CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 995|Reply: 18

Kucing Ditusuk Mata Cetus Kemarahan Netizen!

[Copy link]
Post time 11-2-2022 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Petaling Jaya – Perbuatan zalim melakukan penderaan terhadap seekor kucing sambil ditusuk sehingga ke bahagian mata membangkitkan kemarahan netizen di media sosial.


Menerusi perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di laman Facebook mereka, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah kawasan di Machang Bubok, Pulau Pinang dan kejadian itu dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial.


Berdasarkan sebuah hantaran seorang pengguna media sosial yang bernama Hanthan Kuart, menunjukkan seekor kucing ditusuk di bahagian mata dengan sebuah objek dan beliau turut menanyakan soalan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan objek dari kucing tersebut.




Foto: FB




“Ada sesiapa yang tahu nak buang benda ini (objek), saya jumpa kucing di kawasan Machang Bubok, Pulau Pinang,” katanya.


Justeru, Animal Malaysia menggesa saksi kejadian supaya segera lapor kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang agar tindakan dapat diambil terhadap pelaku.


“Dakwaan kucing ditusuk di Machang Bubok Pulau Pinang merupakan jenayah yang amat serius dan pelakunya boleh diklasifikasikan sebagai penjenayah bahaya yang tiada sifat belas ihsan..


“Saksi utama melihat keberadaan kucing malang ditusuk mata ini dirayu tampil tanpa gentar untuk salurkan maklumat dengan lengkap.


“Selain itu mohon bawa kucing yang sedang menderita ini ke veterinar berhampiran untuk dapatkan bantuan rawatan perubatan segera untuk mengelakkan komplikasi lebih parah,” katanya di laman Facebook.


Sementara itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki tersebut dan menganggap perbuatan itu lebih zalim daripada binatang dan menggesa pelaku segera ditangkap dan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.


“Semoga tangan manusia yang menusuk mata kucing ini mendapat balasan yang sama dan lebih kejam. Kucing sayang, harap ada pihak yang dapat membantu dan menyelamatkanmu dari kesakitan,” tulis Nora Kilau.


“Harap orang yang jumpa kucing ini boleh bawa kucing ini dapatkan rawatan dengan segera dan mohon tindakan segera dari pihak berkuasa untuk melakukan tindakan terhadap pelaku,” ujar Ahmad Faiq.


“Semoga dipermudahkan urusan untuk mencari pelaku yang bertanggungjawab untuk diberi pengajaran. Kucing tersebut tidak bersalah untuk dizalimi,” jelas Aznan Yaakob. – CARI


Sumber: Utusan Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeii...aku tak boleh la....celaka sape buat ni....doa sapa yang buat ni slow2 mampos kena cerucuk besi binaan....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduiii boleh pulak lagi tanya ..” beliau turut menanyakan soalan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan objek dari kucing tersebut.” Bawak g vet la!
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi nya siapa yg buat kucing tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 04:18 PM | Show all posts
allah.. kasihannya awak oyen..
semoga beliau dah diselamatkan..
dan semoga pelaku kena balasan macam dia buat kat oyen..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 04:25 PM | Show all posts
tembus plak tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2022 04:28 PM | Show all posts
Kalau nak tahu apa makna kifarah ko buat jahat kepada ibu ko , kucing


ko buat , terus ko mendapat

memang dunia menuju kiamat tetapi adakah kaish-sayang sudha menemui penamatnya sedangakn wbaak corona di negara kita pun belum di ishtihar endemic

semoga yg memperlakukan kucing ini akan segera mendapat perlakuan yg sama engkau perlakukan atas kucing ini.
Ameen.


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 04:52 PM | Show all posts
jahat la manusia mcm ni, aku ni kdg geram jugak ngn kucing sbb muntah merata.. tapi tak smpai ati nak biarkan dia.. ni kejamnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
nononcrux replied at 11-2-2022 04:52 PM
jahat la manusia mcm ni, aku ni kdg geram jugak ngn kucing sbb muntah merata.. tapi tak smpai ati na ...

kucing muntah sbb makan terlalu rakus atau nak keluarkan hairball, lain la nak suruh kucing tu mati tercekik muntah sendiri atau hairball berkumpul sampai usus tersumbat dan mati.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
lapar bala betul iblis syaitonirrojim ni. kucing tu org yg post dah bawa ke vet btw, cuma dia belum update keadaan kucing
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Brenda apa Tu. Moga dibalas balik kat sapa Yang buat. Takde Hati perut langsung vavi durjana
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 05:16 PM | Show all posts
kejamnya tp hidup lg kucing tu dah tembus mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 05:16 PM | Show all posts
semoga orang yg buat naya pada kucing ni akan dapat seksa & sakit yg setimpal sama mcm dia buat kat kucing ni....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 06:16 PM | Show all posts
Kejamnya perbuatan moga pelaku dapat balasan setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Macamana kucing tu nak makan? Sialnya sapa buat ni. Yg jumpa tu pun bawa pergi vet lah!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 12:57 AM | Show all posts
kejamnya... dia cucuk pakai apa tu iolsss tak sanggup nak scroll tengok... dah la kita pencinta haiwan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2022 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
matitergolekbawahkontena laa ndaknya sapa yg tobek mata kucing tu.
dia tak mati tp hidup terseksa. siyal
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 10:13 AM | Show all posts
Tak berhati perot tul sapa yg buat neh
Moga dpt balasan setimpal
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2022 01:48 PM | Show all posts
bakingsoda replied at 11-2-2022 05:01 PM
kucing muntah sbb makan terlalu rakus atau nak keluarkan hairball, lain la nak suruh kucing tu mat ...

dia mmg sakit, punca ulser pastu gigi dia dah cabut bawah.. aku mmg syg kucing aku tu, air liur asik keluar je.. baru-baru ni muntah plak sbb mungkin dia tak suka wet food yang baru beli tu.. tapi tak smpi hati aku nak biarkan dia duduk garaj..kucing aku mmg 24jam dalam rumah.. dia sakit tu pon sbb berjangkit kucing mentua tahun 2020 pkp sekali bawak la kucing aku balik rumah mentua.. tu yang kena, sakit mmg tak boleh baik doc vet kata.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 21166 Replies : 4
tumpang lalu, kerabat mana bagi bunga kat MekTi ni
chanthiktumpang lalu, kerabat mana bagi bunga ka
Views : 16015 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 361193 Replies : 3544
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 27277 Replies : 28
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201831 Replies : 4032
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 22380 Replies : 28
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 26372 Replies : 16
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40440 Replies : 395
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 45069 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 01:03 PM GMT+8 , Processed in 0.860732 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list