CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 334|Reply: 0

[Borneo] Omicron: Duduk rumah atas inisiatif sendiri, tak perlu tunggu arahan

[Copy link]
Post time 10-2-2022 11:39 AM | Show all posts |Read mode
Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak dua tahun lepas sepatutnya sudah 'mendidik’ rakyat Malaysia tentang kesedaran kendiri serta mengambil inisiatif sendiri mengurangkan pergerakan di kawasan sesak selepas kenaikan mendadak kes jangkitan virus itu baru-baru ini.

Pakar kesihatan pekerjaan, kecemasan dan kesihatan awam, Dr Hanafiah Bashirun berkata, orang ramai tidak perlu menunggu arahan sekatan pergerakan daripada kerajaan sebaliknya mengambil langkah proaktif berbuat demikian dalam mengekang penularan varian Omicron yang merebak dengan pantas.

"Apabila kita nak menuju ke fasa endemik, kita tidak perlu tunggu kerajaan buat keputusan. Sebagai contoh, majikan yang bijak, bila dia nampak kes Covid-19 naik, mereka akan mengurangkan jumlah pekerja yang hadir ke pejabat dan membenarkan bekerja dari rumah.

"Kenapa nak tunggu Menteri Kesihatan Khairy (Jamaluddin Abu Bakar) buat pengumuman baru kita nak ambil tindakan. Sepatutnya apabila kita dah dapat maklumat (kenaikan kes) tindakan itu datang secara spontan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Khairy sebelum ini mengumumkan bahawa negara kini sudah sepenuhnya berdepan dengan gelombang varian Omicron serta kes harian Covid-19 yang dijangka terus meningkat.

Mengulas lanjut, Dr Hanafiah berkata, orang ramai perlu proaktif dan bertanggungjawab serta mengurangkan aktiviti sosial di luar sekiranya tiada keperluan dalam usaha menjaga kesihatan keluarga dan masyarakat sekeliling.

Beliau berkata, sektor pendidikan juga perlu mengambil tindakan proaktif sekiranya kes di sekolah menunjukkan trend peningkatan tanpa menunggu pengumuman daripada Kementerian Pendidikan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit (Survelan) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Asiah Ayob berkata, masyarakat dan semua pihak boleh membantu mengekang penularan Covid-19 dengan mendapatkan vaksin lengkap dan dos penggalak.

credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.052897 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list