CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 211|Reply: 0

[Sabah] Covid-19 12/02/2022

[Copy link]
Post time 13-2-2022 10:48 AM | Show all posts |Read mode


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah

Berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada hari ini adalah sebanyak 4,107 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 270,369 kes. Satu (1) kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu di daerah Sandakan. Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar. Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat.

Bilangan pesakit COVID-19 sembuh ialah 962 (termasuk yang discaj dari hospital/PKRC) menjadikan jumlah kumulatif 244,102 orang. Manakala 2,685 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,109 orang di hospital, 1,443 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 130 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / penjara dan tiga (3) orang di fasiliti swasta. Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 38 orang merangkumi 37 di ICU/repurposed kritikal care serta satu (1) di open ward (HDW/kubikel akut) dan 38 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Manakala bilangan pesakit stage empat (4) dan lima (5) yang masih belum lengkap vaksin ialah 38 (20.77%).

Kedudukan Kes Positif COVID-19

a. Sabah mencatatkan kes yang tinggi melepasi paras angka 4000 dengan 4,107 kes baharu hari ini. Jumlah ini merupakan penambahan 746 kes berbanding jumlah kelmarin.

b. Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi di Sabah dengan 1,229 kes penambahan 447 kes berbanding sebelumnya. Penambahan jumlah yang tinggi ini memang diduga dengan mengambilkira peratusan kes simptomatik yang tinggi. Hari ini 681 kes (55.4%) di Kota Kinabalu adalah daripada kategori simptomatik atau bergejala yang berjangkit secara sporadik. Kes simptomatik yang tinggi bermakna virus ini sudah berada dalam komuniti secara meluas dan akan mengakibatkan kes baharu terus melambung tinggi dalam masa terdekat.

c. Sejumlah 10 daerah mencatatkan kes tiga (3) angka, 14 daerah mencatatkan kes dua (2) angka dan satu (1) daerah mencatatkan kes satu (1) angka. Hanya daerah Tongod tidak merekodkan sebarang kes baharu hari ini.

d. Kes-kes bergejala merupakan kategori penyumbang utama kes-kes baharu di Negeri Sabah dengan 2,252 kes atau hampir 55% daripada keseluruhan jumlah kes. Peratusan kes-kes simptomatik atau bergejala adalah amat tinggi di daerahdaerah yang mencatatkan kes tiga (3) angka seperti Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Papar dan Lahad Datu. Tempat-tempat ini merupakan kawasan perbandaran yang padat dengan penduduk dan pusat aktiviti sosial dan aktiviti perniagaan. Penduduk-penduduk yang tinggal di kawasan ini diminta berhati-hati semasa berada dikhalayak ramai atau semasa menghadiri majlis-majlis sosial. Elakkan berada di tempat-tempat yang sesak. Patuhi semua SOP.

e. Tidak ada kluster baharu dicatatkan hari ini, namun sejumlah 90 kes datang daripada 10 kluster yang sedia ada. Sehingga kini, terdapat 36 kluster yang masih aktif di seluruh Negeri Sabah.

f. Sejumlah 4,093 (99.66%) daripada 4,101 kes hari ini adalah dalam Kategori 1 dan 2. Terdapat tiga (3) kes dalam Kategori 3, lapan (kes dalam Kategori 4 dan tiga (3) kes dalam Kategori 5.

g. Seluruh daerah di Negeri Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang tidak statik dengan jumlah catatan sebanyak (1,494) kes daripada Saringan Kontak Rapat, dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan SOP yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak Kerajaan.

Tiada kluster baharu direkodkan hari ini.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.058982 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list