CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1043|Reply: 9

Pengemis Semakin Ganas Dan Agresif, Rupa-Rupanya Tiada Dalang Sindiket Pun

[Copy link]
Post time 16-2-2022 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Apa sudah jadi? Mungkin itu persoalan yang membelenggu masyarakat negara ini mengenai polemik kegiatan mengemis sejak akhir-akhir ini yang dilihat semakin agresif dan mengganas khususnya di kawasan sekitar Lembah Klang.


Apabila tular di media sosial aksi seorang kanak-kanak dipercayai etnik Rohingya meminta sedekah dengan agresif termasuk menunjukkan isyarat lucah kepada pengguna jalan raya sekitar ibu kota, membuatkan ramai 'tersentak' dengan trend mengemis di negara ini yang semakin berevolusi dan membimbangkan.


Insiden itu turut menarik perhatian Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan memberi amaran kepada warga Rohingya khususnya pemegang kad pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) agar tidak melanggar undang-undang negara ini.


Foto: Harian Metro




Malah, masyarakat juga membangkitkan pelbagai andaian daripada insiden itu sehingga beranggapan wujudnya aktiviti mengemis yang didalangi sindiket beroperasi dengan mengeksploitasikan golongan lemah, Orang Kurang Upaya (OKU) dan kanak-kanak untuk keuntungan pihak tertentu.


Namun, hasil risikan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman berjaya membongkarkan sisi sebenar aktiviti ini yang langsung tidak didalangi oleh mana-mana sindiket!


Intipan selama lebih sebulan di kawasan tumpuan pengemis sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam menunjukkan tiada elemen kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 yang membabitkan eksploitasi mahupun paksaan terhadap golongan pengemis.


Malah, hasil pemeriksaan dan soal siasat yang dijalankan polis mendapati tiada individu yang berperanan sebagai ketua sindiket atau orang tengah kepada pengemis.


Bernama yang turut serta dalam risikan selama dua hari yang dilakukan bersama D3 ATIPSOM melihat dengan jelas modus operandi pengemis secara dekat yang menggunakan pelbagai taktik bagi meraih simpati.


Ini termasuk mereka yang menggunakan anak-anak kecil, warga emas, kecacatan selain ada juga yang menipu pura-pura susah atau sakit bagi mendapatkan hasil sumbangan orang ramai.


Operasi khas Op Pintas Bersepadu (Pengemis) bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada 9 Februari lalu mendapati kebanyakan pengemis menjadikan perbuatan secara 'sukarela' sebagai pekerjaan mereka untuk mendapatkan wang bagi kelangsungan hidup.


Ketua Penolong Pengarah Bahagian (D3) ATIPSOM Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, operasi yang dijalankan selama empat hari itu bagi mengenal pasti jika terdapat elemen kesalahan TIP (eksploitasi buruh paksa) dalam kalangan pengemis, peminta sedekah, OKU, OKU penglihatan serta pengemis warga asing yang menjadi sasaran atau mangsa dipergunakan pihak tertentu.


"Apa yang kita dapati daripada hasil intipan dan siasatan, pengemis menjadikan perbuatan mengemis untuk kelangsungan hidup.


"Ada sesetengah pengemis mendapat bantuan zakat, Baitulmal dan juga JKM, malah ada pengemis yang pernah ditangkap sebelum ini oleh JKM," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Bernama selepas tamat Operasi Op Pintas Bersepadu (Pengemis).


Seramai 133 pengemis disiasat dalam operasi dibahagikan kepada beberapa zon antaranya Kuala Lumpur, Shah Alam, Ampang dan Klang membabitkan 75 rakyat tempatan dan selebihnya warga asing seramai 58 orang.


Antara warga asing yang disiasat membabitkan warga Rohingya seramai 20 orang, Indonesia (14), Kemboja (13), Myanmar (lima), Bangladesh (dua), Pakistan (dua) serta England dan China masing-masing seorang.


Fadil menjelaskan, daripada 133 pengemis yang disiasat, paling ramai membabitkan lelaki iaitu seramai 74 orang, 41 wanita dan 18 kanak-kanak.


"Sementara itu, 26 berjaya diselamatkan iaitu 12 dewasa yang diletakkan di bawah (Perintah Perlindungan Sementara) manakala 14 orang kanak-kanak diserahkan kepada pegawai pelindung JKM, sementara 46 orang diberikan amaran.


"Selain itu, daripada 58 pemeriksaan yang dijalankan ke atas pengemis warga asing, 29 daripada mereka ditahan di bawah Akta Imigresen manakala 29 lagi dibebaskan kerana memiliki dokumen," katanya.


Sebahagian besar pengemis yang ditahan diambil tindakan di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Imigresen 1959/63, Akta Pungutan Derma Rumah Ke Rumah dan Jalan 1947 serta Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 1959 (LN 165/59).


Jelas beliau, walaupun membanteras aktiviti mengemis bukan tugas utama D3 namun pihaknya mengambil langkah proaktif berikutan kebimbangan ramai terhadap aktiviti ini sehingga menimbulkan rasa kurang selesa masyarakat selain mengganggu ketenteraman awam.


Fadil mengakui bukan mudah menghapuskan sepenuhnya aktiviti mengemis di negara ini berikutan sikap pengemis itu sendiri yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan sumbangan orang ramai.


Ditambah dengan sikap pemurah rakyat Malaysia, menjadikan golongan pengemis semakin bertambah sekali gus membangkitkan persoalan apakah negara mampu menangani polemik yang sudah lama berakar umbi ini. -CARI

Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 12:34 PM | Show all posts
takde ejen2 dah now...semua rela hati mengemis...kerja senang duduk je...sapaaa taknak
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 12:38 PM | Show all posts
Rakyat malaysia mudah sangat hulur duit kepada pengemis.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerja senang.. Dok je wat muka sedih..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 16-2-2022 12:38 PM
Rakyat malaysia mudah sangat hulur duit kepada pengemis.

Dh ramai sgt simpati...makin menjadi2 la..harap2 budak2 rohingya ni upgrade tmpt mintak sedekah kat kwsn2 elite, kt istana2
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Meleis mudah sgt simpati dgn rohingya n pati. Alasannya janji sedeqoh

Makin bercambahla industri mengemis sbb ada me-layu islamikk syukur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-2-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 16-2-2022 01:24 PM
Dh ramai sgt simpati...makin menjadi2 la..harap2 budak2 rohingya ni upgrade tmpt mintak sedekah ka ...

try buat cam kwn sy masa sekolah dulu...kutipan derma pihak sekolah..x agak2 dia..terus pi bank minta derma ngn kakitangan bertugas....
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 01:45 PM | Show all posts
Sebab tu tak ada kesudahan sebab ada yang masih suka melayan memberi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2022 01:53 PM | Show all posts
selagi ada yg beri.. selagi tu la mereka akan terus meminta. Geram pulak aku bila aku buat dono kt peminta sedekah dr meja ke meja masa makan.. ada yg pandang sinis kt aku konon hitam sungguh hatiku kedekut tahi hidung masin. Seringgit pon taknak bagi.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2022 02:10 PM | Show all posts
"Yang penting dapat pahala sedekah katanya. Pengemis menipu atau apa itu urusan dia dengan allah"

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 08:23 AM GMT+8 , Processed in 0.044310 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list