View: 1178|Reply: 8
|
"Doktor Sahkan Ada Darah Beku Di Kepala" - Semoga Ibu Jue Aziz Cepat Sembuh
[Copy link]
|
|
Ibu kepada pelakon Jue Aziz dikejarkan ke hospital malam tadi selepas tangan sebelah kirinya berasa kebas dan tidak berdaya untuk mengangkatnya.
Kata Jue sebelum itu, ibunya, Nor Asmah Mohd Nor, 71, tersungkur jatuh ketika sedang sembahyang.
Kredit foto: IG Jue
“Sebenarnya dia ada tersungkur ketika solat semalam dan keadaan mak masa itu seperti tersembam mukanya. Dia kata tiada apa cuma mungkin terlalu letih.
“Malam tadi jam 10 dia beritahu tangan sebelah kirinya terasa kebas dan tak boleh angkat pula. Jadi abang saya terus bawa mak ke hospital,” katanya kepada Gempak.
Jue dihubungi selepas membuat posting di Instagram meminta mendoakan kesihatan ibunya.
Kini ibunya perlu ditahan di Hospital Kuala Lumpur selepas doktor mengesahkan ada pendarahan beku di kepala yang menyebabkan ‘mild stroke’
“Doktor sahkan ada darah beku di kepala dan tekanan darahnya agak tinggi sehingga menyebabkan ‘mild stroke’.
“Sekarang ni doctor masih buat siasatan lagi dan mak perlu ditahan di wad,” beritahunya.
Jue yang menjaga ibunya yang sedang sakit terpaksa menolak tawaran berlakon yang sepatutnya memulakan penggambaran hari ini.
"Sepatutnya hari ini mulakan penggambaran tetapi dah jadi macam ni saya reda mungkin ini rezeki saya dapat menjaga mak. Saya harap mak cepat sembuh, saya tahu dia kuat," ujarnya.
Menerusi entri Jue di Instagram lima hari lalu, ibunya kelihatan masih sihat dan ceria dalam sebuah video yang dimuat naik.
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok tak tanya
Moga cepat sembuh mak chik |
|
|
|
|
|
|
|
71yrs old tp mak dia nmpk muda |
|
|
|
|
|
|
|
bintangct replied at 17-2-2022 12:26 AM
71yrs old tp mak dia nmpk muda
Skrg mmg zaman orang 70an pun nampak younger than age kalau jalani hidup berkualiti. Anyway semoga lekas sembuh. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh makcik |
|
|
|
|
|
|
|
moga cepat sembuh.. kalau dah mkn ubat darah tinggi ni kena konsisten mkn pd waktu nya |
|
|
|
|
|
|
|
moga cik asmah cepat sembuh & sihat seperti biasa..
jiran yang sangat baik, masa iols dalam pantang acik ni la yang datang utk berurut |
|
|
|
|
|
|
|
semoga cepat sembuh makcik.
rindunya Jue Aziz yang rambut lebat panjang sihat, badan sedap2 chubby tak kerempeng macam pelakon yang pendek kurus katik yang banyak sekarang... suara dia pun sexy gila serak2 basah gitu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|