View: 1218|Reply: 10
|
Mula-mula Tak Cukup Makan, Tiada Tempat Tinggal Kemudian Jadi Ketagih Mengemis
[Copy link]
|
|
Keseronokan dapat mengaut ‘untung’ cepat dan lumayan dengan hanya bekerja beberapa jam dalam sehari antara faktor mendorong pengemis kembali ke jalanan.
Meskipun rata-rata memberi alasan mengemis untuk kelangsungan hidup, pelbagai pendedahan telah membuktikan mengemis kini menjadi kegiatan menguntungkan sehingga ada yang ‘ketagih’ untuk mengemis kerana seronok melakukan aktiviti berkenaan.
Pakar Perunding Kanan Psikiatri Universiti Malaya (UM) Prof Madya Dr Muhammad Muhsin Ahmad Zahari berkata bermula daripada keseronokan, akhirnya membentuk ‘sikap ketagihan kelakuan’ dalam kalangan pengemis sehingga menyukarkan mereka berhenti biarpun sudah beberapa kali menjalani proses pemulihan.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/16/185011qqud5uiqjfz5qqq8.jpg) Gambar hiasan
Beliau berkata secara psikologi, rasa seronok mendapat ganjaran akan menjadi motivasi untuk seseorang individu melakukan perkara sama secara berulang kali sehingga berisiko mengakibatkan ketagihan.
“Mungkin bermula disebabkan keperluan, tidak cukup makan, tiada tempat tinggal lalu dia mengemis tetapi lama-kelamaan ia semakin sebati dengan dirinya sehingga menjadi tabiat dan akhirnya ketagih untuk terus mengemis,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mengakui bukan mudah mengubah tabiat manusia khususnya apabila sudah ketagih, Dr Muhammad Muhsin berkata proses pemulihan pengemis sewajarnya tidak tertumpu kepada kursus kemahiran semata-mata sebaliknya turut menekankan aspek kerohanian.
Di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, pengemis yang dibawa ke Pusat Pemulihan Pengemis Desa Bina Diri akan diberi latihan kemahiran seperti menjahit, bertukang dan berkebun bagi membolehkan mereka berdikari apabila kembali ke pangkuan masyarakat.
Bagaimanapun katanya, kemahiran yang diberikan tidak akan menyelesaikan masalah sekiranya mentaliti dan sikap pengemis tidak diubah.
Beliau berkata pengemis perlu disedarkan bahawa perbuatan mereka ibarat ‘menipu’ apabila mengambil kesempatan ke atas rasa mudah simpati masyarakat kepada golongan sebegini.
“Saya tidak nafikan latihan kemahiran seperti bertukang, menjahit penting tetapi elemen kerohanian, keagamaan, sokongan psikologi adalah ramuan utama yang amat diperlukan golongan ini dalam proses pemulihan untuk mereka keluar daripada kepompong ini.
“Mereka sebenarnya boleh diselamatkan dan diberi peluang untuk menjalani kehidupan lebih baik tetapi sokongan moral sebegini perlu dilakukan secara berterusan walaupun sudah selesai tempoh menjalani pemulihan di jabatan tertentu,” katanya.
Beliau juga mencadangkan pemantuan pergerakan dibuat untuk tempoh tertentu terhadap pengemis yang baru tamat proses pemulihan bagi memastikan mereka tidak kembali terjebak dalam aktiviti tersebut.
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Untung mengemis ni..x payah byr tax.cuma ofis je la panas..mungkin blh bawak portable ekon utk keselesaan |
|
|
|
|
|
|
|
tangkap...bg makan pakai tempat tdo ko latih itu ini....ujung ko lepas gitu xde pantau....balerrrrrrrrrrrrrr............
sekian dan kesian |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab: Untung mengemis ni..x payah by ...
Kalau sambil2 ngemis layan porum ok jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah biasa kerja senang
Menadah je dapat duit
Hari2 plak tu gaji hari![](static/image/smiley/default/lol.gif)
Ko rasa dia boleh tahan ke kerja berjam2 berat lepastu dapat gaji hujung bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Paling pantang pengemis demand nak 5 hengget sekali sedekah...amboi kau. |
|
|
|
|
|
|
|
mengangkang ja dapat duit memanglah ketagih
memang dah tak boleh bekerja malas tahap gaban walau sihat tubuh badan
|
|
|
|
|
|
|
|
baru tadi kena. nak duit beli nasi katanya, dah tiga hari tak makan. seringgit tak cukup.last2 aku angkat tangan, geleng kepala. dia pun faham, blah. cari target lain.
baju dia baju baru kot, takde nampak lusuh ke apa. warna lawa. kain putih sikit pun tak bertukar kuning.
seluar dia pakai warna creamy, putih kuning gitu. kain pun nampak baru. takde kesan kotor langsung.
selipar dia pakai, bila jalan, tapak tak nampak haus. tapak selipar aku dah haus, kadang2 jalan macam tak pakai kasut. punya la nipis.
mewah woo pengemis zaman sekarang.
baju lagi baru daripada baju aku. baju aku dah kembang sana-sini. patutnya aku yang mintak duit kat dia ![](static/image/smiley/default/sweat.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Makin ramai pulak lately yg mintak sedekah kt trafic light..tp dtg naik kereta proton mampu pulak ..parking tepi jln the opposite side, duk berdiri kt trafic light tunggu lampu merah... |
|
|
|
|
|
|
|
itu belum kena maki ngn boss lagi, dgn perangai manusia mcm mcm perangai.. hahah
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang seronok, tunggu orang bagi duit ja |
|
|
|
|
|
|
| |
|