CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 340|Reply: 0

[Sarawak] Usaha cari anak kapal karam di Sarikei diteruskan

[Copy link]
Post time 13-2-2022 11:36 AM | Show all posts |Read mode


SARIKEI: Operasi SAR mengesan seorang lagi krew kapal karam di Muara Serdeng yang memasuki hari keempat, diteruskan pagi ini.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Manis, Awang Busrah Awang Mostapha berkata, operasi bermula pada jam 9.00 pagi dengan jangkaan redius sejauh enam hingga tujuh kilometer.

Pencarian permukaan sungai itu katanya, dilakukan di sekitar Batang Serdeng dan Telok Gelam.

“Keadaan cuaca merupakan sebahagian cabaran utama operasi selain pasang surut sungai dan jarak pencarian yang agak jauh.

“Bagaimanapun, kerjasama baik dalam kalangan pasukan SAR berjaya membolehkan operasi berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi.

Seorang krew berusia 66 tahun, terselamat dalam kejadian kira-kira 12 tengah malam Rabu itu manakala, dua lagi dilaporkan hilang.

Bagaimanapun  penduduk kampung yang menyertai operasi berjaya menemui mayat pertama sebaik sahaja pencarian hari kedua.

Ops SAR diteruskan semalam pada radius 10 kilometer dan ditangguhkan pada jam 5.50 petang, gagal menemui seorang lagi krew dipercayai juragan kapal berkenaan.


sarawakvoice.com/2022/02/13
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.833803 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list