View: 1013|Reply: 4
|
"Semua Ayang Kena Tanggung La Yang Abang Tinggal,"- Suami Izin Isteri Kerja Petanda Ajal
[Copy link]
|
|
Alor Setar - Seorang isteri tidak menyangka tindakan suaminya yang mengizinkan dia bekerja merupakan petanda dia dan anak-anak akan kehilangan insan tersayang itu selama-lamanya.
Siti Khalijah Mohd Roslee, 40, berkata, jasad suaminya, Mohd Ayob Jalaluddin, 39, ditemui pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini setelah hilang di laut selepas bot dinaiki dipukul ombak dekat Kuala Kuar, pada Selasa.
Foto: Sinar Harian
Menurut Siti Khalijah, sebelum suaminya keluar ke laut dia ada memberitahu hasratnya untuk bekerja memandangkan anak-anak sudah besar dan boleh berdikari.
"Sebelum ini setiap kali saya beritahu saya mahu bekerja, dia tak izinkan, tapi kali ini dia bagi.
"Cuma dia ada kata 'kalau nak kerja, kerja la, tapi tanggungjawab semua ayang kena tanggung la yang abang tinggal'.
Foto: Sinar Harian
"Saya tidak sangka kata-kata dia itu ada maksud sebaliknya, mungkin dia sudah dapat rasakan dia akan tinggalkan saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Sala di sini pada Khamis.
Siti Khalijah berkata, suaminya sebelum ini melakukan kerja kampung dan mula bekerja sebagai nelayan sejak dua bulan lalu.
Foto: Sinar Harian
"Apa pun yang berlaku, saya dan anak-anak reda. Namun ketika ini saya tak mampu berfikir lagi tentang perancangan seterusnya untuk kami sekeluarga. -CARI
Sumber: Sinar Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahi wainnailairojiun..
Salam takziah, semoga diberi kekuatan dan ketabahan. |
|
|
|
|
|
|
|
Can we stop asking apa petanda2 sebelum orang meninggal.
Sgt kuno dan childish.
Lain la kalau kes bunuh diri, sbb nk tunjuk tanda2 depression ke hape ke.
Ini informasi ni nk buat ape?
Kalau orang ckp mende camni kene bersedia ke? |
|
|
|
|
|
|
|
@Dwdrum........this is not in your case right?
Kahkahkahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Dinda ada beritahu kanda yg dia lapar
rupa2NYA pertanda dinda nak makan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|