CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 747|Reply: 7

Buruh Binaan Diugut Tembak Kerana Ganggu Mesyuarat Zoom

[Copy link]
Post time 18-2-2022 06:27 AM | Show all posts |Read mode
Polis Jakarta menahan lelaki pertengahan usia kerana mengugut seorang pekerja binaan dengan menggunakan pistol angin, lapor laman Coconut News.


Suspek dikenali sebagai RPB dilaporkan bertindak sedemikian kerana mangsa, SES, melakukan kerja pengubahsuaian kediaman  dalam keadaan bising sehingga mengganggu sesi mesyuarat online lelaki itu.




Tangkap layar menunjukkan RPB mengacu pistol angin ke arah SES selepas mesyuarat Zoomnya diganggu bunyi bising tapak binaan. - Coconut News





“RPB berang kerana bunyi di tapak binaan terlalu bising dan mengganggu dia yang sedang bermesyuarat secara online menerusi aplikasi  Zoom.


“RPB telah meminta SES mengurangkan sedikit bunyi bising yang dibuat tetapi permintaan itu tidak diendahkan,” kata jurucakap Polis Metro Jakarta, Endra Zulpan.


Rakaman video yang menunjukkan RPB mengacu pistol angin ke arah SES tular di media sosial Indonesia.




Kredit foto: Suara.com


  





Menerusi paparan video itu, RPB bertanya sama ada SES mahu ditembak di kaki atau lutut namun polis mengesahkan tiada sebarang tembakan dilepaskan.


RPB ditahan polis dan didakwa atas jenayah ugutan ganas, yang boleh dihukum penjara sehingga 1 tahun di bawah Akta Jenayah.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2022 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
I feel u ...tapi tulah..jiran ku suka nak drill dinding bila2 Masa ..tengah meeting zoom tiba2 bunyi drill ..Tak Kira siang malam kadang jam lepas jam 10 mlm
dok bunyi ..penat bagi reminder
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 08:48 AM | Show all posts
same goes to my jiran..upah kontraktor renovate rumah..time anak aku kelas online tu la dia gigih drill.. mula tu husband gi la slow talk, beritahu kalau nak dril jangan jam 10-12 tengahri..waktu lain ikut dia la..tapi sejenis degil.. husband bekas askar, sekali dia pi sergah bebudak tu, terus senyap dan patuh..dasarrrrr sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 09:10 AM | Show all posts


Yg WFH kalau ada meeting online, guna lah benda alah ni cucuk kat headphone. Bunyik2 memekak tu semua kena filter out. Takpun beli mic/headphone yg ada noise cancelling technology
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
sama la jiran iols dok renovate rumah sendiri mcm jail dah rupanya.. habis retak dinding rumah iols.. nak tegur kan bergaduh pulak.. payah dok rumah berkongsi dinding sama ni..
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 11:32 AM | Show all posts
Kena ada timbang rasa disitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-2-2022 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by orangbiasaje at 18-2-2022 12:24 PM

Wah...tak pernah  tahu benda ni (noise cancelling adapter) wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 01:32 PM | Show all posts
Benda2 macam ni benar boleh buat orang hilang sabar silapnya dia ugut guna pistol buat tambah masaalah.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:20 PM GMT+8 , Processed in 0.056305 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list