|
View: 726|Reply: 4
|
Tukang Kebun Dihukum Masuk Kem Buruh Sebab Bunga Tak Mekar Masa Hari Jadi Bekas Pemimpin Korea Utara
[Copy link]
|
|
|
Tukang kebun di Korea Utara dilaporkan dihantar ke kem buruh selepas gagal memastikan ribuan bunga istimewa tumbuh mekar.
Bunga Begonia 'Kimjongilia' dinamakan sempena bapa Kim Jong-un dan mendiang Kim Jong-il sepatutnya mekar bagi menyambung hari lahir bekas pemimpin Korea Utara itu pada 16 Februari.
Acara yang dikenali sebagai 'Hari Bintang Bersinar' lazimnya menyaksikan jalan-jalan di negara itu dipenuhi dengan bunga merah.
Ia sebagai penghormatan kepada Kim Jong-il, yang meninggal dunia pada 2011 ketika usia 69 tahun.
 Foto: PA Images
Bagaimanapun, timbul isu bekalan kayu api yang digunakan untuk mencipta suhu dan kelembapan yang ideal di rumah hijau bagi penanaman bunga tersebut, pada tahun ini.
Akibatnya, tukang-tukang kebun tidak dapat menyediakannya tepat pada masanya.
Menurut Daily NK News, tukang-tukang kebun didakwa mengabaikan tanaman, dengan sebahagiannya dijatuhkan hukuman ditempatkan di kem buruh selama enam bulan.
Ladang tersebut terletak di Samsu County, dan pengurusnya Han juga dilaporkan dikurung selama enam bulan. -CARI
Sumber: mStar/ Daily Star |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku berdoa semoga berhala-berhala itu dihinakan sehina-hinanya oleh Tuhan suatu hari nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Kimjongilia
Dasyatnya jong un ni...benda mcm tu pun ko hukum org... |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|