CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 263|Reply: 0

[Sarawak] Violet kecam komen menghina di Facebooknya

[Copy link]
Post time 17-2-2022 07:32 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pending Violet Yong (gambar) mengecam komen menghina daripada laskar siber di laman Facebook miliknya berikutan satu catatan pada Selasa mengenai perbahasan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022.

Dalam hantaran Facebook tersebut, beliau telah berkongsi fotonya memegang poster cetakan jenama tisu Premier, dengan kapsyen ‘Pagi ini saya membantu mempromosikan kertas tisu jenama Permier semasa perbahasan saya mengenai RUU Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 di DUN’.

Violet yang bercakap kepada pemberita di Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini berkata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkongsi hantarannya di Facebook, seterusnya mencetuskan serangan daripada laskar siber.

"Laman Facebook saya tiba-tiba dihujani dengan banyak notifikasi dan dibanjiri komen oleh laskar siber. Selepas saya pergi menyemak profil mereka kebanyakannya rata-rata dari Semenanjung Malaysia seperti Johor, Kedah, Pulau Pinang dan sebagainya.

"Saya berasa terganggu dengan semua serangan yang tidak perlu ini. Sebaliknya, apa yang beliau (Najib) siarkan di Facebooknya tidak melalui ucapan saya tentang pindaan Perlembagaan Negeri. Beliau cuba memutar belit topik tersebut," keluhnya.



Violet berkata tindakan itu bukan budaya Sarawak dan beliau terkejut dengan perkataan yang digunakan oleh laskar siber, seterusnya memutuskan untuk menutup ruangan komen bagi hantaran tersebut.

"Saya tahu tidak ada baiknya untuk menghidupkan ruangan komen (untuk posting itu) kerana semua bahasa yang digunakan (menunjukkan) mereka adalah rakyat Semenanjung Malaysia. Pilihan perkataan yang mereka gunakan adalah sangat kasar dan tidak berpuas hati atas perkara yang tidak perlu.

"Saya faham dalam politik kita perlu berdepan dengan kritikan tetapi bagi saya kritikan sebegini sangat merendahkan sehingga ia tidak sepatutnya diamalkan. Kita tidak seharusnya membiarkan taktik kotor seperti ini digunakan," katanya.

Violet berkata walaupun laskar siber ini cuba mencemarkan nama DAP, beliau percaya orang ramai yang mengikuti ucapannya di DUN bijak untuk menilai.

"Jika anda mengikuti ucapan saya, saya cuba memperjuangkan hak rakyat Sarawak termasuk menggugurkan perkataan negeri dalam cek pembayaran yang dikeluarkan kepada Kerajaan Sarawak," tambahnya.

Pindaan rang undang-undang yang dibahaskan oleh Violet dan Ahli-ahli DUN lain adalah mengenai penukaran gelaran Ketua Menteri Sarawak kepada Premier dan Menteri Muda sebagai Timbalan Menteri.

Rang Undang-undang itu diluluskan oleh DUN pada Selasa.


utusanborneo.com.my/2022/02/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059068 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list