View: 3692|Reply: 31
|
Sangkut Baju Labuci Di Katil Ubati Rindu, M Daud Kilau Dah Pakai Lampin Pakai Buang
[Copy link]
|
|
Kudrat Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 84, tidak segagah dahulu.
Kini, M Daud hanya mampu menghabiskan sisa hidup dengan berehat atas katil selain terpaksa memakai lampin pakai buang, sejak seminggu lalu.
Tahap kesihatan penyanyi lagu malar segar, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu masih sama selepas menjalani prosedur pembedahan angioplasty di Institut Jantung Negara (IJN) pada 2020.
Foto: Berita Harian
Sebelum itu, M Daud atau nama sebenar, Muhammad Daud Kilau berdepan masalah kesihatan sejak enam tahun lalu.
Beliau yang menghidap penyakit kencing manis sudah tidak boleh berdiri lama selain kebas kaki, tangan dan sakit pinggang.
Selain itu, daya pendengarannya semakin kurang.
M Daud berkata, kesihatannya masih sama dan bergantung kepada ubat-ubatan. Malah, beliau perlu ke Klinik Kesihatan Bagan Datuk dan Hospital Teluk Intan (HTI) untuk melakukan pemeriksaan secara berkala.
M Daud terpaksa memakai lampin pakai buang sejak seminggu lalu berikutan masalah pembuangan dan kerap kencing.
"Kesihatan masih sama. Namun, saya boleh berjalan dan menguruskan diri dengan bantuan keluarga.
"Cuma, sekarang saya lebih banyak berehat atas katil. Dalam masa sebulan, dua atau tiga kali saya kena ke klinik, hospital atau IJN untuk melakukan pemeriksaan.
"Saya bersyukur sudah tidak sesak nafas selepas menjalani pembedahan angioplasty.
"Saya kurang berselera makan, tetapi tetap makan. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada saya sihat seperti ini.
"Harap peminat mendoakan kesihatan saya," katanya ketika ditemui BH Online di kediamannya di Kampung Sungai Balai Baruh, Bagan Datuk, semalam.
Foto: Berita Harian
Bagaimanapun, M Daud melahirkan rasa terkilan apabila kisah lama mengenai kesihatannya semakin merosot dan memerlukan bantuan, kembali tular dalam media sosial.
"Saya terima jika ada yang mahu memberi sumbangan dan sebagai tanda ingatan. Saya berharap tiada lagi keluar cerita yang menggemparkan seperti ini," katanya.
Seperti irama dan lagu yang tidak boleh dipisahkan, begitu juga dengan M Daud Kilau.
Bagi juara program Bintang Radio di Singapura pada 1968 itu, beliau rindu mahu beraksi di pentas. Namun, tahap kesihatannya tidak mengizinkan ketika ini.
Jauh di sudut hati, katanya, dia sudah cukup berpuas hati dengan yang dikecapi selama ini.
"Kerinduan nak menyanyi tetap ada, namun apakan daya. Tidak mengapalah, apa yang dikecapi sebelum ini sudah cukup buat saya berpuas hati.
"Saya pun sudah tidak berdaya nak bergelek lagi, malah, suara pun rasanya tidak selunak dahulu," katanya.
M Daud berkata, koleksi baju labuci masih disimpan dan dijaga dengan baik sebagai kenangan sepanjang 54 tahun bergelar pejuang seni.
"Saya terharu beberapa rakan artis termasuk Zaiton Sameon datang menziarah, baru-baru ini.
"eminat juga datang dan bertanya koleksi baju labuci yang sehelai disangkut di sisi katil. Mereka ada melihat baju ini, sebenarnya inilah yang menjadi pengubat rindu saya.
"Sebelum ini, ada pihak mahu mencari penyanyi pelapis saya. Saya merancang mahu menghadiahkan baju labuci ini kepada pemenang, tetapi projek ini senyap begitu sahaja, mungkin sebab penularan pandemik COVID-19," katanya.
M Daud diserang sesak nafas hingga terpaksa dimasukkan ke HTI dan diberikan bantuan oksigen pada November 2020.
Kemudian M Daud berdepan masalah injap jantung sempit dan menjalani prosedur pembedahan angioplasty pada bulan sama.
Pelakon filem Man Laksa kini tidak mengalami sesak nafas dan tidak tercungap-cungap lagi selepas tiga salur darah dimasukkan alat sten dalam pembedahan berkenaan. -CARI
Sumber: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya. Kalau dulu Raya turn kampung bini aku, selalu nampak dia kat saf depan. |
|
|
|
|
|
|
|
Take care m daud kilau. Dari kecik tgk dia bergelek2. Rasa tua dah. Huhu
Penat wei asyik nk kne g checkup kt hospital. Parking lagi. Q lagi. Ramai gila. Semoga semuanya dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
84 dah... rezeki panjang umur... smoga sihat hendaknyaa |
|
|
|
|
|
|
|
panjang umur pak daud, ingat lg dulu ada gossip ckp dia ada anak ikan, ehemm budak something like that, selamba je dia ckp dia dah tak boleh sebab diabetes, padan muka si pemfitnah |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga sihat selalu pak daud... Tengok memang dia dah tak larat dad. Harap2 keluarga terdekat jaga elok2 ye... Baik orangnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Ai suka watak dia dalam man laksa... Hahhahahhahah terhiburrrr |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga sihat2 selalu pak. Sedi kalau tgk org2 tua hidup sendiri2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kitaran dunia. Semoga baik baik saja menjalani hidup hingga ke akhir. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 80 lebih umurnya, lapis2 tok nenek iols dah arwah. Berehat lah |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga diberi kesembuhan kepada beliau dan dipermudahkan urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagan Dato' ke Teluk Intan ye? Lupa dah haha
|
|
|
|
|
|
|
|
hr Sabtu klu blk kg asben nampaklah isteri dia bwk naik kerusi roda gi pasar tani kt Selekoh. |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa beliau tidak kelihatan mewah setelah berpuluh tahun menyanyi?
moga diberi kesihatan yg baik. |
|
|
|
|
|
|
|
moga panjang umur sihat selalu |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannyaa. mmg tak larat dahh |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ada anak ke?Semoga Allah permudahkan urusan beliau..
|
|
|
|
|
|
|
|
tak pasti lah tp tgk dia happy je greet org ramai kt situ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|