Kita tak boleh mengukur kematangan dan kebijaksaan seseorang berdasarkan usia mereka. Kematangan seseorang itu dilihat dari segi tutur kata, pemikiran, dan tingkah laku mereka. Cara kita membawa diri juga menunjukkan tahap kematangan diri kita.
Baru-baru ini, isteri Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri sekali lagi berkongsikan satu video motivasi baru yang berkenaan tentang rasa syukur di akaun Instagramnya.
Menurut Fazeera, rasa syukur dan redha tidak akan menjadikan kita kaya namun ia akan membuat kita berasa 'kaya' dengan rezeki yang Tuhan berikan.
Setiap kata-kata yang meluncur dari mulutnya menarik perhatian peminat. Fazeera juga fasih berbicara dalam bahasa Inggeris. Setiap kata-kata Fazeera turut memberikan motivasi kepada siapa yang menonton video itu.
Menurut Fazeera, ada orang yang diberikan kekayaan melimpah ruah, tetapi tidak bahagia. Dia juga menggunakan air di dalam botol sebagai satu perumpamaan di mana kita seringkali berfikir tentang perkara yang kita tidak miliki seakan-akan kita tidak mensyukuri apa yang kita ada.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji perkongsian Fazeera itu.
Kita juga perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada walaupun tidak sehebat orang lain. Jika kita bersyukur dan reda, kita akan jadi manusia yang paling bahagia. - CARI
Nak jadi ala-ala motivator Xandria Ooi ke? Apa kelulusan sis? Psikologi? Tgk sekejap tapi tak mampu nak teruskan. Huhu. Kenapa muka dia time rambut pendek macam muka Rose?