CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 294|Reply: 0

[Sabah] Lelaki parah dibaham buaya di Sungai Giling

[Copy link]
Post time 8-2-2022 09:01 AM | Show all posts |Read mode


PARAH: Mangsa parah selepas dibaham buaya di Sungai Giling di sini.


TUARAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas dibaham buaya semasa berada di Sungai Giling di sini kelmarin.

Menurut saksi yang juga rakan mangsa, kejadian berlaku apabila mangsa berumur 40-an turun ke sungai terbabit untuk mencari lokan kira-kira jam 2 petang.

“Semasa mencari lokan itu, mangsa tidak menyedari terpijak buaya yang berada berhampiran menyebabkan reptilia terbabit membaham kaki kiri mangsa dan mengheret mangsa ke dalam sungai.

“Mangsa terpaksa bergelut melepaskan diri daripada buaya terbabit dan mujurlah selepas bertarung beberapa minit buaya sepanjang lebih satu kaki itu melepaskan gigitannya,” katanya.

Beliau berkata mangsa yang parah berjaya pulang ke rumah menaiki sampan dan segera dibawa ke Hospital Tuaran untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Mohd Hamizi Halim mengesahkan kejadian.

Katanya mangsa berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan selanjutnya di Hospital Tuaran.


utusanborneo.com.my/2022/02/08

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.052705 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list