View: 3939|Reply: 95
|
‘Saya Tiada Aset ASD681 Juta, Tiada Duit Bayar Tuntutan Cukai LHDN RM1.7B' – Najib
[Copy link]
|
|
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak mempunyai aset sebanyak ASD681 juta untuk dibekukan.
Menurut bekas Perdana menteri itu, apa yang dinyatakan tentang aset beliau adalah palsu semata-mata dan setelah bertahun-tahun menyiasat kerajaan tahu berapa nilai aset yang beliau miliki.
“Amat jelas bahawa kes saman sivil 1MDB di bawah Menteri Kewangan (yang dilantik PM8) yang melantik firma guaman dimiliki peguam peribadi PM8 ialah untuk membina persepsi bahawa saya ada aset bernilai sehingga US681 juta untuk dibeku,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.
Semalam, 1MDB dan sebuah anak syarikatnya memperoleh perintah injunksi daripada Mahkamah Tinggi di sini untuk menghalang Datuk Seri Najib Tun Razak melupus atau mengurangkan nilai mana-mana asetnya di Malaysia sehingga AS$681 juta.
Kredit foto: FB Najib
Berdasarkan dokumen yang diperoleh media, injunksi tersebut juga mengehadkan Najib mengeluarkan wang tidak melebihi RM100,000 sebulan yang diperlukannya untuk perbelanjaan sara hidup serta perbelanjaan guaman.
Najib mendakwa, saman sivil yang difailkan firma guaman Messrs Rosli Dahlan Saravana bagi pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bagi menuntut ganti rugi sebanyak ASD681 juta adalah milik peguam peribadi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kredit foto: FB Najib
Menurut Najib, dalam kes jenayah berhubung 1MDB, beliau telah didakwa sembilan tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA) disebabkan wang sebanyak RM2.6b pernah masuk akaunnya dan beliau juga berhadapan enam tuduhan wang sebanyak itu dipulangkan kepada penghantar empat bulan selepas diterima.
Tambah beliau, walaupun dana itu dikembalikan sepenuhnya, 1MDB masih mahu menyamannya.
Najib berkata, beliau tidak faham mengapa 1MDB berpendapat beliau mempunyai RM2.6 bilion untuk bayar pampasan.
Malah, tambahnya, beliau juga tidak mempunyai wang untuk membayar tuntutan cukai berjumlah RM1.7 bilion oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.
“Saya tiada aset berjumlah USD681 juta. Yang dimohon oleh saman 1MDB ialah saya tidak boleh memindahkan aset sehingga US$681 juta. Sebab itu, mereka nak hadkan pengeluaran dari akaun bank saya termasuk akaun pencen saya ke RM100k sebulan," ujarnya.
Menurut Najib, paling menarik adalah semasa 1MDB memohon mahkamah menghadkan pengeluaran wang dari akaunnya, syarikat itu memberi jaminan (undertaking) kepada pesuruhjaya kehakiman bahawa mereka akan membayar sebarang ganti rugi kepada beliau sekiranya syarikat itu kalah saman sivil.
Sumber: MalaysiaGazette |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wait and see...kat Malaysia semua BOLEH |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau palsu, kes terkait dengan IMDB ni bukan kat dalam Malaysia je... semua pakat fitnah Najib ka ni |
|
|
|
|
|
|
|
Buktikan la kt court yg najibun x de reta tu...merempan kt fb dh knp? |
|
|
|
|
|
|
|
ni kali ke2 iols rengsa tgk dia pakai face mask...yg thread terdahulu dia pakai senget benget, yg kali ni mcm terlalu kecik utk muka dia... |
|
|
|
|
|
|
|
boleh la duit pencen tu buat bayar hutang monthly
banyak kot pencen pakcik ni dapat
sikit2 bayar nampak juga usaha
dan2 lah duit tak ada
|
|
|
|
|
|
|
|
erm...selagi boleh iols rasa dia taknak byr..dia akan bg mcm2 alasan.
rakyat marhein pun byr najib oiiii...kalau tak byr ke lubang cacing LHDN kejar kitorg...kita pun x tenang jika ada hutang tak dibayar...
|
|
|
|
|
|
|
|
Penjenayah pun dapat pencen ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Kat fb cakap dia & family members lari bayaq tax..mcmna boleh lari? Bukan tiap2 tahun ka kena declare..ada date line kan..kita yg maheran ni pun declare..Xkan PM & family members boleh lepas |
|
|
|
|
|
|
|
kat rumah dia kan yg stackup cash 90 juta ke berapa tu...belum lg handbag jewelleries, easily millions. lagi nk merempan kt FB...tu belum lg akaun2 offshore + properties2 luar negara dorang. tu pun melayu isle dok sokong2 puja bossku bossku bossku
|
|
|
|
|
|
|
|
Kannnn... Lgpun tax die tu bertahun kot xbyr.. Sbb tu byk... Elak selagi bole. Jgn bg sesen pun kat kerajaan. Itu konsep pm tepi. Rkyt pulak berhempas pulas byr tax bg kay depa. |
|
|
|
|
|
|
|
maafkan dia.. dia cuma ada RM100,000.00 je sebulan tuk belanja. terpaksa beli facemask murah.. budak2 punya... hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
Terang2 memang dia xnak bayar tax. Pastu buat terkejut sbb banyak tax nak kena bayar. Dah bertahun ko xbayar lagi purak2 terkejut. Tupun aku xpaham nape ramai sokong dia ni. Nak dia jadi PM lg. Jahanam weh. Anak beranak xbayar tax. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannnn sgt kan rm100,000 JE sebulan ...tak cukup tu...patut la ada rakyat marhain yg sanggup nk bagi gelang emas kat najib dulu2...
|
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 11-2-2022 08:43 AM
Buktikan la kt court yg najibun x de reta tu...merempan kt fb dh knp?
Kalau x betul dgn apa yg dia merempan kt fb, pihak2 yg terkesan bolehlah menyamannya, suruh tarik balik ke..atau suruh minta maaf..
Kalau senyap aje, maknanya betullah apa yg dia merempan kt fb... |
|
|
|
|
|
|
|
penyokong low IQ kau boleh la kau kelentong jibun oiiiiii............... 2.6bil msuk acc kau pun kau x tahu.... khuensttttt |
|
|
|
|
|
|
|
pm paling kontroversi...but org felda saanga syg je dia. aritu masa i masuk pusat kuarantin, dpt katil sebelah acik felda...dok bercerita pasal najib. naik meluat i |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 11-2-2022 11:10 AM
kesiannnn sgt kan rm100,000 JE sebulan ...tak cukup tu...patut la ada rakyat marhain yg sanggup nk ...
Agak-agak family acik tu cerca dia tak sampai bagi gelang tebal plak tu hahaha. Mcm beli pakai daun je acik tu bagi..
face mask cucu dia ke dia pakai kecik betul nampak |
|
|
|
|
|
|
|
kan... pura2 tidak tahu...kehkeh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|