View: 721|Reply: 4
|
Menyamar Pekerja Gas, Tergamak Rogol Wanita 87 Tahun Yang Terlantar Di Katil
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berusia 87 tahun didakwa dirogol dalam kejadian di Tilak Nagar di Delhi, India, pada Ahad, menurut laporan agensi berita IANS.
Warga emas itu didakwa diserang dan dirogol oleh individu tidak dikenali di dalam rumahnya.
Ketika kejadian, mangsa terlantar di katil dan bersendirian sebelum tertuduh memecah masuk ke rumahnya dan menyerangnya.
Gambar Hiasan
Wanita itu tinggal bersama anak perempuannya berusia 65 tahun.
Bagaimanapun, anak perempuan mangsa tiada di rumah ketika kejadian berlaku.
Menurut keluarga mangsa, suspek datang ke rumah mereka pada pukul 12.30 tengah hari Ahad dan mengunci pintu dari dalam.
Ketika ditanya, lelaki berkenaan memberitahu dia bekerja dengan agensi gas dan dipanggil untuk melakukan kerja.
Mengesyaki perbuatan lelakit tersebut mencurigakan, wanita warga emas itu menjerit meminta bantuan.
Suspek kemudian menyerang dan merogol wanita itu, sebelum mencuri telefon milik mangsa dan melarikan diri. -CARI
Sumber: mStar Online/ India Times |
|
|
|
|
|
|
|
gila btl di negara ni x hbs2 kes rogol pelik2 tanpa batasan |
|
|
|
|
|
|
|
rogol dan negara India berpisah tiada
masalahnya nenek tu terlantar pun ko serang dah kenapa |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa apa la rogol org tua cmtu
Ada feeling ka
Gila |
|
|
|
|
|
|
| |
|