CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 758|Reply: 4

Kerat Kekasih Sebab Kejantanan Terancam

[Copy link]
Post time 14-2-2022 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki Pennsylvania, Amerika Syarikat tergamak membunuh teman wanitanya dengan parang sebelum mengerat tubuh mangsa.


Peguam Daerah Delaware County, Jack Stollsteimer berkata, perbuatan lelaki itu adalah tindak balas terhadap apa yang dirasakan sebagai 'ancaman terhadap kejantanannya'


Menurut rekod mahkamah, Nicholas Peter Scurria, 32, ditahan awal pagi kelmarin dan didakwa dengan dua pertuduhan membunuh, mendera mayat dan memiliki alat melakukan jenayah.




Kredit foto: CNBC




Perbuatan tertuduh terbongkar selepas jirannya yang tinggal di Apartment Willow, Clifton Heights membuat aduan keganasan rumah tangga di talian kecemasan pada jam 4.41 pagi.


Berdasarkan laporan jirannya, mereka terbangun apabila terdengar jeritan dari rumah jirannya itu sebelum tiba-tiba senyap dan mereka mendengar bunyi seperti menggergaji dan mengumpulkan atau pengalihan bahan plastik.


Pegawai polis melihat lampu pada tingkat satu apartmen itu dan berjalan ke belakang sebelum mengintip melalui tingkap bilik tidur dan melihat Scurria sedang duduk di atas katil.


Fox 29 melaporkan, tertuduh dilihat memotong atau menggergaji kaki kiri mangsa wanita dengan parang dengan mayat itu dipancung dan terbaring di atas lantai.


Dalam soal siasat, Scurria memaklumkan dia dan mangsa tinggal bersama dan bertengkar selepas mengakhiri hubungan mereka.


"Defendan mendedahkan semasa pertengkaran itu mangsa pengsan selepas dia berulang kali memukul kepala dan bahagian muka mangsa.


"Dia mengaku melupuskan bukti dengan cara memotong bahagian badan mangsa," katanya.


Scurria mempunyai rekod lampau apabila dipenjara 58 hari atas kesalahan pecah rumah pada 2011.




Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2022 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ya ampun. baca je pn dah rasa seram
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 08:22 PM | Show all posts
Tang mana yang kejantanan terancam nya?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 10:39 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 14-2-2022 08:22 PM
Tang mana yang kejantanan terancam nya?

mungkin masa tengah bergaduh gf dia cabar "klu ko berani pukul lah aku jantan tak guna" (ni versi bm aku malas nak translate ke english)
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:44 PM | Show all posts
Mungkin dia selalu nyanyi lagu kak nita kot yg lirik dia mcm ni kot :

"Jangan pandangku sebelah mata
Nanti kejantananmu tercabar
Takkan ku menyerah kalah
Kerana matamu berat sebelah
Temahan akan ku tepis
Selagi persis, tak terkikis seksis"
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.056844 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list