Tular beberapa gambar di media sosial hari ini memaparkan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berada di dalam kawasan tanah perkuburan Islam.
Menerusi perkongsian Negeri Sembilan Update, kelihatan kenderaan tersebut telah menceroboh dan memandu di atas kubur-kubur yang terdapat di situ.
 Perodua Myvi berada di dalam kawasan tanah perkuburan Islam.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di tanah perkuburan Islam di Senawang, Negeri sembilan, namun, punca kejadian masih belum dikenal pasti .
Susulan daripada kejadian itu, rata-rata orang ramai terkejut malah mula tertanya-tanya bagaimana kejadian itu boleh berlaku.
Sumber: KOSMO!ONLINE |