CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
 Author| Post time 6-4-2022 10:33 AM | Show all posts
tomyam kaw padu

*3/4 ulas bawg putih ketuk
"Cilipadi 2 biji
*Serai 2 batg ketuk
*Bwg Holland sebiji ptg 4
*Tomato 2 biji belah 2
*Rempah tomyam mea pranom 2 sudu besar
*Air 2 cawan
*Ayam
sotong /udang
Sayur karot/bunga kobis
Daun limau purut 2/3 helai
Jus limau
Garam gula
Susu segar satu senduk

Cara masak
Masukkan semua bahan yg * renehkan dalam 10 mnt then masukkan jus limau garam gula sebuk perasa sayur2 biarkan selama 5/6 minit masukkan sotong /udg than last skali susu cair.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 01:34 PM | Show all posts
8. DAGING GORENG TUMIS
[img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;">
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perapan Daging:
  • 500gm daging | hiris kecil, cuci dan tos
  • 1/2 sudu teh biji sawi
  • 4 sudu makan minyak masak
  • tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 4 tangkai cili kering | hiris halus
  • 1sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kari
Bahan Tumis:
  • 4 biji  bawang besar | buang kulit dan cincang
  • 4cm halia muda | hiris memanjang
  • 6 ulas bawang putih | cincang halus
Bahan-bahan lain:
  • 1 biji cili hijau | hiris halus
  • 3 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kari daging
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu makan cuka makan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak secukupnya
CARA MEMASAK:
  • Masukkan daging dalam periuk, gaulkannya dengan bahan perapan yang lain.
  • Perap daging sekurang-kurangnya 30 minit.
  • Masukkan 1 cawan air dalam daging yang telah diperap dan didihkan di atas api sederhana. Kacau selalu sehingga air daging kering. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan 2-3 sudu minyak masak dalam kuali, tumiskan bahan hirisan hingga wangi.
  • Masukkan daun kari dan kacau seketika.
  • Seterusnya masukkan serbuk cili, serbuk kari, serb
  • uk kunyit yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau lagi.
  • Kemudian masukkan daging yang telah direbus hingga kering tadi.
  • Perasakan dengan cuka, garam dan gula secukup rasa.
  • Kecilkan api, masukkan hirisan daun ketumbar dan hirisan cili hijau.
  • Terus kacau daging supaya sebati dengan bahan tumisan.
  • Tutup api, dan hidangkan daging bersama nasi putih atau capat

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 07:18 PM | Show all posts
SOTONG  MASALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan perap sotong:
  • 500 sotong saiz besar | cuci bersih dan potong kecil
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 serbuk lada sulah
Bahan tumisan:
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 3cm halia muda | hiris halus memanjang
  • 3 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
Bahan-bahan lain:
  • 2 biji cili hijau | hiris bulat
  • 1 pokok daun ketumbar | hiris halus
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 sudu teh rempah masala
  • 1 biji tomato | potong dadu
  • 2 sudu makan air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa.
  • 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
  • Masukkan sotong dalam kuali bersama bahan perapan. Kacau rata.
  • Kemudian panaskan di atas api dan kacau lebih kurang 3-4 minit. Angkat dan ketepikan.
  • Menggunakan kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan hingga wangi.
  • Seterusnya masukkan  serbuk kunyit, lada hitam dan rempah masala, kacau 1-2 minit.
  • Masukkan sotong, air asam jawa, hirisan cili hijau dan tomato.  Kacau seketika.
  • Perlahankan api dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Selepas 1-2 minit, tutup api dan sotong sedia dihidangkan.

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 12:26 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 9-4-2022 11:27 AM

AYAM GORENG BERSAMA CILI BENGGALA
BAHAN-BAHAN:
Bahan Perap Ayam:
  • 500gm isi ayam | hiris nipis, cuci dan tos
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
Bahan Hirisan:
  • 1/2 biji cili benggala hijau | hiris memanjang
  • 1/2 biji cili benggala merah | hiris memanjang
  • 2 tangkai cili merah | hiris
Bahan Tumis:
  • 4 ulas bawang putih | cincang
  • 1 biji bawang besar | hiris
  • 3cm halia muda | hiris halus
Bahan-Bahan Lain:
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1/2 sudu teh perasa ayam
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
  • Masukkan isi ayam dalam mangkuk bersama bahan perapan yang lain. Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya 15 minit.
  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap tadi hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  • Keluarkan minyak, tinggal sedikit dan  tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan ayam goreng, bahan hirisan. Kacau rata 1-2 minit.
  • Kemudian perasakan dengan sos tiram, perasa ayam, garam dan gula secukup rasa.
  • Kacau seketika, kemudian tutup api.
  • Sedia dihidangkan.

Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 01:13 PM | Show all posts

Tauhu Bergedil by Che Nom



Masa Penyediaan: 30-40 minit, Masa Memasak:30 minit, Jumlah Hidangan:25 biji

Resepi Oleh: Che' Nom
Tauhu begedil yang pernah viral suatu ketika dulu tapi sekarang masih ramai yang sukakan menu ni dan juga menjadi punca rezeki untuk jualan. Apa yg menentukan sedap tak sedap tauhu begedil tu, inti begedilnya mestiah cukup semua rasa dan tektur yang sempurna, dan sambal kicap mestilah padugabungan tu yg akan membuatkan tauhu begedil ni larisatau laku keras org kata. NOTA PENTING: untuk salutan yang lebih garing, campur 1-2 sudu besar tepung jagung dalam adunan telur.

Bahan-Bahan:
  • Bahan-bahan untuk tauhu begedil:
    • 300g / 25-30 biji tauhu kering
    • biji bawang besar
    • 150g daging kisar
    • 6-7 biji kentang
    • 3 tangkai cili merah
    • sedikit daun sup
    • cawan bawang goreng
    • sudu kecil lada sulah
    • garam secukup rasa
    • 2 biji telur
    • secubit garam
  • Bahan-bahan untuk cili kicap:
    • biji bawang besar
    • 3 biji bawang merah
    • 5-6 ulas bawang putih
    • 10 tangkai cili padi
    • 2 tangkai cili merah
    • sedikit minyak
    • Anggaran 1 cawan kicap manis ABC
    • Anggaran 1/3 cawan kicap manis cap Kipas Udang


Cara Penyediaan:
  • Cara-cara untuk tauhu begedil:
    • Gunting permukaan tauhu kering dan keluarkan isinya. Asingkan dulu isi dan tauhu kering.
    • Cincang halus daun sup dan cili merah.
    • Hiris nipis kentang dan bawang merah. Kemudian potong dadu biji bawang besar.
    • Panaskan minyak dan goreng hirisan bawang merah sehingga kekuningan dan garing. Gorengkan dengan api yang sederhana.
    • Angkat dan toskan minyak selepas bawang merah kelihatan keperangan.
    • Kemudian, goreng kentang sehingga sedikit kekuningan lalu angkat dan toskan minyak.
    • Tumis bawang besar serta masukkan daging kisar. Gaul sehingga ia masak serta kering airmya.
    • Tambah serbuk lada dan garam secukup rasa.
    • Bila air daging sudah kering, angkat dan ketepikan dulu.
    • Lenyek kentang goreng sehingga lumat lalu masukkan isi tauhu kering, cili merah, sedikit daun sup, daging kisar goreng, setengah cawan bawang goreng, lada sulah dan garam.
    • Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati.
    • Bulatkan inti dan masukkan atau sumbat kedalam tauhu kering.
    • Pecahkan telur kedalam mangkuk dan sedikit garam. Kacau sehingga rata.
    • Celup tauhu begedil kedalam telur dan goreng kedalam minyak yang panas sehingga ia masak keperangan.
    • Angkat dan toskan minyak lalu tauhu begedil siap untuk dihidang.
  • Cara-cara untuk sambal kicap:
    • Hiris kasar bawang besar, bawang merah dan bawang putih. Potong atau patahkan cili padi dan cili merah.
    • Goreng bahan-bahan kedalam minyak panas dan masak sehingga ia layu serta lembut. Kemudian, angkat dan toskan minyak.
    • Masukkan bahan kedalam pengisar. Tambah kicap manis ABC dan kicap manis cap Kipas Udang lalu kisar sehingga sederhana halus.
    • Selepas siap dikisar, perah limau nipis jika mahu.


Tips:
  • Kentang jika tidak dikupas kulitnya, pastikan cuci kentang sebersih-bersihnya untuk dimasukkan kedalam masakan. Selain itu, jika mahu direbus kentang, tidak perlu dihiris nipis.
  • Pastikan bawang merah goreng tidak dibiarkan begitu lama dan cepat-cepat mengangkatnya selepas ia sudah masak keperangan. Hal ini kerana bawang itu masih dalam proses masak dimana ia akan cepat hangit dan menyebabkan rasa pahit serta tidak sedap.
  • Bawang boleh diletakkan dibawah kipas selepas ditos jika tidak pandai mengagak masa mengangkatnya. Tips ini oleh dicuba ya.
  • Jika tidak mahu menggunakan kaedah menggoreng kentang kerana takut berminyak, kentang boleh juga direbus. Bagi Che Nom, kentang yang digoreng kerana akan lagi sedap rasanya dan begedil lebih mudah dibentuk.

