CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1059|Reply: 9

Sindiket Jual Tempat Tidur Dalam Penjara Terbongkar, Nak Alas Kadbod Kena Bayar RM8.80 Seminggu

[Copy link]
Post time 11-2-2022 12:36 PM | Show all posts |Read mode
Jakarta: Sindiket menjual dan membeli tilam dan bilik berjaya dikesan di dua penjara iaitu Penjara Cipinang Kelas 1, Jakarta Timur dan Penjara Tangerang Kelas 1.


Lapor Kompas.com, banduan di kedua-dua penjara itu mengaku mereka perlu mengeluarkan wang bagi mendapatkan bilik tersebut dari pihak sindiket.


Jumlah wang yang dikeluarkan malah mencecah jutaan rupiah.


Foto: Agensi




Kes jual beli tempat tidur banduan itu sudah berlarutan sejak sekian lama dan menjadi ‘pendapatan sampingan’ bagi pegawai penjara.


Aktiviti tersebut berjaya didedahkan selepas seorang banduan di Penjara Cipinang dikenali sebagai WC membuat pengakuan tersebut.


Katanya, dia dan rakan banduan lain perlu membayar 30,000 rupiah (RM8.80) seminggu untuk tidur beralaskan kadbod.


Sejak itu, gambar beberapa banduan tidur beralaskan kadbod tersebar dan muncul dalam berita.


“Jumlahnya bergantung kepada tempat tidur yang  dibeli. Kalau tidur di lorong dengan kadbod jumlahnya adalah 30,000 rupiah seminggu. Istilahnya adalah beli tempat,” katanya.


WC berkata, sekiranya banduan ingin tidur di tempat yang lebih mahal, harganya adalah lima hingga 25 juta rupiah (RM1,500- RM7,300) sebulan.


“Kebiasaannya yang dapat bilik adalah pengedar dadah. Kemudian, wang tersebut akan diserahkan kepada warden penjara.


“Suka atau tidak, kita perlu bayar untuk tidur. Jadi, banduan perlu minta duit dari keluarga di luar. Susah kalau ada banduan yang tiada duit. Sebab itu, pengedar dadah adalah banduan yang paling mewah dalam penjara,” jelasnya.


Selain itu, WC berkata, banduan juga boleh memiliki telefon bimbit asalkan mereka membayar amaun tertentu kepada pegawai penjara.


Jumlahnya antara 1.5 juta hingga dua juta rupiah (RM440- RM580).


Dalam pada itu, pembongkaran tersebut dinafikan oleh Ketua DKI Jakarta Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi, Ibnu Chuldun.


Beliau menafikan ada banduan yang terpaksa tidur beralaskan kadbod kerana semua banduan sudah disediakan tilam masing-masing. -CARI


Sumber: Utusan Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 12:47 PM | Show all posts
Niaga kadbod lagi untung dari niaga belacan
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dah mcm byr hotel 5 bintang lak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah tuh. Sape suh buat jahat. Nasib ko la labu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku lebih percayakan cerita banduan daripada penafian Ibnu Chuldun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 04:48 PM | Show all posts
Boleh relate.. ada sekali masa sekolah, camping tido dalam khemah lantai tanah, alas plastik… pastu hujan. Gila tak selesa nak tido. Pastu lari tido kat gazebo, tido atas papan rasa macam tido kat tilam dreamland. So dari simen ke card board tu mcm upgrade banyak tu…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2022 07:45 PM | Show all posts
banyak pulak duit ko nak bayar tiap2 minggu? memang hangkut duit sedebuk kerr nak masuk penjara?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 09:58 AM | Show all posts
tetiba teringat cerita yang arwah Benjy pernah cerita kepada kawan dia tentang perlu banyak duit untuk survive di penjara dulu. lagi teruk dia ada penyakit dan bukan rakyat Indonesia. tapi dia bertahan sbb x nak menyusahkan keluarga. Al-fatihah buat arwah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannye..            
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal la kalo camtu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
akku78875akku
Views : 1111 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 2526 Replies : 0
akku
kuku78644akku
Views : 3436 Replies : 0
Pesta Guan Gong: Jalur  Gemilang,bendera Thailand, Vietnam turut dikibarkan
AbahmungPesta Guan Gong: Jalur Gemilang,bendera
Views : 21555 Replies : 53
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44428 Replies : 29
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 45218 Replies : 51
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55662 Replies : 1082
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 11677 Replies : 216
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201595 Replies : 4026
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 28518 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 05:05 AM GMT+8 , Processed in 1.912537 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list