CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 933|Reply: 0

Lepas Beli Merc Hampir RM200 Ribu, Wani Kayrie Nak Beli Rumah

[Copy link]
Post time 15-2-2022 04:29 PM | Show all posts |Read mode
Wani Kayrie, 21, mensasarkan hasrat memiliki rumah pula selepas berjaya membeli kereta idamannya iaitu Mercedes-Benz CLA180 berharga RM192,000, baru-baru ini.


Wani berkata, sebagai anak sulung, dia melihat sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membahagiakan keluarga terlebih dulu sebelum berkahwin suatu hari nanti.




Foto: IG




"Selepas kereta, saya bercadang nak beli rumah pula sebagai aset peribadi. Bagi saya, selagi ada peluang rezeki ini kena berusaha memanfaatkannya untuk kebahagiaan keluarga.


"Saya ada ibu bapa dan adik-adik yang harus dijaga. Sekarang pun, fokus saya pada karier apabila peluang demi peluang datang untuk saya cuba. Syukur alhamdulillah dan saya akan berusaha lebih baik lagi untuk lebih berjaya," katanya di sidang media virtual drama 3 Nota Cinta lakonannya bersama Ashraf Muslim dan Sharifah Rose yang disiarkan di slot Akasia TV3, jam 7 malam.


Wani yang melakonkan watak Aini dan sudah berkahwin berkata, satu cabaran besar baginya sebagai wanita bujang untuk menjayakan watak itu sebaik mungkin dan mujur dia banyak dibantu pengarah.




  



Diusik mengenai apakah jodohnya sudah dekat, Wani berkata, buat masa sekarang dia masih solo dan tidak terfikir langsung mengenai perkahwinan.


Katanya, dia kini sudah 'move on' dalam perhubungan.




  



"erkahwinan bukan keutamaan saya buat masa ini. Apa yang saya fokus sekarang, urusan kerja. Soal jodoh, biar Allah yang tentukan dan saya takkan sorok jika sudah bertemu calon nanti.


"Cuma, saya selesa berkawan dengan sesiapa saja. Malah, bekas kekasih dulu pun ada yang dah datang semula. Tapi, untuk saya cukup sekadar kami berkawan saja kerana sudah 'move on'," katanya.




  



Wani berkata, selepas terpalit pelbagai kontroversi sebelum ini, dia sangat berhati-hati dan begitu menjaga dirinya dalam pelbagai aspek dan mahu bakatnya yang lebih dikenali. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40496 Replies : 410
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 34795 Replies : 47
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2527 Replies : 168
Hotel-Hotel & Homestay Berhantu
NBMHotel-Hotel & Homestay Berhantu
Views : 1107323 Replies : 795
[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, The Green Lady
NBM[BEST]Kisah Seram Di ITM Jalan Othman, T
Views : 39919 Replies : 197
Pempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah bercerai, patut lama tiada ‘content’ bersama - “Dalam hal ni saya bersalah”
tatodPempengaruh Chazy Nash dan Fatin sudah b
Views : 8172 Replies : 86
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26566 Replies : 20
DUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (2021)
SY_MumiDUNE 3 (2026), DUNE 2 (2024), DUNE 1 (20
Views : 25222 Replies : 65
DISCLOSURE DAY
SY_MumiDISCLOSURE DAY
Views : 285 Replies : 4
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 251 Replies : 2

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:01 PM GMT+8 , Processed in 2.529708 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list