CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Sarawak] Program Jualan Keluarga Malaysia di Pusa dan Lingga hujung minggu ini

[Copy link]
Post time 16-2-2022 10:20 PM | Show all posts |Read mode
IMANGGANG: Daerah Pusa dan Lingga terus dipilih sebagai lokasi penganjuran Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) bagi Parlimen Batang Lupar untuk edisi berikutnya.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sri Aman Al-Redzamani Abdul Razak memberitahu, penganjuran yang berlangsung pada hujung minggu ini adalah sebagai salah satu inisiatif kerajaan membantu penduduk di luar bandar.


Ketua Pegawai Penguatkuasa Daerah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sri Aman Al-Redzamani Abdul Razak

“Hasrat kerajaan adalah untuk mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat.

“Justeru, seperti edisi sebelum ini, penduduk berpeluang membeli barangan keperluan asas seperti minyak masak, tepung gandum, gula pasir, ayam standard, telur ayam, beras dan barangan runcit lain dengan harga jauh lebih rendah iaitu sekitar 15 hingga 20 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, pelaksanaan PJKM sebelum ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan khususnya daripada golongan berpendapatan rendah B40.
“Jualan barangan keperluan dan barangan runcit telah mencecah kira-kira RM80,000 sepanjang berlangsungnya PJKM di Bahagian Sri Aman dan Bahagian Betong dalam tempoh dua bulan ini.

“Oleh demikian, saya menyeru penduduk di sekitar Pusa dan Lingga untuk datang beramai-ramai ke PJKM pada tarikh yang ditetapkan untuk mendapatkan barangan keperluan dengan harga lebih murah,” ujarnya.

Ujar Redzamani, PJKM yang akan bermula dari 19 hingga 20 Februari depan bertempat di Gelanggang Futsal Lingga dan Bazar Rohani Dataran Tandang Sari Pusa dianjurkan bersama pelbagai pihak.


by suaraswk
February 16, 2022

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.067305 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list