CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 521|Reply: 0

Dah Macam Mengundi- Kena Celup Jari Dalam Dakwat Elak Beli Minyak Masak Berulang Kali

[Copy link]
Post time 17-2-2022 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Jawa Barat: Sebuah pasar raya di Jalan Raya Lanud Sugiri, Sukani, Majalengka menetapkan syarat kepada semua pembeli untuk mencelup jari kelingking dalam dakwat bagi mengelakkan mereka membeli minyak masak berulang kali.


Lapor Tribunnews, golongan wanita sanggup beratur selama berjam-jam di pasar raya itu hanya kerana mahu mendapatkan dua liter minyak masak murah.


Malah ada yang sanggup beratur seawal pukul 6.30 pagi bagi mendapatkan barangan keperluan tersebut.


Foto: Tribunnews




Imah, 56, dari Desa Ciborelang, Jatiwangi memberitahu dia beratur di depan pasar raya sejak pukul 6.00 pagi kerana takut bekalan minyak masak kehabisan.


Katanya, selepas beratur lebih dua jam, dia berjaya mendapatkan sebungkus minyak goreng dua liter.


Minyak masak murah itu dijual dengan 20,000 rupiah (RM5.90) bagi seliter.


Bagi minyak goreng murah dijual dengan 14,000 rupiah (RM4.10) seliter dan hanya dijual di beberapa tempat dan pembelian turut dihadkan.


Kerajaan Indonesia mula melaksanakan dasar satu harga untuk minyak masak bermula tengah malam 19 Januari lalu.


Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi berkata, harga jualan minyak masak di negara itu ditetapkan pada 14,000 rupiah.


Katanya, harga tersebut terpakai untuk produk minyak masak yang dijual secara runcit di kedai-kedai moden atau untuk ahli Persatuan Pengusaha Peruncitan Indonesia.


Untuk minyak masak yang dijual di pasar raya, dasar satu harga akan dilaksanakan selewat-lewatnya minggu depan.


Presiden Indonesia Joko Widodo awal bulan ini menggesa Menteri Perdagangan Lutfi dan pegawai kementerian supaya cari jalan mengekalkan kestabilan harga minyak masak domestik berikutan kenaikan harga komoditi itu baru-baru ini dalam pasaran eksport. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 39920 Replies : 295
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 4039 Replies : 51
Membazir air,netizen bangkang Pesta Air Ala Songkran Anjuran MOTAC di Bukit Bintang.Bukan budaya kito!
YgBenarMembazir air,netizen bangkang Pesta Air
Views : 24480 Replies : 72
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54828 Replies : 1064
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18292 Replies : 19
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277109 Replies : 1518
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 09:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050040 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list