CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 319|Reply: 0

[Borneo] [ DUNIA ] Bunyi nyaring muzik punca 63 ayam mati akibat serangan jantung

[Copy link]
Post time 10-2-2022 02:49 AM | Show all posts |Read mode


ODISHA: Perarakan perkahwinan tradisional India dengan bunyi muzik yang kuat , bunga api, tarian dan pancaragam dipersalahkan atas kematian 63 ekor ayam, lapor AFP.

Ranjit Kumar Parida berkata, parti itu mengeluarkan “bunyi bising yang memekakkan telinga” ketika mereka melewati ladang ayamnya di negeri timur Odisha sejurus sebelum tengah malam pada Ahad.

“Saya meminta penganjur pancaragam supaya memperlahannya kerana muziknya terlalu bising dan menakutkan ayam.

“Tetapi mereka tidak mengendahkan permintaan saya, malah rakan-rakan pengantin lelaki turut menjerit kepada saya,” kata Parida kepada AFP.

Seorang doktor haiwan memberitahu Parida bahawa ayamnya mati akibat serangan jantung, dan dia memfailkan aduan polis selepas penganjur perkahwinan enggan membayar pampasan.

Kes Parida bagaimanapun selesai selepas kedua-dua pihak bersetuju berdamai dan aduan juga ditarik balik oleh Parida, menurut pegawai polis.

Namun, nasib ayam-ayam malang tersebut masih tidak terbela.


credit


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.058444 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list