CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2208|Reply: 25

Zaki Yamani Bengang Dituduh Guna Duit Jamal Abdillah Buka Bisnes

[Copy link]
Post time 8-2-2022 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Sedih dan terkilan... Itu yang dirasakan penyanyi remaja Zaki Yamani apabila segelintir netizen memperkecilkan usahanya memulakan perniagaan menjual makanan.


Zaki, 16, bagaimanapun tidak mahu terlalu mengambil pusing kata-kata negatif yang menuduh dia mendapat modal perniagaan daripada bapanya iaitu penyanyi popular, Datuk Jamal Abdillah.


Foto: IG




"Ketika awal saya mahu mulakan perniagaan ini, ayah saya sendiri tidak tahu dan saya langsung tidak meminta duit untuk dijadikan modal.


"Jika ada yang masih tidak percaya, boleh tanya sendiri kepada beliau," jelas Zaki ketika dihubungi mStar.


Sekitar November tahun lalu Zaki menceburi bidang perniagaan dengan membuka gerai makanan dan minuman di medan selera yang terletak di Kajang, Selangor.




  



Gerai diberi nama Ngopi Dulu Yop itu menyediakan pelbagai menu makanan segera inspirasi dari Korea serta minuman berasaskan kopi.


Sebelum ini, Zaki memuat naik satu hantaran di Instagram menjelaskan modal perniagaan tersebut adalah hasil wang yang dikumpul dari bayaran membuat review di media sosial.


Dia juga membuat naik paparan skrin beberapa netizen yang menuduhnya hidup senang kerana mempunyai keluarga kaya.




  



"Kalau ada modal umur 10 tahun pun boleh jadi tauke apa saja. Modal duit mak bapa.


"Untung mak bapa berduit, anak minta modal niaga pun senang, yang biasa-biasa ni harapkan simpan modal sendiri tu pun makan masa bertahun," ujar beberapa netizen.


Sementara itu, Zaki juga memberitahu sebelum memulakan perniagaan tersebut, dia ada memberi bayangan kepada Jamal tentang hasratnya, namun tidak menerima sebarang respons daripada penyanyi lagu Azura itu.




  



"Saya ada menghantar gambar bancuhan air yang saya buat, namun hanya dapat bluetick sahaja.


"Kemudian selepas beroperasi, ayah ada menghubungi dan saya telah pun bercerita kepadanya tentang perniagaan ini," ujarnya.


Dalam masa sama Zaki juga sedar setiap perbuatan yang dilakukannya akan dikaitkan dengan nama penyanyi legenda itu.




  



"Saya tahu orang akan terus kaitakan saya dengan ayah walau bukan urusan kami bersama.


"Memang rasa tertekan, tetapi apa boleh saya buat. Lebih baik diam sahaja," katanya.


Zaki turut berkongsi akan tampil dengan lagu baharu kolaborasi bersama Jamal dan abangnya Osama yang berjudul Tangan Yang Melambai. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2022 11:38 AM | Show all posts
sian kau dek...berusaha sedaya upaya nak menghimpit bapak sendiri, tapi bapak tetap bolayan.... sabar je lah ek... cuma nak pesan, bisnes elok-elok...tak masuk industri pun takpe dek...bahagiakan mak adek yang penting.. wow soft spot sungguh meols pada hadek itteww...aku yakin kau akan terkenal di kuala lumpur nanti dek.... tibehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kata hensem, ye.. cantik pun ye.. comel pun ye..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 01:12 PM | Show all posts
Tapi mcm mana dia dpt modal bukak bismes tu nak tau jugak le dekk.. oh ya ko jgn lak mendadih cam bapak kaoo
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 01:16 PM | Show all posts
sian die. kecik2 dah berdikari. kemain nk claim semua bapak die yg bagi. nmpk budak ni berdikari kot.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Flawless betul muka anknya Tok Jamal nie. Kalah muka iols yg ajet2 kpop gul ni haaa Well, mana dia dpt modal buke bisnes ni ye? Byk beno saving, yop! Dah habis sekolah ke? Baca kat ats tu umur 16 thn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2022 01:23 PM | Show all posts
Fikiran orang2 Melayu sampailah bilalah nak membina?  Setiap langkah positif yg melibatkan anak2 muda yg mahukan kemajuan sejak dini, ade saje komen sinis, sindiran yg tidak menggalakkan.  Kalaupun betul Zakiyamani membuka bisnis dimodali oleh bapaknya, what is wrong with that?  Memang patut pun seorang ayah bantu memodali anaknya yg ada visi sbg seorang entrepeneur.. JA tentu boleh rasa bangga kerana miliki anak yg ada wawasan. JA juga boleh promotekan kedai anaknya dgn mengajak teman, sahabat taulan minum2 kopi di situ. Tahniah Zakaiyamani dn Selamat maju jaya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayah dia, ikut suka hati dia lh nk guna duit bapak dia buat modal atau berjimba. Lain lah guna buat modal bisnes hasil samun cukai netizen, hutan simpan, tender gomen....7 keturunan x habis mkn.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2022 01:52 PM | Show all posts
teruk juga dia takleh jwb soalan akademik kat Ceria Astro....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2022 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang yg tanya mana bdk ni dpt duit modal tu tak baca ke dia ckp dia kumpul duit hasil buat ig review..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 05:10 PM | Show all posts
kalau la betul bapak dia tolong ke aper ke... pada aku tak der masalah & tak der salah pun...
dia bukan pinjam duit along...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Negativenya lahhhh hai netz ni.

Selalulah nak salahkan orang yg ada privileged atas kemiskinan or nasib malang hidup kau.

Kalau kau pun ada privilege tu, kau pun sama akan guna utk keturunan kau.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat je dgn rumah iolss ni..igtkn kat mana la. Nanti kalau iolss rajin iolss try la
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 05:44 PM | Show all posts
kalau pakai duit bapak pun iols tak heran dekkk... jangan lingkup sudahh bisnes ko tu sampai terpaksa kambuihhh belakang rumah pulak satu kerja nak sewa backhoe... buat betul2 bila orang dah bagi modal lagi2 bapak sendiri... hargai pemberian orang tu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 07:12 PM | Show all posts
ok jahhh biznes... kot2 jd mcm haqiem rusly... dpt partner biz as jodoh
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2022 10:30 PM | Show all posts
.. kalau betul JA blutik kan ajer mesej anak dia ni ... kasihan lah kat anak2 ... dok asyik mengulik bini muda dan anak2 baru kot ... bunyi macam kehausan kasih sayang jer .. harao2 tidak lah begitu ...  i suka JA ni .. walaupun stress dengar lagu2 dia yg tinggi2 tu ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2022 10:30 PM | Show all posts
yang busuk jati tu
mesti sebab bapak tak kaya
bapak dia noks, suka hati lah
bapak dia tak bising
netizen pula bising

btw, besarnya muka kau tepek dik
filter ke tu?
kulit telur pn tak licin macam kulit kau
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena sindir perli tu makanan orang berbisnis, hadap jach la sementara masih berusaha nak naik.
Banyak lagi cabaran menanti, kalau buat bisnis cara legit tu senang mesti ramai dah buat.

Ni baru kena jentik sikit dah sentap.

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Lol, if duit apak dia pon, yg org lain panas kenapa? Apak dia apak u ols ka? Lol.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2022 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana ada dia guna duit jamal. Duit cuma guna duit bapak dia je

Btw, straight ke idok ni?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.380208 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list