CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1697|Reply: 8

Baru Je Jumpa! 7 Spesies Haiwan Baru Yang Ditemui Pada 2021!

[Copy link]
Post time 17-2-2022 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun telah banyak spesies haiwan yang dikaji dari masa ke masa, para penyelidik masih menemui spesies haiwan baharu.

Mereka juga menganggarkan bahawa sehingga 80% hidupan di Bumi masih belum ditemui terutamanya di dasar laut dalam.


kredit foto: Nerdist



Menurut illuminasi, para penyelidik menemui pelbagai hidupan baru dan berikut adalah tujuh spesies yang ditemui pada tahun 2021.



  • Tokek Jackie Chan (Cnemaspis Jackieii)

kredit foto: TheHindu



Untuk pengetahuan anda, terdapat sekitar 2,000 spesies tokek atau geckodi dunia. Cicak kecil ini terdapat di setiap benua kecuali di Antartika. Pada 2021, sedozen spesies tokek baru ditemui tetapi satu spesies baru yang mendiami kawasan pergunungan Ghat di India ini diberi nama "Cnemaspis Jackieii" sebagai penghormatan kepada pelakon Jackie Chan.

Tokek ini mendapat namanya kerana tingkah lakunya. Apabila mereka cuba menangkap untuk melakukan kajian, tokek itu melompat dari batu ke batu dengan sangat tangkas seperti pelakon Jackie Chan.



  • Katak Pokok Menjerit (Litoria Quiritatus)
kredit foto: ForgID



Jika anda tahu mengenai katak pokok, anda pasti tahu bahawa katak adalah kecil tetapi mengeluarkan bunyi yang amat kuat.



Pada 2021 penyelidik menemui satu spesies baru katak pokok yang dikenali sebagai "Screaming Tree Frog". Bunyi spesies ini mungkin tidaklah sekuat grey tree frog tetapi bunyi katak itu unik.

Katak pokok itu menjerit mengeluarkan bunyi kuat seakan-akan "tangisan kesakitan" dan bunyi mereka akan lebih kuat ketika mereka cuba untuk menarik perhatian ketika musim mengawan.



  • Biawak Kayu Feiruz (Enyalioides Feiruzae)

kredit foto: Sci-News



Penyelidik menemui spesies baru biawak kayu yang dinamakan sebagai Biawak Kayu Feiruz dari Peru. Penyelidak telah mempunyai rekod sebanyak 16 spesies biawak kayu. Spesies cicak baru ini mempunyai sisik berwarna pelangi halus dan bersaiz lebih besar daripada spesies biawak kayu yang lain.

Spesies baru ini dinamakan sebagai Feiruz oleh seorang wanita bernama Catherine Thomson yang membiayai projek penyelidikan biawak kayu.



  • Paus Berparuh Ramari (Mesoplodon eueu)
kredit foto:Sci-News




Amat jarang penyelidik menemui spesies baru bersaiz besar seperti gajah ataupun beruang kerana ia mudah ditemui, tetapi ia berbeza dengan haiwan yang tinggal di dasar laut dalam. Penyelidik menemui spesies paus baru yang dinamakan sebagai Paus Berparuh Ramai yang tinggal di kedalaman 3,000 hingga 6,000 kaki di dasar laut.

Disebabkan Paus adalah spesies mamalia, paus ini perlu timbul di permukaan air untuk bernafas tetapi penemuannya adalah amat jarang sekali. Paus bersaiz 17 kaki panjang ini dinamakan sempena seorang pakar paus bernama Ramari Stewart.



  • Burung Hantu Pekik (Megascops asio/Megascops kennicottii)

kredit foto:Britannica



Mengenal pasti spesies burung baru dengan betul sebenarnya agak sukar kerana mereka sering berada di tempat yang sukar dilihat terutamanya di bahagian terpencil dunia.



Penyelidik menemui dua spesies burung hantu pelik atau nama lain nya "screech owls". Penyelidik mendapati burung kecil itu begitu unik sehingga dikategorikan dalam spesies sendiri.

2 spesies ini juga bersaiz kecil berbanding spesies burung hantu lain, secara purata, burung hantu pekik ini hanya bersaiz 5 atau 6 inci panjang sahaja.



  • Kelawar Oren (Myotis Nimbaensis)

kredit foto: Bangkok Post



Kelawar boleh ditemui hampir di seluruh dunia kecuali di beberapa tempat suhu yang ekstrem. Pada tahun 2021, ada satu spesies kelawar ditemui di Guinea dan dinamakan Myotis Nimbaesis atau Kelawar Oren.

Kelawar Oren ini ditemui di pergunungan Nimba terletak di sempadan Ivory Coast dan Guinea di Afrika Barat.



  • Sumpah-sumpah Brookesia Nana (nano-chameleon)

kredit foto: Wikipedia



Sesumpah atau chameleon adalah antara reptilia salah satu haiwan paling menarik di dunia, kebolehan mereka bertukar warna menjadikan haiwan yang sukar ditemui. Penyelidik menemui spesies baru sesumpah yang diberi nama "Brookesia Nana".

Spesies ini begitu kecil sehingga dinobatkan sebagai spesies cicak paling kecil, ianya sebesar 2.2cm sahaja, sesumpah itu dinobatkan cicak paling kecil didunia. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2022 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngape cik sesumpah nmpk sedih beno.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyelidik jer yang baru jumpa..orang kg tempat tu dah biasa jumpa..silap2 dah makan pun.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp ada nama jacky chan, feiruz dan nana?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2022 10:06 AM | Show all posts
halusnya sesumpah macam ikan bilis pangkor
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 03:18 PM | Show all posts
comel si burung hantu tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-3-2022 03:24 PM | Show all posts
sesumpah itu kelihatan sedih, ada masalah apa agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2022 03:34 PM | Show all posts
iol lebih interested dgn hidupan laut yang menyeramkan...................

betul ke takde kerak bumi di dalam bumi ni eh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
namemysoul replied at 17-2-2022 07:26 PM
Ngape cik sesumpah nmpk sedih beno.....

dia tau dia bakal pupus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 10:40 PM GMT+8 , Processed in 0.057754 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list