CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 329|Reply: 0

[Sarawak] GPS tak berganjak tuntut hak Sarawak

[Copy link]
Post time 16-2-2022 08:10 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING: Sarawak berjaya mengembalikan satu persatu haknya sejajar dengan perlembagaan dan undang-undang, kata Fazzrudin Abdul Rahman (GPS-Tupong) (gambar).

Menurut beliau, perjuangan hak Sarawak itu telah dimulakan sejak 2014 di bawah bekas Ketua Menteri Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem.

Usaha itu katanya, kemudian diperkukuhkan lagi dengan idea dan strategi Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

"Ketika 2014, kita masih bersama-sama dengan kerajaan persekutuan BN dengan cabarannya sendiri dan apabila pertukaran kerajaan persekutuan PH dengan cabaran yang berbeza pula.

"Begitu juga dalam kerajaan persekutuan PN timbul pula cabaran yang lain. Tetapi yang pasti, yang tetap sama dan tidak pernah berganjak seinci pun adalah perjuangan kita untuk mengembalikan hak Sarawak," katanya semasa menyampaikan ucapan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 di sini, semalam.


Fazzrudin berkata,  perjuangan GPS begitu jelas sekali dan hanya parti Sarawak sahaja yang faham keperluan rakyatnya.

"Ini terbukti dengan sokongan yang padu kepada GPS dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12). Kita juga sedar bahawa ini adalah pengharapan yang tinggi daripada rakyat Sarawak selain menjadi suntikan semangat untuk GPS bekerja dengan lebih kuat lagi dalam memperjuangkan hak kita," katanya.

Malah ujarnya, parti pembangkang dari Semenanjung turut ditolak jika dibandingkan dengan parti pembangkang dari Sarawak yang lebih mendapat tempat dalam  kalangan rakyat.

"Biarpun mereka pembangkang, sekurang-kurangnya parti berkenaan bukan di bawah telunjuk ‘big bos’ dari Semenanjung," katanya.

Fazzrudin menegaskan usaha memperjuangkan hak Sarawak bukannya suatu tugas yang mudah dan ringkas.

"Ia perlukan kegigihan, penelitian, penyelidikan dan keberanian. Laungan retorik tidak akan dapat menjanjikan kejayaan. Lihat sahaja 22 bulan PH memerintah, retorik-retorik dilaungkan oleh PH Sarawak ketika itu tetapi langsung tidak membawa apa-apa perubahan positif ke arah perjuangan hak Sarawak," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/16

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 06:28 PM GMT+8 , Processed in 0.514856 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list