CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 689|Reply: 9

[Tempatan] Pengguna lega harga telur, ayam kekal

[Copy link]
Post time 16-2-2022 03:47 PM | Show all posts |Read mode
Pengguna lega harga telur, ayam kekal


Telur ayam.

Masjid Tanah: Pengguna menarik nafas lega berikutan tiada kenaikan harga ayam dan telur selepas perayaan Tahun Baru Cina meskipun sebelum ini ia dijangka berlaku.

Situasi itu disifatkan mereka sebagai keadaan yang 'menceriakan poket' pengguna, terutama dalam keadaan terpaksa menghadapi kenaikan kos sara hidup sekarang.

Azirol Ramli, 30, berkata dia bersyukur apabila telur gred A sekarang kekal pada harga RM12.90 sepapan manakala harga ayam standard RM7.99 sekilogram, lebih rendah berbanding RM8.90 yang ditetapkan kerajaan.

"Walaupun ada telur gred B dan C, saya tetap memilih telur gred A kerana pelanggan warung kami dihidangkan telur dadar bersama-sama asam pedas dan sudah tentulah mereka mahukan telur berkualiti tinggi.

"Ayam standard pada harga RM7.99 sekilogram, lebih rendah daripada RM8.90 yang ditetapkan kerajaan dan keadaan ini amat melegakan saya," katanya ketika ditemui di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Sementara itu, Farahina Abdul Mutalib, 47, berkata dia lega apabila harga ayam standard di pasar itu di bawah RM8.90 sekilogram selepas mencecah RM9.50 sebulan lalu.

"Saya bimbang jika harga ayam dan telur naik lagi selepas Tahun Baru Cina pada awal bulan ini seperti yang dilaporkan media tetapi Alhamdulillah, keadaan masih terkawal," katanya.

Tinjauan di pasar raya berkenaan mendapati telur gred C yang dijual pada harga RM11.69 hampir habis, dipercayai berikutan permintaan yang tinggi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ga-telur-ayam-kekal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kekal tp ada charge transport lak deols kenakan pd peruncit. Last few weeks taukeh kedai runcit tunjuk resit. Peruncit masukkan dlm harga brg tp tak terasa sgt la
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 05:15 PM | Show all posts
So macam magic telur ada banyak stock pula?  Tak jadi la ni world reset ke hapa ntah telur dah keluar balik?
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 16-2-2022 05:15 PM
So macam magic telur ada banyak stock pula?  Tak jadi la ni world reset ke hapa ntah telur dah kelua ...

Tidak ada sebarang magic di sini. Jukee Ayam sudah kata, "Kalau tauke-tauke Cina itu terus sembunyikan ayam, sedikit hari lagi ayam-ayam itu akan mula berkokok dalam reban, selepas itu semuanya akan mampus sendiri, sebab itu sekarang tauke-tauke itu mula menggelabah dan 'lepaskan' barang. Tetapi mereka masih tamak dengan harga $8 sekilo, oleh itu teruskan kempen kurangkan makan ayam ini sampai tiga bulan! Sudah enam bulan mereka lanyak kita! Kita ajar mereka! Tunjukkan kuasa pengguna!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:08 PM | Show all posts
manzilla replied at 16-2-2022 06:36 PM
Tidak ada sebarang magic di sini. Jukee Ayam sudah kata, "Kalau tauke-tauke Cina itu terus sembuny ...

Kisah pulak aku dengan Jukee ke Dukee kat Kelantan tu.  Iols klang valley hokey.  
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pagi tadi Aku mkn nasi lemak bungkus lauk telur masin. Harap maklong
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2022 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak paling tak suka makan telur pindang, bodoh punya bangsa Johor
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kekal mahal ker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 16-2-2022 08:36 PM
Akak paling tak suka makan telur pindang, bodoh punya bangsa Johor

Busuk tak sdp yek
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 11:48 PM | Show all posts

Itu telur busuk yang ko makan saper suruh Telur pindang ni herba lah, tapi kalau ko tak suka pun it's OK. Kurang sikit saingan harga pun stabil.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-8-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.074133 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list