CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 775|Reply: 1

Sebak Tengok Orang Susah, Adi Putra Bantu Tapi Tak Tayang Di Media Sosial

[Copy link]
Post time 11-2-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Bergiat aktif dengan pertubuhan amal sejak tahun 2020, pelakon Datuk Adi Putra berkata dia menimba banyak pengalaman sepanjang menyertai program misi kemanusiaan itu.


Menurut Adi atau nama sebenar Mohamed Hadi Putera Halim, 41, dia dapat melihat sendiri kesusahan dan kesempitan hidup yang dilalui oleh mereka yang kurang nasib baik.


Terbaharu, Adi bersama pertubuhannya iaitu Jai The Legend turun padang membantu mangsa banjir di beberapa daerah di Selangor.




Foto: IG




"Semasa awal tahun 2020 kami giat membantu masyarakat yang terkesan akibat pandemik Covid-19, tapi awal tahun ini kami sibuk pula bantu mangsa banjir... tahun ini ujian mereka lebih mencabar kerana terkesan dengan dua bencana dalam masa sama.


"Salah satu pengalaman yang saya tak boleh lupakan membantu satu keluarga yang sangat susah, pasukan saya datang tolong keluarga ni kerana bantuan lain tak sampai.


"Satu lagi keluarga ini air banjir dah sampai siling rumah mereka dan kami kena fikir macam mana nak selesaikan hal itu... bayangkan dengan air berlumpur dan mereka terpaksa berlindung di atas rumah, kalau air melebihi bumbung? Saya tak boleh bayangkan keadaan mereka ketika itu," katanya kepada mStar.




  



Dalam pada itu, Adi berkata dia lebih selesa untuk tidak terlalu berkongsi perkembangan aktiviti misi bantuan kemanusian yang dilakukan di media sosial.


Bagaimanapun, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri ini berharap orang ramai dapat menggunakan laman sosial bagi menyebarkan mesej positif mengenai program kemanusiaan.




  



"Banyak pengalaman yang saya dapat semasa berada di lokasi, tapi saya tak tunjuk di media sosial atas sebab-sebab tertentu.


"Saya tahu ramai yang nak bantu tapi kurang berkemampuan dari sudut kewangan, sebenarnya mereka boleh beri kesedaran mengenai program amal sebegini melalui platform digital.


"Manfaatkan kemudahan yang kita ada untuk kebaikan, tapi jangan pula ambil kesempatan. Yang penting kita tahu niat kita berbuat baik dengan semua orang," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 11:00 AM | Show all posts
Dapat dato pun tak tahu macam mana, memang patut lah kena berkhidmat balik kat masyarakat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2026 08:26 PM GMT+8 , Processed in 1.650391 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list