View: 3724|Reply: 6
|
Ini Adalah 6 Petua Untuk Menjaga Pokok Kaktus!
[Copy link]
|
|
Pokok Kaktus terkenal sebagai tumbuhan yang jarang mengalami kerosakan, tetapi ia masih memerlukan penjagaan yang baik.
Pokok itu biasanya boleh dijumpai di kawasan kering dan boleh hidup dikawasan beriklim tripika dan subtropika, malah kebanyakannya berasal dari Amerika Utara, selatan dan bahagian tengah negara itu.
kredit foto: Gardening how to
Petikan dari mStar, Kaktus mampu tumbuh dalam waktu lama tanpa ada air, tetapi masih perlu dirawat dan dijaga dengan betul.
Berikut adalah 6 petua untuk menjaga pokok Kaktus.
kredit foto: Country Living
Sesetengah Kaktus boleh hidup di tempat berpasir dan kering. Ada spesis Kaktus lain hidup subur di hutan hujan tropika. Pemilik pokok Kaktus perlu mengenali pelbagai jenis Kaktus semasa membeli adalah salah satu cara menjaga kaktus pada peringkat awal.
Pasir boleh dijadikan sebagai perantara untuk penanaman Kaktus spesis tropika manakala Kaktus padang pasir pula dicadangkan menggunakan batu apung atau vermikulit (Vermiculite) sebagai ganti pasir.
Anda hanya perlu mencampurkan perantara penanaman di atas dengan kulit pain cincang dan lumut gambut. Kemudian, siram campuran itu ke tanaman dengan air sebelum dipindahkan ke dalam pasu.
kredit foto: Gardening Know How
Walaupun Kaktus tumbuh di kawasan kering, Kaktus masih memerlukan air untuk hidup. Ia perlu disiram dengan kandungan air yang sederhana. Bagaimanapun, ia hanya memerlukan sedikit kelembapan semasa musim hujan.
Untuk musim kemarau, kaktus perlu disiram seminggu sekali bergantung kepada keadaan tanah. Ingat ya, jangan siram kaktus anda dengan kandungan air yang banyak kerana ia akan membuatkan pokok kaktus anda mudah reput.
kredit foto: WengHoa
Nutrien tambahan diperlukan untuk kaktus membesar dengan subur dan baik. Pastikan anda menggunakan baja yang rendah kandungan nitrogen dan mengandungi fosforus yang tinggi.
Baja digunakan mestilah sesuai dengan spesis tanaman dan penggunaan kuantiti yang tidak berlebihan.
Campuran satu sudu besar baja nitrogen rendah dengan air kemudian gunakan larutan untuk menyiram kaktus, lakukan perkara ini setiap lapan minggu sekali pada musim kemarau.
kredit foto: Laidback Garderner
Sinaran cahaya matahari adalah faktor utama untuk semua spesies tumbuhan. Kaktus padang pasir lebih selesa dengan pendedahan sinaran cahaya matahari secara langsung. Tetapi, spesis Kaktus tropika cenderung berteduh dengan kurang pendedahan cahaya matahari.
Untuk mereka yang menyimpan Kaktus dalam kawasan rumah, pastikan ia diletak di tempat yang mudah terdedah dengan cahaya matari.
kredit foto: Gardenine
Penyakit yang disebabkan bakteria dan kulat akibat penyiraman berlebihan sebenarnya adalah perkara biasa. Untuk mengelakkan perosak datang, pastikan Kaktus mendapat air dan cahaya matahari yang mencukupi.
Bagi menghilangkan kutu putih, gunakan kapas yang dicelup dengan alkohol. Bagi sesiapa yang memilih alternatif racun untuk menghapuskan serangga perosak, perhatikan keselamatan penggunaannya terlebih dahulu/
- Kaedah penjagaan di dalam rumah
kredit foto: Gardening Know How
Kaktus akan tumbuh dengan baik jika diletakkan di luar rumah dan mendapat cahaya matahari secara langsung, tetapi ada beberapa Kaktus juga boleh disimpan dalam rumah.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian jika anda meletakkan kaktus di dalam rumah.
Pastikan peredaran udara adalah baik di dalam bilik. Buka tingkap semasa musim kemarau supaya kaktus tumbuh dengan baik dan anda juga perlu sekali-sekala meletakkan dan mengeringkannya di luar semasa musim panas.
Anda perlu pastikan Kaktus mendapat cahaya matahari mencukupi.
Anda teringin nak menjaga Kaktus? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
boleh share cactus masak ape sedap eh |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih share info ttg penjagaan kaktus ini... boleh tambah lg petua2 kalau ada... |
|
|
|
|
|
|
|
alohhh apo payoh berjela2 ni ha
poi ja nursery , beli ja cactus mix, settle
terlebih siram air pun takpe sbb very porous.. takde la cactus korang tu mati kut sejenih yg suke bebeno siram hari2
catus ni kalo korang tanam mampuih, jgn la cuba2 nak tanam pokok lain |
|
|
|
|
|
|
|
Yang mana malas nak belek pokok selalu eloklah tanam pokok jenis ni tak banyak perhatian diperlukan |
|
|
|
|
|
|
|
Kitty_catz replied at 13-2-2022 12:33 PM
alohhh apo payoh berjela2 ni ha
poi ja nursery , beli ja cactus mix, settle
Aku beli comel2 kt ch mapuh |
|
|
|
|
|
|
|
okay.baiklah akan diikuti tips nya. tq tt
|
|
|
|
|
|
|
| |
|