CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Borneo] Pelajar terus tercicir jika PdPR dilaksanakan semula

[Copy link]
Post time 10-2-2022 11:19 AM | Show all posts |Read mode


Ramai pelajar akan terus tercicir daripada proses pembelajaran yang berkesan jika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) kembali dilaksanakan selepas cuti rehat Tahun Baru Cina 2022.

Presiden Kesatuan Guru Sarawak (STU) Adam Prakash Abdullah berkata semua pelajar dan warga pendidik telah menghadapi banyak masalah serta cabaran semasa pelaksanaan PdPR selama hampir dua tahun.

STU percaya jika semua pihak bekerjasama dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sekolah boleh dibuka dengan selamat untuk pembelajaran bersemuka, tambahnya.

Sehubungan itu STU mencadangkan semua pelajar yang akan kembali ke sekolah mesti melaksanakan ujian RTK-Antigen dan ibu bapa bertanggungjawab memastikan anak-anak mereka berbuat demikian.

Pihak sekolah juga tegasnya perlu memaklumkan segera kepada ibu bapa sekiranya terdapat pelajar yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan COVID-19 supaya tindakan kawalan segera boleh dilakukan.

"KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) mempunyai sebab sendiri untuk membuat keputusan pelajar bukan dari kelas peperiksaan yang balik bercuti sempena Tahun Baru Cina (2022) tidak dibenarkan kembali ke asrama.

"STU menghormati arahan KPM itu namun kami berpendapat keadaan di Sarawak agak terkawal sejak fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilaksanakan di negeri ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

STU juga katanya merayu semua pihak khasnya guru, pelajar dan ibu bapa agar tidak leka dalam penjagaan diri walaupun Sarawak sudah memasuki fasa 4 Pelan Pemulihan Negara.

"Kita berharap jika semua pihak memainkan peranan dengan penuh bertanggungjawab, pelajar di Sarawak boleh kembali ke asrama selepas cuti rehat Tahun Baru Cina 2022 dengan selamat.

"STU juga memohon kepada ibu bapa mengurangkan pergerakan anak mereka pada waktu sesi akademik supaya dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19," ujarnya.

Pada Ahad, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin dalam media sosial memaklum KPM memutuskan murid bukan dari kelas peperiksaan yang mengambil keputusan untuk balik bercuti sempena Tahun Baru Cina tidak dibenarkan kembali ke asrama.

Beliau berkata sebaliknya mereka perlu melaksana Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) di rumah masing-masing.

"Ini kerana, kita ingin memastikan anak kita yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Februari dan Mac 2022 akan berada dalam keadaan yang terlindung dan mereka dapat menduduki peperiksaan dalam keadaan selamat dan teratur.

"Kita akan terus pastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekolah berasrama khususnya, dapat terus dipertingkatkan. Pada masa sama, KPM sudah meningkatkan pemantauan di sekolah bagi memastikan segala SOP dipatuhi dengan baik dan kita dapat kurangkan risiko jangkitan COVID-19 di sekolah," katanya.

oleh Patricia Gari















Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.047612 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list