CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 346|Reply: 0

[Sarawak] Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak di Sibu dijangka siap 2024

[Copy link]
Post time 9-2-2022 12:59 PM | Show all posts |Read mode


Tiang dan Mersal berbincang semasa kunjungan hormat tersebut.

SIBU: Pembinaan kediaman Sekolah Menengah Antarabangsa Yayasan Sarawak, di sini dijangka siap pada tahun 2024.

Menteri Muda Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang berkata apabila siap, sekolah itu akan dapat menampung 500 pelajar di mana 80 peratus pelajar adalah dalam kalangan kumpulan B40.

Beliau berkata ia merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk menyediakan pendidikan menengah percuma dengan Sukatan Pelajaran Cambridge kepada rakyat Sarawak.

“Sekolah ini bertujuan memberi pendidikan percuma kepada golongan B40. Ini bermakna pelajar dalam kumpulan B40 akan dapat mendaftar di sekolah ini secara percuma.

“Kerajaan Sarawak juga memperuntukkan 20 peratus kuota untuk kumpulan bukan B40 dengan yuran persekolahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tiang berkata, beliau menerima berita gembira ini semasa kunjungannya kepada Pengarah Yayasan Sarawak Mersal Abang Rosli pada Selasa.

Beliau juga berkata bukan sahaja pihak sekolah akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, malah setiap pelajar juga diwajibkan menguasai satu bahasa asing iaitu Mandarin.

“Mandarin adalah satu-satunya pilihan. Itu menunjukkan bahawa kerajaan Sarawak kita bukan sahaja menekankan bahasa Inggeris, tetapi juga mahu pelajar mempelajari bahasa mandarin kerana bahasa Mandarin adalah salah satu lingua franca (bahasa perantaraan) utama di rantau Asia,” katanya.

Tiang, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pelawan, berkata sekolah menengah antarabangsa yang sama di Kuching dijadual siap pada Mac tahun ini.

Semasa perbincangannya dengan Mersal, beliau turut diberitahu bahawa kerajaan Sarawak bersedia membelanjakan RM15 juta bagi setiap sekolah.

“Ini adalah komitmen besar kerajaan Sarawak untuk memberi tumpuan kepada pelaburan modal insan kita. Saya percaya ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk mendapatkan semula autonomi pendidikan kita,” tegas beliau.

Katanya, beliau gembira kerana kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited untuk melabur demi masa depan generasi muda memastikan mereka berpendidikan dan lebih berdaya saing dalam dunia global.


utusanborneo.com.my/2022/02/09

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.051380 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list