CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1033|Reply: 4

Doktor saran suami potong ‘tube’, jangan hanya suruh isteri

[Copy link]
Post time 13-2-2022 05:09 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar video perkongsian Dr. Aishah yang mencadangkan agar golongan suami menjalankan proses 'ikat tube' atau vasektomi bagi mengelakkan isteri mengandung.


Doktor saran suami potong ‘tube’, jangan hanya suruh isteri

PETALING JAYA – Kebanyakan pasangan berkahwin di luar sana meletakkan tanggungjawab mengenai perancangan anak kepada isteri semata-mata.

Sehubungan itu, suami sering mengharapkan pasangan mereka menjalankan kaedah pemasangan IUD, implan, mengambil pil perancang serta melakukan kaedah Bilateral Tubal Ligation (BTL) atau lebih dikenali sebagai ‘ikat peranakan’.

Namun, menerusi perkongsian Dr. Aishah Yunos di media sosial, beliau mencadangkan agar golongan suami mengambil tugas berkenaan dengan menjalankan proses ‘ikat tube’ atau vasektomi sebagai langkah mengelakkan pasangan mereka mengandung.

“Orang lelaki pun boleh ‘potong tube’ bukan hanya suruh isteri sahaja yang buat.

“Kaedah ini jauh lebih murah kosnya berbanding BTL yang perlu dilakukan oleh isteri,” katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh portal The Asian Parents, satu operasi kecil akan dijalankan kepada suami supaya dapat menghalang sperma daripada masuk ke dalam air mani selepas persetubuhan.

Dalam pada itu, perkongsian beliau turut mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan ada antara mereka mempunyai pengalaman apabila si suami menjalankan kaedah tersebut.

“Orang lelaki mana boleh rasa sakit, demam sikit pun perap macam budak kecil, apa lagi nak buat kaedah tersebut,” ujar seorang pengguna.

“Suami saya dah guna kaedah ini, dia risau kalau saya yang buat, sebagai ganti dia yang buat, Alhamdulillah, anak kami dah lima orang, dia kata cukup dah untuk keluarga kami,” kongsi seorang pengguna lain. – K! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/02 ... hanya-suruh-isteri/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2022 08:22 PM | Show all posts
Sama-sama bertolak ansur
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2022 10:51 PM | Show all posts
yg lebih baik ialah vasectomy lah.
terus setel semua issues
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jiwakacau06 at 11-4-2022 01:28 PM
ipes2 replied at 19-2-2022 10:51 PM
yg lebih baik ialah vasectomy lah.
terus setel semua issues


hai dr..i tgh search topic family planning..
nak tanya..kalau i ambil postinor dalam tempoh 3 tahun..dua bulan sekali ..ada side effects tak...
sbb saya ada ternampak di content tiktok pill perancang guna selama 2 tahun shja...lps tu kena tukar cara lain...
lagi satu ,btl ke postinor menyumbang kpda breast cancer?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2022 02:06 PM | Show all posts
jiwakacau06 replied at 11-4-2022 01:19 PM
hai dr..i tgh search topic family planning..
nak tanya..kalau i ambil postinor dalam tempoh 3 tahu ...

postinor ni utk emergency la wei
tapi ramai la girls yg cepat2 sebok mencari postinor ni bila boyfriend ter-spill

rajin lak awak ni ambil postinor, tak fed-up ke asyik muntah je
tapi if muntah, ambil sebiji lagi secepat mungkin

sy rasa sy kena tekankan bahawa ini adalah emergency contraception je, dan tidak selalunya berjaya
jika kita ada regular partner, maka lebih elok utk plan hal2 perancang secara jangka masa panjang eg dgn COCP, barrier eg condom etc

jika guna COCP, kita encourage drug holidays eg break breaks, bergantung pd individu.. if bp tak naik dan tkde migraines etc, tk naik badan mungkin kita benarkan lama sikit sebelum taking a break. tapi ini utk COCP.. postinor ni bukan COCP. dah ada regular partner maka planlah dgn dia

cancer? hmm postinor ni kononnya jika guna as IUCD ada risiko breast ca esp in older users tapi ini hanyalah statistical studies
susah kita nk extrapolate kepada personal users

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.063618 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list