CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3355|Reply: 46

Ketua Wanita PKR Johor Stress Calon MUDA Asyik Mesej Minta Tunjuk Ajar

[Copy link]
Post time 10-2-2022 07:17 PM | Show all posts |Read mode
Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis, mendakwa ada calon Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang sering menghubunginya untuk mendapatkan nasihat sehingga dia berasa terganggu.


Napsiah dalam hantaran di media sosialnya berkata calon Muda itu dikatakan sering menghantar pesanan ringkas untuk memintanya memberikan tunjuk ajar.




Kredit foto: FB Napsiah/IG Amira Aisya




"Adoi calon Muda ni asyik mesej saja minta tunjuk ajar. […] Hakak busy kerja ini, tunggu free," katanya di Facebook.


Mengulas lanjut, Napsiah - yang disebut PKR sepatutnya bertanding di kerusi yang diberikan kepada Muda - berkata dia tidak tahu bagaimana hendak membantu calon terbabit.


Hal itu kerana, katanya, Muda dilihat kekurangan dalam serba-serbi.


"Macam mana nak ajar, jentera tak ada, bilik gerakan tak ada, apa pun tak ada," katanya.


Malam tadi Napsiah menzahirkan rasa tidak berpuas hati apabila parti Amanah menyerahkan kerusi Puteri Wangsa yang diperuntukkan Pakatan Harapan (PH) kepada parti Muda.


Hal itu berlaku selepas Amanah dan DAP mengumumkan mereka bersetuju menyerahkan enam kerusi kepada Muda untuk ditandingi dengan satu daripadanya Puteri Wangsa.


Daripada enam kerusi yang diberikan kepada Muda, Puteri Wangsa dilihat sebagai kerusi yang paling berpotensi untuk dimenangi memandangkan PH - dan sebelumnya Pakatan Rakyat - berjaya menang di kawasan itu selama dua penggal.


Mengikut Timbalan Ketua Penerangan PKR, Manivanan Gowin, kerusi Puteri Wangsa itu memang diingini mereka dan Napsiah sudah dipersiapkan sebagai calon di situ.


Pada pilihan raya umum (PRU) 2013, PAS - ketika itu masih sebahagian daripada Pakatan Rakyat - memenangi kerusi Puteri Wangsa dengan majoriti 3,469 undi.


Sementara itu, menjawab hantaran Napsiah, Setiausaha Agung Muda Amira Aisya Abd Aziz mengaku bahawa dialah yang menghantar pesanan ringkas kepada Napsiah.








Namun katanya, ia adalah sebagai sebagai tanda hormat kepada Napsiah selaku orang lama.


Dia turut meminta maaf andai tindakannya itu mengganggu Napsiah, namun berkata akan terus berhubung dengannya atas semangat setia kawan.




Sumber: MalaysiaKini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2022 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bende ni settle dalam xblh ke? Ko bgtau Gini sah2 la xpatut undi dedua..komunikasi sesama dlm 1 team pon breakdown apoooo
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku dua2 pon aku tak pangkah....sekor kedekut ilmu pegi mampos macam ko sorang je terpaling penting kt situh tipikal pompuan kije ofis byak mcm ni..sekor tak tau buat kije sebelom bertanding baik ko kutip pengalaman dulu dik..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah2 puteri wangsa jatuh pd BN
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 08:39 PM | Show all posts
Good luck malaysia(JOHOR)
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Good luck bangsa J.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak muda skerg jenis kena suap je. Pengalaman kurang tapi kehendak kemain tinggi.

Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyok, belum pape dah bercakaran ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2022 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
dewimalam78 replied at 10-2-2022 10:03 PM
Anak muda skerg jenis kena suap je. Pengalaman kurang tapi kehendak kemain tinggi.

Kan...lps tu feeling2 entitle.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Akak marah dkt adik sbb peluang jd waibee dpt je adik.....
Patutnya settle sesama sendiri. Mcm ni nampak kowang tak sepakat. Camne org nak sandarkan kepercayaan
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkinkah kelihatan seperti kurang sopan pula apabila terlalu bergantung kepada komunikasi digital untuk bertanya pelbagai soalan dalam sela masa berbeza.

