-2022 03:33 AM
Baca dekat wiki Msia dah spent 500 juta.Australia pun banyak keluar,ratus juta jugak.Sedih aku kes n ...
Tak masuk tok moh nak bagi penampau kokedei kat KJ dapat limelight sampai ke media antarabangsa buat malu warga tanahair. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada kperluan ke nak carik? Kalau jumpa pom kat dasar laut paling dalam tu, dapat apa? Waris pom dah redho dah kot.
Kalo jadi mcm cerita manifest tu, mmg kagum lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
ashilalat replied at 18-2-2022 11:29 PM
Ada kperluan ke nak carik? Kalau jumpa pom kat dasar laut paling dalam tu, dapat apa? Waris pom dah ...
Hada la. Untuk peminat kes ni, manada depa nak give up. Yang mencari sekarang tu pun kebanyakan private investigators yang memang obses dengan kes ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Buah manggis dah jumpa ke belum? |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia suka kepada misteri. Mereka akan cuba solve misteri sambil mencatat nama sendiri dalam sejarah |
|
|
|
|
|
|
|
Ada isu x waris2 diorg ni?
Cth faraid harta...nak kahwin lain...
Sbb awal2 xde surat mati kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga dijumpai segera...cepatnya masa berlalu |
|
|
|
|
|
|
|
8 Mac ini dah genap 8 tahun kes tragedi ini.. Peristiwa tersebut jauh lebih penting daripada Hari Wanita, sebab hari-hari pun hari wanita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tak perlu diteruskan melainkan ada yang cuba ambil kesempatan untuk dapatkan duit cara mudah. |
|
|
|
|
|
|
|
hayrin86 replied at 19-2-2022 08:44 AM
8 Mac ini dah genap 8 tahun kes tragedi ini.. Peristiwa tersebut jauh lebih penting daripada Hari Wa ...
Bila hari wanita?...akak yg wanita ni pun x pernah kisah hari wanita |
|
|
|
|
|
|
|
Straya replied at 18-2-2022 11:33 AM
Baca dekat wiki Msia dah spent 500 juta.Australia pun banyak keluar,ratus juta jugak.Sedih aku kes n ...
Wow! Setengah billion, byk tu....dh blh beli kapaterbang baru mesti gomen msia yg byr x kan insurans nk tanggung? By d way, sop cari org hilang kan ada tempoh tertentu dh x jumpa consider mati nape nk bazir duit lg?
Iols ingat yg ketua pengarah mas tu, yg kena kecam sbb x blh speaking london sampai anak dia ikut stress katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pi lah cari bagi jumpa dulu lps tu baru sembang |
|
|
|
|
|
|
|
Harap aku hidup lg bila MH370 ni dijumpai. Kalau zaman anak cucu, x feel, krn mrk x go through all the news dari mula. |
|
|
|
|
|
|
| |
|