CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Sarawak] Orang ramai bekerja sendiri dipelawa mohon SPS PERKESO

[Copy link]
Post time 13-2-2022 11:25 PM | Show all posts |Read mode


BANTU RAKYAT: Aktiviti libat lurus dijalankan oleh PERKESO Sibu.

SIBU: Orang ramai khususnya yang bekerja sendiri dipelawa memohon Program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SPS) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

PERKESO Sibu berkata, SPS Padanan Caruman adalah perlindungan di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri PERKESO di mana kerajaan menyediakan bantuan bayaran caruman 80 peratus daripada Pelan 2 (RM232.80) kepada kumpulan sasaran Orang Bekerja Sendiri (OBS) yang layak.

"OBS hanya perlu membayar sebanyak 20 peratus daripada Pelan 2 iaitu RM46.60. Permohonan ini bermula dari 1 Januari 2022 dan berakhir pada 31 Disember 2022," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, pengumuman Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz semasa pembentangan Belanjawan 2022 lalu, kerajaan bersetuju memperuntukkan bajet kepada kumpulan sasaran Orang Bekerja Sendiri (Sektor Informal) di bawah Program SPS Padanan Caruman tersenarai dalam inisiatif Belanjawan 2022.

Jelasnya, selaras dengan tanggungjawab PERKESO memberi perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja sektor informal di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri, PERKESO Sibu  mempergiat usaha memastikan mereka layak di bawah AKTA SPS 2017 mendaftar dan mencarum serta mempromosikan inisiatif Belanjawan 2022 di bawah SPS Padanan Caruman.

Sementara itu, PERKESO Sibu terus komited mempromosikan SPS di samping mengadakan taklimat dan membuka kaunter pendaftaran dan pembayaran SPS di lokasi-lokasi program diadakan pada masa akan datang.

"Pelbagai aktiviti libat urus dijalankan oleh PERKESO Sibu antaranya perbincangan dengan pengerusi Persatuan Penjaja Pasar Sentral Sibu pada 20 Januari lalu untuk membuka Kaunter SPS di pasar tersebut dan perbincangan dengan Pegawai SPS PERKESO Sibu Nizam Ramli dengan Timbalan Pengerusi DUN Nangka Abang Abdul Hamid merangka program taklimat SPS sekali gus mempromosikan SPS Padanan Caruman," jelasnya.

Beliau berkata, pada 8 Februari lalu turut diadakan sesi libat urus SPS bersama Persatuan Spinal Cord Injuries (SSCIA) Sibu hasil perbincangan Pengurus Kes Muhammad Yahzeri dengan Presiden Persatuan SSSCIA Sibu Liu Bee Sang.

Taklimat Bulanan SPS turut diadakan kepada golongan pelajar mengambil Kursus GDL di Institut Memandu Wawasan Sibu serta perbincangan Ketua Unit Penguatkuasaan PERKESO Sibu Sylvester Candy Pai bersama Majlis Perbandaran Sibu (MPS) diadakan pada 10 Februari lalu.

"Bagi individu berada di Sibu, Kanowit dan Selangau layak mendaftar dan mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (PERKESO) boleh menghubungi Sylvester Candy Pai di talian 012-6079624/[email protected] atau Pegawai Eksekutif Kanan (SKSPS) Nizam Ramli di talian 012-6113652/ [email protected] untuk keterangan lebih lanjut.

"Rebutlah peluang mencarum di bawah SPS Padanan Caruman sebelum berakhir pada 31 Disember 2022," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.313691 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list