Apa salahnya mengaturkan satu sesi perbincangan dalam talian dan tanya sahaja apa yang hendak dipelajari sekaligus.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 10:43 PM | Show all posts
aku rasa aku boleh paham kenapa deyols bitter.dari pemahaman aku kat twitter penyandang dun puteri wangsa  tu skrg katanya pkr.tapi utk prn ni pkr bagi kat amanah.pan pulak bagi kat muda .pkr menang dun tu bukan cikai2 punya menang.majoriti 20+k baii.bagi aku menang majoriti punya besar tu dekat negeri kubu kuat umngok bukan senang.dahla katanya napsiah tu dah byk buat kerja kat situ.senang2 je bagi laluan.ini bukan sbb pkr.aku rasa kalo dapiq pun lawan gak utk seat tu.pkr x boleh rasa  dikhianati dan marah ke kedahnya?those little shit yg nak bertanding tu ko struggle sikit la.keadilan bertanding zaman2 madey dulu pun susah...sampai kena lukis poster sendiri sbb takde duit punya pasal.itu kat p.pauh tauuu.bukan tempat asing.jadi org muda kena cergas.jgn sembang buih lebih.



Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 10:46 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 10-2-2022 10:47 PM

You are not ready. tu je. kalau macam ni pun masih 101 , maka no, kena banyak benda lah kena belajar dan dalam istuasi gwat macam ni - no , rakyat tak nak org yg incompetent pi tanding itu ini sekadar nak dapatkan pengalaman. no.

now situasi yg kritikal  - kalau tanya i no , nope.  i nak yg berotak and mature. benda macam ni menunjukkan parti  dedua tu bermasalah and kurang matang seriously. right now ,  no nonsense stage ye Malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2022 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
aku baru pulang dr twitter, mmg sialan perangai muda nih, tgh nak bolot lagi kerusi pkr. pkr offer dun kubu kuat umngok pandai tolak, nak kerusi kubu pembangkang. tak padan duk menagih eh eh suruh org bagi tunjuk ajar, nak tunjur ajar silalah jd murid. belajar dulu bukan terus nak jd guru pastu minta diajar pulak dasar gampang. mmg kurang ajar lepas dpt 6 kerusi terus keluar poster korupsi memburukkan ph/pkr. pastu acah khilaf delete minta maaf. noreen! atokcow takde pon ko petik puii mintak kerusi mudah utk menang kerusi terbanyak antara komponen pembangkang pastu kalau cukup majoriti nk sailang jawatan mb pulak kan sambil tambah meretakkan hubungan pkr-amanah-dap? ni bukan sodok punya strategi dah ni tapi straight up atokcow, cuma sodok tu umpan utk menarik cikki ovari meletop boom boom, ye la tak selera pulak dorang bayang atok yg berkedut sejuta
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolonglah jangan bagi muka kat Muda nie...Aku snaggup undi DAP LOL
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu la kena mula dr bawah. Belajar selok belok. Ni? Habuan nk tinggi. Lps tu buat keje pun x tau. Habis org yg ada experience nak letak mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
iol pun letih kalau orang asyik suruh mintak ajar. Takda istilah kedekut ilmu kalau betul cara mintak. Tapi kalau terlalu kerap pastu tanya benda remeh carutan la mendapatnya kohkohkoh rengsa okeh. Cuba google ke membaca kat mana-mana ke dulu sebelum tanya soalan remeh. Kalau dah tak jumpa jawapan tu baru la tanya senior. Ni jenih tak buat research la tu dok tala semua soalan kat orang memang rengsa laaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 10-2-2022 10:17 PM
Akak marah dkt adik sbb peluang jd waibee dpt je adik.....
Patutnya settle sesama sendiri. Mcm ni na ...

Sandarkan pada kenangan je lh


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorg dua nk sabotaj parti ke
X masal bn mng mdh


Korg buat parti Tupperware je lh
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 08:45 AM | Show all posts
Alahai bodohnya belum apa2 dah bergaduh sesama sendiri siap sebar kat medsos lagi. Kalau mcmni gaya, xyah bertanding pon xpa dah tau BN menang. Gi mampos lah kau orang!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.097693 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list