CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 407|Reply: 0

[Borneo] [ DUNIA ] Kes COVID-19 cecah 36,000, Indonesia tutup lapangan terbang di Jakarta

[Copy link]
Post time 8-2-2022 06:26 AM | Show all posts |Read mode
JAKARTA : Kerajaan Indonesia menguatkuasa sekatan kemasukan pelancong asing ke negara itu melalui pintu masuk di lapangan terbang di ibu negaranya.

Pengumuman oleh Kementerian Pengangkutan itu bagi membendung peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang berpunca daripada penularan varian Omicron ketika ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan lewat malam tadi, larangan itu ‘terpakai’ kepada semua pelancong asing dan rakyat Indonesia yang bercuti di luar negara.

Semalam, negara yang mempunyai penduduk paling ramai di Asia Tenggara itu merekodkan kes baharu sebanyak 36,000 manakala kadar penggunaan katil di hospital mencapai 63 peratus.

Sekatan kemasukan pelancong asing melalui lapangan di Jakarta itu menyusul selepas lapangan terbang di Bali semalam membuka kembali pintunya kepada kemasukan pelancongan antarabangsa selepas dua tahun ditutup.

Kenyataan sama turut menyebut pelancong asing masih boleh memasuki Indonesia menerusi lapangan terbang di Bali, Batam dan Tanjung Pinang. – TVS

Join our Telegram channel to get our news Alerts and highlights

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.052531 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list