CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 813|Reply: 7

Perkahwinan Jarak Jauh, Punca Munculnya 'Kekasih Gelap'

[Copy link]
Post time 16-2-2022 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Perkahwinan jarak jauh dan kehadiran orang ketiga antara faktor yang boleh menyebabkan sesebuah rumah tangga ranap di pertengahan jalan.


Tambah rumit, sesebuah 'masjid runtuh' angkara orang ketiga yang akhirnya menimbulkan konflik baharu dalam rumah tangga, selain diburukkan lagi dengan perubahan gaya hidup dan perasaan cinta serta kasih sayang yang semakin pudar.


Pensyarah Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Siti Marziah Zakaria, berkata orang ketiga ibarat barah sehingga mengganggu gugat keharmonian dan meruntuhkan sesebuah institusi rumah tangga.


Katanya, kewujudan 'kekasih gelap' menjadi faktor penolak dan penarik yang tanpa disedari boleh membawa kepada masalah baharu dalam rumah tangga.


Gambar Hiasan




"Kehadiran orang ketiga tentu memberi ancaman kepada keharmonian rumah tangga. Mereka boleh muncul dalam rumah tangga apabila ada peluang dan ruang.


"Kedua-dua pihak, sama ada suami atau isteri boleh membuka peluang kepada orang ketiga untuk menghantui dan mengganggu rumah tangga.


"erkahwinan jarak jauh kerana faktor kerjaya, keluarga menjadi antara punca yang boleh mewujudkan pasangan kepada skandal atau orang ketiga," katanya.


Siti Marziah berkata, ini kerana perkahwinan jarak jauh memerlukan komitmen, kesetiaan, rasa tanggungjawab dan pengorbanan yang tinggi.


"Justeru, suami dan isteri perlu reda serta bersedia berkorban jika ditakdirkan berjauhan.


"Namun, jika tidak mampu untuk menjalani hidup sebagai pasangan jarak jauh, mereka mesti mencari jalan untuk hidup bersama kerana apabila berjauhan, perasaan bosan, sunyi dan kosong sentiasa memburu mereka.


"Bagi pihak lelaki, mereka mula memikirkan untuk mencari pasangan baharu bagi mengisi kekosongan, manakala bagi wanita pula, jika sudah memiliki anak, bebanan dan tanggungjawab yang mereka perlu tanggung tentunya berganda," katanya.


Beliau berkata, ia juga akan menyebabkan wanita perlu berdikari jika melalui perkahwinan jarak jauh kerana akan berhadapan dengan episod tertekan, lesu upaya (burnout) dan rasa tidak berdaya jika diuji dengan masalah kesihatan dan anak.


"Jika suami pula bersikap lepas tangan dan mengambil mudah, ia akan menambah bebanan emosi yang mereka tanggung. Dalam situasi ini, kehadiran orang ketiga akan sangat diraikan oleh mereka," katanya.


Beliau berkata, rumah tangga yang berkonflik mudah sahaja memberi peluang kepada ancaman kehadiran orang ketiga.


Ada pasangan suami isteri yang mungkin sudah lama bertahan dalam rumah tangga yang tidak harmoni kerana faktor kewangan, anak menjaga nama keluarga atau komitmen terhadap keluarga.


"Namun, mereka tidak dapat menafikan keperluan emosi untuk rasa disayangi, diperlukan dan dihargai oleh pasangan.


"Justeru, konflik berterusan tanpa sebarang usaha untuk menanganinya hanya akan mencederakan emosi mereka.


"Mereka akan mencari 'kelegaan' di luar dengan memulakan hubungan yang baharu dan mencari 'orang baharu' yang boleh memenuhi keperluan emosi dan membahagiakan," katanya.


Selain itu, suasana mungkin juga menjadi bertambah serius jika ada campur tangan daripada kawan, jiran tetangga, saudara-mara, malah ibu atau ayah mentua dan ipar duai.


Sebenarnya mereka boleh menjadi orang tengah dalam usaha mendamaikan pasangan bermasalah, bukan menambah buruk keadaan.


Mengulas lanjut, Siti Marziah berkata, konflik dan pencetus masalah rumah tangga perlu ditangani secara bersama antara pasangan.


Komunikasi terbuka sangat penting untuk mencapai persetujuan dan persefahaman, selain toleransi, sabar, empati dan kematangan bagi menangani perbalahan itu.


"Malah, ada pasangan mungkin perlu orang tengah untuk memudahkan proses komunikasi dan mencari penyelesaian.


"Kaunselor dan perunding perkahwinan juga diperlukan bagi memberi perspektif dan menyuluh jalan kepada pasangan yang sedang menghadapi konflik perkahwinan.


"asangan berdepan konflik perlu diselamatkan dengan syarat kedua-duanya masih menginginkan perkahwinan itu, masih ada perasaan sayang dan sedia memperbaiki diri," katanya.


Ada juga faktor lain yang boleh menyebabkan wujud orang ketiga dalam rumah tangga termasuk akibat perubahan hidup seperti menerima zuriat, konflik peranan, komitmen baharu, diberhentikan kerja, didiagnosis penyakit dan penuaan.


Isu kewangan juga menjadi ancaman kepada keharmonian rumah tangga dan kestabilan perkahwinan.


Krisis kewangan dihadapi kadangkala menghasut mereka untuk keluar daripada kemelut itu dengan mencari jalan pintas, iaitu meninggalkan pasangan untuk memulakan hidup baharu bersama pasangan lain.


Bagi faktor cinta yang pudar, katanya setiap perkahwinan melalui fasa berbeza dan kebanyakan perkahwinan diuji dalam tempoh 10 tahun yang pertama.


Katanya, episod cinta dan keintiman pasangan ada jatuh naiknya dan orang ketiga selalunya hadir pada fasa 'jatuh.  -CARI


Sumber: Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 09:48 PM | Show all posts
satu je kena tau...bertepuk sebelah tgn x berbunyi...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Zakaria Happy Cock tu yang tak menahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:52 PM | Show all posts
kalau dah nak curang, tidak kira jarak jauh atau dekat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
You cannot say happiness without saying penis, ermmmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 09:58 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 16-2-2022 09:48 PM
satu je kena tau...bertepuk sebelah tgn x berbunyi...

wow profile pic album RATM, Evil Empire... ai paling suka lagu Vietnow. tiberrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini bukan curang lah sayang, ini namanya poligami, Nabi kita pun buat tawwww, rugilah nanti tak dapat nikmat payung emas dekat sorga nanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Hallah hallahhh... kalau nk mencurang tu, curang jgk. Yg dok serumah pun bnyk mencurang. Pjj kalau jenis setia takde masalah la bab curang ni. Busy kan diri dgn rutin harian, mesti xde masa nk mencurang. Curang ni jadi sbb ade ruang n peluang. Kalau busy manjang mane nk ade ruang nye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.204570 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list