CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2858|Reply: 26

Azharina Saran Bekas Suami Tanggung Bekas Isteri Walau Dah Habis Tempoh Idah

[Copy link]
Post time 11-2-2022 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Azharina Azhar berpandangan tiada masalah untuk bekas suami memberi nafkah kepada bekas isteri meskipun sudah habis tempoh idah.


Jelas penyanyi yang mendapat julukan Queen of Soul itu, hal tersebut menjadi tanggungjawab bekas suami lebih-lebih apabila kedua-duanya memiliki anak bersama.




Foto: IG




“Bagi saya bergantung pada lelaki itu. Jujur saya cakap, memang bukan tanggungjawab dia untuk bagi nafkah kalau sudah bercerai dan lepas idah tiga bulan, faham situasi itu.


“Tapi kalau dia berkemampuan dan bekas isteri memang tiada pendapatan, kenapa tidak bantu bukan? Tambah pula ada zuriat, lainlah kalau tiada.


“Takkan nak tengok anak dan bekas isteri hidup susah dan merempat sementara dia bersenang-lenang, tidak patutlah,” katanya kepada Utusan Malaysia.




  



Walau bagaimanapun, ujar penyanyi yang popular menerusi lagu Elegi Sepi dan Seandainya itu, isu pemberian nafkah adalah bergantung kepada tahap kemampuan bekas suami dengan persetujuan antara kedua belah pihak.


Katanya, dia bersyukur kerana bekas suaminya merupakan seorang yang bertanggungjawab.


“Ada wanita yang berdikari dan ada yang memerlukan. Kalau ada zuriat, bekas suami kena bagi sampailah anak itu sudah boleh berdikari.


“Dalam situasi saya Alhamdulillah, bertuah. Bekas suami saya baik. Saya tak pasti orang lain bagaimana? Kalau saya di tempat orang yang tidak diberikan nafkah pun akan bertindak sama juga,” katanya.




  



Pada masa sama, Azharina yang juga juara program Gegar Vaganza musim ketiga berkata, apa pun pengakhiran dalam sesebuah perhubungan, adalah mustahak untuk mencari penyelesaian yang terbaik dengan cara perbincangan.


“Janganlah sampai bercerai berai turun naik mahkamah tuntut hak. Berbincanglah yang baik-baik dan boleh bersahabat.




  



“Lebih mudah untuk ke depan dan demi kestabilan hidup bagi mentaliti dan fizikal anak. Ramai yang tertekan selepas perceraian,” katanya.


Sebagai informasi, juara Bintang RTM 2001 ini melayari hidup solo selama 11 tahun selepas bercerai dengan ahli perniagaan pada tahun 2008. Mereka bagaimanapun tidak mempunyai cahaya mata. -CARI


Sumber: Utusan Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 10:57 AM | Show all posts
kau dah kenape nina? kalau ada anak tu memang patutlah sebab dikira nafkah untuk anak sekali, memang wajib bagi tak kira la ex kau miskin ke tidak, takde bincang-bincang punya, wajib bagi.... yang kes kau lain, takkan lah sampai bebila ex kena tanggung tanpa apa-apa benefit, baik takyah cerai, kasi duit, main pun dapat, ni dah cerai alih-alih kau dah ada BF lain takkan nak ex tanggung lagi pulak kan? aneh-aneh lah konsep dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nafkah anak ye.. nafkah bini sampai habis edah.. tp kalau nk tgk terbaik contoh chef wan, sampai akhir hayat ex-wife dia still support dlm bising2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Benda yg xde dalam hukum, jangan ditambah.  Tanggungjawab bekas suami hanya pada anak. Jika bekas suami bagi bantuan, itu hanyalah sedekah sebab bahagian untuk bekas isteri hanyalah harta sepencarian.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 11:41 AM | Show all posts
ada ank ker.. ingtkn xde ank..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 11:52 AM | Show all posts
kalau kau dengki bekas laki bersenang lenang, kau bagi je anak ke dia suruh dia bela..
ini anak kau nak rebut sorang, nafkah anak mau, demand nafkah untuk kau juga..
tapi bila laki mau jumpa anak mau bawa anak ke mana-mana, tak bagi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2022 11:54 AM | Show all posts
babelina replied at 11-2-2022 11:41 AM
ada ank ker.. ingtkn xde ank..

yer la kot kannn sebeb tu dia komen...
mungkin dia tak pernah exposed kot anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by whimsicalmusic at 11-2-2022 12:12 PM
babelina: ada ank ker.. ingtkn xde ank..
confuse..atas tulis mcm ade, bwh lak xde cahaya mata bsama..ke yg atas tu mcm contoh je? Dlm kes die, die xde anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dlm hukum sampai edah je..tak yah nak buat lebih wajibkan plak ke org lain..kalo ex suami kaya raya mcm cep wan takpe la...yg wajib bg kt anak pun ramai culas...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
aik, kalau lelaki tu kaya raya takpe la nak tanggung semua..kalau dia dah kawin baru, dia ada tanggungjawab baru..yang patut ditanggung tu anak je bukan BEKAS isteri
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau anak yela die kena tanggung nafkah.. kalau dh bekas bini, ape halnye die nk kena tanggung jgk, tamabh2 kalau die pon da beristeri baru.. lain la kalau mmg die rela, kayo rayo harta tak habis makan kan.. nk buat jariah kt bekas bini.. btw bende yg takde dlm hukum beria nk menambah.. yg termaktub dalam hukum tak nk plak ikt.. ehehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 02:44 PM | Show all posts
yg bukan2 lah minah ni tulis..aduhaiii...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow Queen of Soul..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
nama pun child support
sah2 untuk anak
bukan ex wife support
ko pikir ko nicole ex minik dr dre??
ateeeeee skrongggg and independenttttt
alih2 depend dekat duit ex laki????
motippppp???
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi bekas somi macik masih tanggung macik sampai sekarang hahahahahahahahahahaha

Mungkin sebab macik tak banyak songeh bab anak2…dan macik pun ok dengan wife baru…macik pun dah single 12 tahun…forum ni lah tempat macik melepak selama 12 tahun ni…mekasih korang selalu hiburkan macik dengan komen kejian sarcastic hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang tau 1 lagu je. Terus jadi queen of soul gitu yedak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2022 05:18 PM | Show all posts
dek, wali kau mana? wali kau? kau tek de duit, kau mintak pada wali engkau.
tak ada kerja lah ex laki nak menanggung mak jan.. time hidup skali dahulu saban waktu duk berperang sampai bercerai berai, aleh2 nak mengemis duit ex pulak. apo??
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah boleh bekerjasama, kasih mengasihani sampai nak tanggung lepas cerai macam tu, cerai buat apa nyaaaaa? Bagi dekat anak itu tanggungjawab dia. Yang lain-lain jangan nak memandai
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 08:12 PM | Show all posts
Kelab rumah tangga tu asyik cita suami tak kasi nafkah.

Inikan pula kasi nafkah lepas cerai, ketawa ajelah, nafkah anak lepas cerai pun ramai tak bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 12-2-2022 08:12 PM
Kelab rumah tangga tu asyik cita suami tak kasi nafkah.

Inikan pula kasi nafkah lepas cerai, ketawa ...


Apa yg ko merepek ni setanggggggggggggggggg

Can you just be a normal  human being?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:26 AM GMT+8 , Processed in 0.277418 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list