CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 283|Reply: 0

[Sabah] 110 liter air ketum dirampas di Kampung Jaya Baru Keningau

[Copy link]
Post time 8-2-2022 09:03 AM | Show all posts |Read mode


RAMPAS: Cecair ketum yang dirampas di rumah suspek.

KENINGAU: Kegiatan seorang lelaki yang menjadikan air ketum sebagai sumber pendapatan membawa padah selepas ditahan dalam satu serbuan di rumahnya di Kampung Jaya Baru di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superintendan Nor Rafidah Kasim berkata bertindak dengan maklumat berkaitan kegiatan menjual air ketum, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau menjalankan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung terbabit kira-kira jam 10 pagi.

“Semasa serbuan suspek berumur 30-an itu berada di dalam rumah dan hasil siasatan lanjut berjaya menemukan 110 bungkusan plastik air ketum dalam tiga tong dan dianggarkan bernilai RM1,100.

"Siasatan awal polis mendapati suspek yang juga seorang penganggur itu aktif menjual air ketum sejak hujung tahun lalu," katanya dalam satu kenyataan media di sini.
Nor Rafidah berkata suspek kemudiannya dibawa ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah dan suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau.

“Suspek kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki cecair dan dedaun yang mengandungi mitragynine yang boleh dihukum mengikut Seksyen 30(5) akta sama.

"Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.


utusanborneo.com.my/2022/02/08

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.289984 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list