CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 336|Reply: 0

[Sarawak] Gelandangan didakwa tumbuk muka pelanggan restoran ditahan

[Copy link]
Post time 16-2-2022 07:10 PM | Show all posts |Read mode


BINTULU: Seorang lelaki berusia 38 tahun yang dipercayai kurang siuman diberkas kerana dipercayai menumbuk muka seorang pelanggan di sebuah restoran di Jalan Abang Galau di sini.

Lelaki terbabit diberkas sepasukan anggota dari Balai Polis Pusat Bintulu jam 5 petang semalam di pentas Dataran Esplaned, Jalan Main Bazaar di sini.

Kes gelandangan terbabit yang juga mengganggu orang awam di pasar lama dataran itu turut tular dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, pada kira-kira jam 5.33 petang pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu telah menerima satu laporan daripada seorang wanita tempatan berusia 35 tahun berkenaan kes terbabit.

Katanya, wanita itu mengatakan pada jam 12 tengah hari di sebuah restoran di Jalan Abang Galau, pengadu bersama keluarganya yang sedang makan telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali dipercayai kurang siuman.

"Secara tiba-tiba lelaki itu telah menghampiri meja pengadu dan bertindak menumbuk muka ayah pengadu menggunakan tangannya sehingga ayah pengadu jatuh dari kerusinya," ujarnya dalam kenyataan semasa dihubungi Utusan Borneo hari ini.

Pada masa sama katanya, suspek telah mengeluarkan kata-kata ancaman kepada keluarga pengadu seterusnya beredar sambil menyatakan akan datang lagi untuk mengganggu pengadu dan keluarganya.

"Akibat kejadian tersebut, ayah pengadu telah mengalami bengkak di bahagian dahi, mata dan pipi," katanya sambil menambah selepas menerima laporan, pihak polis memulakan siasatan berhubung kejadian tersebut sekali gus bertindak segera sehingga berjaya menangkap suspek di Dataran Esplaned di sini.

Zulkipli berkata, pihak polis percaya dengan tertangkapnya suspek tersebut kes berkaitan telah berjaya diselesaikan.

Tegasnya, pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Katanya, di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bintulu untuk permohonan reman bagi membantu siasatan dan ujian saringan air kencing akan dijalankan ke atas suspek bagi mengesan penyalahgunaan dadah oleh suspek," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.427362 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list