CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 668|Reply: 4

Lebih Rela Putuskan Hubungan Dengan Anak, Saudara Dan Cucu Sebab Takut Dibunuh Junta

[Copy link]
Post time 8-2-2022 09:07 AM | Show all posts |Read mode
Yangon: Gara-gara takut ditangkap atau dibunuh junta, segelintir ibu bapa sanggup ‘membuang anak’ mereka yang menentang rampasan kuasa tentera di Myanmar dan jumlah itu dilaporkan semakin meningkat.


Purata enam hingga tujuh keluarga di Myanmar menyiarkan notis dalam akhbar milik kerajaan bahawa mereka memutuskan hubungan dengan anak lelaki, perempuan, anak saudara dan cucu yang menentang pemerintahan junta secara terbuka.


Keadaan itu dilaporkan berlaku hampir setiap hari sejak tiga bulan lalu.




Foto: AFP




Notis itu mula muncul dpada November tahun lalu selepas junta tentera mengumumkan akan mengambil alih harta pihak yang menentang pemerintahannya serta menahan individu memberi perlindungan kepada penunjuk perasaan.


Pengumuman itu diikuti dengan puluhan serbuan dilakukan terhadap rumah penduduk.


Lin Lin Bo Bo merupakan seorang daripada individu yang dibuang oleh ibu bapanya menerusi 570 notis yang disiarkan dalam akhbar.     


Bo Bo merupakan seorang bekas jurujual kereta yang menyertai kumpulan bersenjata menentang pemerintahan junta.


“Kami memutuskan hubungan dengan Bo Bo kerana dia tidak pernah mendengar kata keluarganya,” jelas notis disiarkan ibu bapanya, San Win dan Tin Tin Soe dalam akhbar The Mirror pada November tahun lalu.


Bo Bo yang kini tinggal di sebuah bandar sempadan Thailand selepas melarikan diri dari Myanmar berkata, ibunya tidak mengaku dia anak sendiri selepas tentera menyerbu rumah keluarganya untuk mencarinya.


Katanya, beberapa hari kemudian, dia menangis setelah membaca notis itu dalam akhbar tersebut.


“Rakan seperjuangan saya cuba memujuk dengan menyatakan ibu bapa saya mungkin melakukan perkara itu dibawah tekanan. Namun, saya berasa amat sedih,” kata Bo Bo yang berusia 26 tahun.


Dalam pada itu, seorang pegawai kanan advokasi di Burma Campaign United Kingdom (UK), Wai Hnin Pwint Thon berpandangan tindakan menyasarkan ahli keluarga aktivis antikerajaan merupakan taktik digunakan tentera Myanmar semasa pergolakan pada tahun 2007 dan akhir 1980-an.


Malah, katanya, taktik itu lebih kerap diguna pakai sejak rampasan kuasa pada 1 Februari tahun lalu.


Tindakan memutuskan hubungan dengan ahli keluarga secara terbuka adalah satu daripada cara untuk bertindak balas, kata Pwint Thon.


Menurutnya, beliau melihat lebih banyak notis sedemikian disiarkan dalam akhbar berbanding sebelum ini.


“Ahli keluarga berasa takut untuk terlibat dalam jenayah. Mereka tidak mahu ditahan dan tidak mahu menghadapi sebarang masalah dan hasilnya, mereka lebih sanggup buang keluarga,” katanya.


Ketika diminta mengulas mengenai notis tersebut dalam satu sidang akhbar diadakan November tahun lalu, jurucakap tentera, Zaw Min Tun berkata, individu yang melakukan pengisytiharan demikian masih boleh didakwa jika didapati menyokong pihak yang menentang junta.


TINDAKAN KEKERASAN


Selepas junta tentera melakukan tindakan kekerasan terhadap demonstrasi, beberapa penunjuk perasaan melarikan diri ke luar negara atau menyertai kumpulan bersenjata di kawasan luar bandar.


Berdasarkan data dikeluarkan badan pemantau, Pertubuhan Bantuan Tawanan Politik (AAPP), kira-kira 1,500 orang terbunuh dalam tindakan kekerasan dan hampir 12,000 orang ditahan sepanjang tahun lalu.


Seorang wartawan, So Pyay Aung memberitahu dia merakam kejadian polis antirusuhan menggunakan belantan dan perisai untuk menyuraikan protes serta menyiarkan video itu secara langsung di laman web berita, Democratic Voice of Burma.


Menurut Pyay Aung, dia bersama isteri dan anak perempuannya melarikan diri ke Thailand selepas pihak berkuasa mencari mereka dan dia dibuang oleh bapanya pada November tahun lalu.


“Saya tidak akan mempunyai apa-apa tanggungjawab berkaitan dengannya,” jelas notis yang disiarkan bapanya dalam akhbar Myanmar Alinn. – CARI


Sumber: Utusan/ Reuters
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2022 11:53 AM | Show all posts

Yangon: Gara-gara takut ditangkap atau dibunuh junta, segelintir ibu bapa sanggup ‘membuang anak’ mereka yang menentang rampasan kuasa tentera di Myanmar dan jumlah itu dilaporkan semakin meningkat.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk 2 negara Asia tenggara ni, Malaysia je yg lembut wataknya, Tenggok jiran2 kita semua keras2 belaka, cambodia dgn pol pot ya, Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia yg
katanya serumpun  dgn kita pun boleh tahan kerasnya, zaman Sukarno, PKI, Orde baru suharto
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Meleis ni bkn je lembut malah penyayang juga. Tengok la rata2 yg dtg baik secara sah atau tidak, semua dijaga dgn baik. Kadang tu reykat sendiri pun terpinggir suara tak didengari pun dah
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2022 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu bukan sahaja lembut malah terkulai layu di tasik madu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.447004 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list