![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2022/02/Untitled-design-16-768x644.png)
BINTULU: Pasukan bomba dipanggil untuk membantu khidmat khas memotong cincin pada jari kelingking tangan kanan seorang wanita di Hospital Bintulu,, di sini, petang Sabtu.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Bintulu, Wan Kamaruddin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.43 petang.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu tiba di lokasi jam 3 petang.
“Sebaik tiba di lokasi, didapati cincin masih melekat pada jari kelingking di tangan kanan wanita berkenaan dan gagal dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, anggotanya mengambil masa hampir sejam untuk menanggalkan cincin berkenaan menggunakan peralatan khas.
sarawakvoice.com/2022/02/13 |