CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 330|Reply: 0

[Sarawak] Kerjasama Kerajaan Sarawak, UNIMAS sangat erat

[Copy link]
Post time 17-2-2022 07:34 AM | Show all posts |Read mode
KOTA SAMARAHAN: Kerjasama antara Kerajaan Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 'bagai isi dengan kuku' yang begitu konsisten terhadap tanggungjawab masing-masing dalam menjadikan negeri ini maju dan berpendapatan tinggi pada 2030.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (gambar) berkata, ini kerana sumbangan dan peranan UNIMAS dalam ekonomi digital Sarawak amat diperlukan.

Menurutnya, dalam hal berkenaan, UNIMAS telah diberi kepercayaan oleh Kerajaan Sarawak menjadi penyelaras Pusat Kecemerlangan Sarawak yang bertindak sebagai penggerak utama bagi membolehkan aktiviti pembangunan penyelidikan dan teknologi dapat dilaksanakan secara holistik bagi menyokong sektor ekonomi digital.

"UNIMAS sebenarnya telah bergerak seiringan dengan kerajaan negeri dalam membantu mentransformasikan Bumi Kenyalang sekali gus menjadikan negeri ini sebuah negeri yang maju dan berpendapatan tinggi pada 2030.

"Sehubungan itu, saya percaya peranan dan sumbangan universiti ini akan ditingkatkan dari semasa ke semasa," katanya semasa berucap pada Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-25 yang diadakan di DeTAR PUTRA di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, ahli Lembaga Pengarah UNIMAS serta ahli jemputan yang lain.


Abang Johari yang juga Pro Canselor UNIMAS berkata, selain mencurahkan bakti dalam ekonomi digital, UNIMAS turut memberi sumbangan kepada Sarawak dalam memerangi COVID-19.

"Antaranya ialah penubuhan Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit bernilai RM150 juta bertujuan menumpukan kepada penghasilan ubat dan kaedah rawatan baharu yang dapat mengawal jangkitan COVID-19.

"Selain membantu kerajaan memerangi COVID-19, UNIMAS juga terlibat membantu kerajaan khasnya di kawasan luar bandar menyediakan bekalan asas di kawasan berkenaan.

"Saya memuji usaha dan penglibatan UNIMAS dan berharap projek ini dapat diteruskan di kawasan pedalaman yang lain supaya ia dapat memberi manfaat kepada penduduk berkenaan," ujarnya.

Sementara itu, Kadim ketika berucap berkata, pihaknya turut mendukung cita-cita kerajaan negeri yang menggariskan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030.

"Bagi menyokong usaha ini, UNIMAS bersedia memainkan peranan penting dengan menjalin hubungan strategik dan kolaboratif dengan pelbagai pihak termasuk pemegang taruh bagi mencapai aspirasi Sarawak," katanya.

Berhubung Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-25 ini, Kadim turut berkongsi berita gembira mengenai UNIMAS telah ditempatkan di 401 universiti terbaik di dunia dalam peringkat Times Higher Education Young University Rankings bagi universiti berusia 50 tahun ke bawah.

Konvokesyen hari ketiga menyaksikan 1,078 graduan melibatkan 570 graduan daripada Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Sumber Manusia (434) serta Fakulti Bahasa dan Komunikasi (74).

Majlis berkenaan diadakan selama empat hari menerusi empat sidang secara keseluruhan melibatkan 3,587 graduan memperolehi ijazah masing-masing.


utusanborneo.com.my/2022/02/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.066709 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list