CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 13/02/2022

[Copy link]
Post time 13-2-2022 09:04 PM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 3,891 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 274,260 kes. Lima (5) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu masingmasing dua (2) kes di daerah Tuaran dan Tawau dan satu (1) kes di Telupid. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 620 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 244,722 orang. Manakala 2,776 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,226 orang di hospital, 1,417 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 130 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan tiga (3) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 39 orang merangkumi 36 di ICU/repurposed kritikal care serta tiga (3) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 20 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 43 (21.94%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Sabah mencatatkan jangkitan baharu sebanyak 3,891 kes hari ini dengan sedikit penurunan 216 kes berbanding jumlah semalam.

b. Kota Kinabalu terus mencatatkan kes tertinggi di Sabah dengan 914 kes (-315) tetapi jauh lebih rendah daripada catatan semalam. Tiga (3) daerah merekodkan peningkatan yang banyak iaitu Tuaran 414 kes (+143), Sandakan 478 kes (+95) dan Papar 256 kes (+92) . Kota Belud mencatatkan penurunan sebanyak -98 kes namun masih lagi kekal dengan catatan kes tiga (3) angka.

c. Kes-kes jangkitan secara sporadik (Saringan Bergejala) menjadi faktor dan penentu utama jumlah kes di daerah-daerah yang mencatat kes harian yang tinggi. Secara keseluruhan 58.52% (2,277) daripada 3,891 kes hari ini adalah kes-kes Saringan Bergejala yang berpunca daripada jangkitan sporadik. Peratusan kes-kes jangkitan sporadik di daerah-daerah yang mencatatkan kes tiga (3) angka adalah tinggi; Kota Kinabalu 68%, Sandakan 78%, Tuaran 49.2%, Penampang 45.7%, Papar 55.8%, Tawau 57.1%, Lahad Datu 60.8%, Beaufort 52.6%, Ranau 85.7% dan Kota Belud 42%.

d. Kita boleh rumuskan bahawa peratusan jangkitan secara sporadik (bergejala) yang tinggi adalah penyebab kepada perebakan virus yang begitu cepat dan meluas di kawasan-kawasan tersebut dan akan menjadi faktor penentu kepada jumlah kes baharu dalam masa terdekat. Walaupun jumlah hari ini turun sedikit berbanding semalam tetapi kemungkinan besar tidak akan bertahan dengan mengambilkira peratusan kes-kes jangkitan sporadik yang amat tinggi.

e. Kes-kes jangkitan virus ke atas kanak-kanak kecil adalah agak tinggi. Hari ini terdapat 189 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dan 329 kanak-kanak yang berumur antara 5 - 11 tahun (belum menerima vaksin) dijangkiti virus COVID-19. Amatlah dianjurkan agar para ibu bapa dan pengurusan sekolah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengurangkan risiko jangkitan keatas anak-anak kecil apatah lagi mereka yang belum layak diberi vaksin.

f. Pada hari ini, 99.74% atau 3,881 daripada 3,891 pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2; empat (4) pesakit dalam Kategori 3, empat (4) dalam Kategori 4 dan dua (2) orang dalam Kategori 5.

g. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (1,390) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.083879 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list