Kelmarin, pelakon popular Amar Baharin telah memaklumkan berita tentang anak sulungnya iaitu Aqeef Anaqi yang terpaksa dikejarkan ke hospital.
Menerusi akaun Instagram, Amar yang merupakan suami kepada pelakon dan pengacara Amyra Rosli ini telah memaklumkan kepada peminat tentang Anaqi yang mengalami gejala muntah berkali-kali.
"Anak soleh hero daddy 3 kali muntah pagi ni, get well soon abang. Allahummasyfi Anaqi"
Oleh kerana merasa bimbang tentang kesihatan Anaqi, Amar berharap peminat dapat mendoakan agar anaknya diberi kesembuhan dan sihat seperti sedia kala.
Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan ucapan doa buat Anaqi.
Sama-sama kita mendoakan semoga permata hati Amar dan Amyra kembali sembuh seperti sedia kala. -CARI |