Prepare by Che Nom



Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2022 01:15 PM | Show all posts
Resepi Daging Masak Kicap Dan Kentang



  • Masa Penyediaan: 20 minit,
  • Masa Memasak:50 minit,
  • Jumlah Hidangan:4 orang makan
Resepi Oleh: Che' Nom
Hi semua, Assalamualaikum. Kali ni Che Nom nak masak, menu yang ringkas tapi cukup sedap menjilat jari kalau makan iaitu daging masak kicap berkentang.
Biasanya kalau masak daging kicap Che Nom suka perap sekejap daging dengan beberapa bahan, biar serap semua rasa. Selain itu, tujuan kita perap ialah untuk lembutkan daging supaya lebih cepat masak nanti.

Dalam video ni juga ada sedikit tips untuk sesiapa nak masak daging lebih lembut dan cepat. Sekolah pun dah buka, jadi menu ringkas macam ni juga yang tetap menjadi pilihan untuk masak kat anak-anak kan?.

Bahan-Bahan:
  • Bahan-bahan:
  • cawan minyak masak
  • 2 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji kentang
  • Sedikit garam
  • Rempah 4 sekawan
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 batang serai
  • Kicap manis secukupnya
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sudu kecil serbuk lada hitam
  • 7 tangkai cili padi
  • Daun bawang
  • 1 biji bawang holland
  • Bahan-bahan untuk perapan:
    • 500g daging
    • sudu kecil serbuk kunyit
    • sudu kecil garam
    • 2 sudu kecil serbuk ketumbar
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu besar kicap manis


Cara Penyediaan:
  • Cara-cara:
  • Potong daging (ikut arah lawan urat) sederhana nipis.
  • Perap ayam dengan kunyit, garam, serbuk ketumbar, sos tiram dan kicap manis.
  • Kisar kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
  • Potong kentang dan gaul dengan garam.
  • Potong daun bawang (anggaran 2 cm), cili padi (buang tangkai sahaja), dan bawang holland (potong tebal membulat).
  • Panaskan minyak dan goreng kentang separuh masak.
  • Angkat kentang dan ketepikan.
  • Panaskan minyak kemudian tumis bahan kisar kasar dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau rempah.
  • Masukkan cili kisar dan bila cili dah masak garing, masukkan serai (yang telah dititik).
  • Masukkan daging perap dan masak dengan api perlahan.
  • Bila daging separuh masak, masukkan kicap manis, sos tiram, sedikit air dan terus masak 30-40 minit.
  • Masukkan serbuk lada hitam, kentang goreng, air asam jawa, kicap manis, cili padi, hirisan daun bawang (bahagian batang) dan hirisan bawang holland.
  • Hidang daging dan hias dengan hirisan daun bawang.

Tips:
  • Potong daging arah berlawan urat, kalau arah berlawanan, bila ditekan daging akan nampak macam rongga-rongga sikit.
  • Gula dari kicap manis akan membantu lembutkan daging.
  • Goreng kentang api besar, biar perang di luar tapi dalam tak terlalu lembut.
  • Selepas masukkan daging, masak dengan api perlahan supaya daging masak lembut.

  • Kalau kurang gelap boleh tambah kicap dan kering boleh tambah air.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2022 07:27 AM | Show all posts
AYAM LADA HITAM


BAHAN-BAHAN:
  • 500gm isi ayam | hiris kecil
  • 50gm daun bawang
  • Rempah penumis | bunga lawang, kulit kayu manis dan buah pelaga
  • 3 biji cili merah | hiris memanjang
  • 1 biji bawang besar | dadu kecil
  • 5ulas bawang putih | cincang
  • 3cm halia mudah | hiris halus
  • 1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
  • 1 sudu makan tomato sos
  • 1 sudu makan sos lada hitam
  • 1 sudu makan kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
  • Panaskan minyak, tumiskan rempah penumis bersama bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan ayam, kacau hingga ayam kecut dan airnya agak kering.
  • Seterusnya masukkan sos tomato, sos lada hitam, kicap pekat manis.
  • Kacau lagi lebih kurang 2-3 minit.
  • Kemudian perasakan dengan garam, gula  secukupnya.
  • Sebelum angkat, masukkan daun bawang, hirisan cili merah dan taburkan dengan serbuk lada hitam.
  • Tutup api, angkat dan hidangkan panas-panas.

