CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1142|Reply: 3

[Tempatan] Pemandangan dan jalanraya cantik punca ramai berhenti di bahu jalan utk bergambar di laluan Jalan Temiang-Pantai, Seremban. 48 pemandu kena saman

[Copy link]
Post time 7-2-2022 03:17 PM | Show all posts |Read mode
Jalan Temiang-Pantai jadi tumpuan, 48 saman dikeluarkan


SEBANYAK 48 saman telah dikeluarkan oleh polis kepada pengguna jalan raya di laluan Jalan Temiang-Pantai, Seremban dengan kesalahan tertinggi melibatkan kesalahan meletakkan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan untuk tujuan bergambar dan berkumpul.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.

    Oleh NOR SHAFAWATI YUP
    7 Februari 2022, 3:12 pm

SEREMBAN: Sebanyak 48 saman telah dikeluarkan polis kepada pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan di  Jalan Temiang-Pantai di sini untuk tujuan bergambar.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, daripada saman yang dikeluarkan itu, kesalahan tertinggi direkodkan adalah meletakkan kenderaan di bahu jalan atau lorong kecemasan untuk tujuan bergambar dan berkumpul.

“Hendak ambil gambar tidak jadi masalah, tetapi, jangan sampai meletak kenderaan di bahu jalan dan lorong kecemasan sehingga mengganggu kelancaran trafik dan mengundang risiko tinggi berlakunya kemalangan.

“Bagaimanapun, setakat ini, tiada kes kemalangan direkodkan berlaku di kawasan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Jelas Mohamad, pihak polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan bersama agensi lain akan meneruskan pemantauan dan advokasi dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan pengguna lalu lintas.

“Itu sebenarnya Jalan Persekutuan bukannya lebuh raya, mungkin disebabkan pemandangan di sepanjang laluan itu menarik menyebabkan ramai yang berhenti untuk mengambil gambar.

“Ia tidak jadi masalah asalkan orang ramai mematuhi peraturan ditetapkan selain tidak mengganggu lalu lintas,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, aktiviti berbasikal dan jogging dibenarkan di laluan berkenaan selagi tidak mengganggu keselamatan lalu lintas serta tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain.

“Kami menasihati pengguna jalan raya tidak kira di negeri ini mahupun luar negeri yang melalui kawasan itu supaya mematuhi peraturan jalan raya ditetapkan,” katanya.  -UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-2-2022 03:20 PM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 03:21 PM | Show all posts
Eloklah disaman boleh juga tambah pendapatan dan elak berlakunya kemalangan.  
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2022 03:57 PM | Show all posts
Luas mata memandang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.081919 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list