CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 454|Reply: 2

[Sabah] Bot tunda pindah air tanpa kebenaran ditahan

[Copy link]
Post time 14-2-2022 07:09 PM | Show all posts |Read mode


DITAHAN: Bot tunda bersama kapal tangki yang dikesan menjalankan aktiviti pemindahan air tanpa kebenaran.

LABUAN: Sebuah bot tunda ditahan selepas didapati melakukan pemindahan air tanpa kebenaran di kedudukan 0.3 batu nautika dari sini.

Pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan berjaya mengesan kegiatan terbabit dalam operasi yang dijalankan pada Sabtu lepas.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kepten Maritim Nudin Jusoh berkata, semasa rondaan rutin, pasukan operasi mengesan sebuah bot tunda sedang berhimpit pada sebuah kapal tangki.

Katanya, selepas mendapati aktiviti mencurigakan itu, pihaknya menjalankan penggeledahan sebelum mengesan bot tunda terbabit disyaki melakukan aktiviti pemindahan air kapal ke kapal tanpa kebenaran daripada pengarah Jabatan Laut Malaysia.

"Pemeriksaan juga mendapati nakhoda kapal, warga India bersama lapan kru yang terdiri daripada dua warga tempatan dan enam warga Indonesia sedang melakukan kerja-kerja berkenaan.

"Kesemua suspek bersama bot tunda ditahan bagi membantu siasatan mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO) yang boleh membawa hukuman kompaun RM50,000 atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan bagi mengelakkan diri dari terlibat dengan sebarang salah laku di perairan negara.

Beliau meminta supaya melaporkan maklumat berkaitan jenayah maritim ke Pusat Operasi Zon Maritim Labuan di talian 087-427999 atau melalui talian kecemasan MERS 999.


utusanborneo.com.my/2022/02/14
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 08:31 PM | Show all posts
air???..ingat diesel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 11:06 AM | Show all posts
pahtu air tu nk buat ape.............
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054267 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list