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 12:13 PM | Show all posts
DAGING MONGOLIA


BAHAN-BAHAN:
  • 300gm daging batang pinang  | hiris nipis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 3cm halia muda | hiris nipis
  • 6 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 1 biji bawang besar| hiris
  • 1/2 biji cili benggala merah | hiris
  • 100gm brokoli
  • 1 sudu makan minyak bijan
  • 3 Pokok daun bawang | hiris 3cm
  • 1 sudu tea bijan | goreng tanpa minyak
  • Garam dan perasa secukupnya
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 1 sudu teh minyak bijan
CARA MEMBUAT:
  • Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Kemudian masukkan daging, kacau rata sehingga air daging kering. Masukkan bawang besar, cili benggala dan brokoli, kacau seketika.
  • Perasakan dengan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  • Kacau lagi 2-3 minit, kemudian tutup api.
  • Renjiskan minyak bijan, dan gaul sekali lagi.
  • Sebelum hidang taburkan bijan yang digoreng tanpa minyak tadi di atasnya.
  • Sedia dihidangkan panas-panas.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2022 06:56 PM | Show all posts
TELUR MASAK ROS MASAM MANIS
[img][/img]" i-amphtml-auto-lightbox-visited="" style="box-sizing: border-box; border: 0px; outline: 0px; vertical-align: baseline; background: transparent; max-width: 100%; display: block !important;">
BAHAN-BAHAN:
  • 6 biji telur | direbus dan dibuang kulit
  • 200gm bawang merah | dikisar
  • 20gm bawang putih | dikisar
  • 10gm halia | dikisar
  • 50gm serai | dikisar
  • 1 sudu makan cili giling
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
    IKLAN

  • 1 tin puri tomato
  • 50gm sos cili
  • 50ml air
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
  • Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan kisar sehingga wangi.
  • Kemudian masukkan puri tomato, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang. Kacau rata.
  • Seterusnya masukkan sedikit air dan juga garam serta gula secukup rasa.
  • Akhir sekali, masukkan telur dan biarkan didih seketika. Sedia untuk dinikmati.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2022 09:38 AM | Show all posts
SALAD BUAH

Bahan-bahan:
1 biji buah pelam
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
Kismis hitam (ikut banyak mana)
Anggur
1/2 tin susu cair
1 yogurt lemak perisa strawberri
5 @ 6 sudu mayonis buah-buahan

Cara-cara penyediaan:
1. Bersihkan buah-buahan dan keringkan. Kemudian potong dadu.
2. Masukkan yogurt, susu cair, mayonis dan taburkan juga kismis ke dalam bekas berisi buah-buahan tadi.
3. Gaul rata sehingga semuanya sebati.
4. Salad buah sedia untuk dinikmati.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2022 09:39 AM | Show all posts
KEMBUNG MASAK PEDAS ALA THAI

- Ikan kembung di goreng dgn gram dn sedikit kunyit ketepi kn
- cili merah
- cili hijau
- cili padi merah
- cili padi hijau
- serai 3 btg
- bwg Putih dlm 6 ulas
(Balnder semua bahan jgn hancur sgt ye)
-sos ikan
-sos tiram
-sos cili
-sos tomato
- gula
-air seckupnya

Panaskan minyak tumis bahan balander smpi pecah minyak.
Masukkan semua sos² tu dn gula gaul rata
(Garam x perlu ye sbb semua bahan dh masin)
Masukkan sedikit air utk kuahnya agak² la ye.
Biar mendidih.
Last skli masukkan hiris daun limau purut bwg holland dn ikan goreng.
Gaul rata siap...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2022 09:44 AM | Show all posts
BISKUT SUSU KACANG PEAS

Bahan-bahan :

A
130g gula isingmana2 bg yg kurg manis gule perang bagus
150gm serbuk kacang peas

B
50g cawan susu tepung
50 gm tepung jagung
1 sb minyak sapi
2 sb salted pure butter
ayak kan

C
200 gm tpung gandum cap ros
1 sk baking powder

D
minyak jagung secukup nya

cara nya
satukan C dgn bahan A dan B
ramas kan sampai jd mcm serbuk roti
masuk kan D
minyak jagung td sikit2 smbil menguli smpai jd doh lembut..
Ikut lembut adunan boleh diterap xbederai kalau bederai minyak xcukup
Utk sapuan
Kuning telur + pewarna kuning
serbuk kacang peas
sapu kuning telur sket letak kacang boleh,xletak pon boleh atau tabur serbuk kacang peas td pon boleh
bakar suhu 170 masa 25 mnt ini begantung oven masing2

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2022 09:44 AM | Show all posts
Bilis kacang goreng pedas

Bhn²
2 cwn bilis goreng
2 cwn kacang tanah goreng
2 senduk cili kisar
1cwn minyak
1 cwn gula
1 biji limau nipis(di ambil airnya)
Sedikit garam
Sedikit daun kari.
Bawang goreng ikut suka nk taruk ke tak.

Cara²
Panaskan kuali.msukkan minyak.tumis cili kisar Smpai pecah minyak.masukkan daun kari.masukkan gula.kacau rata.masukkan garam dan air limau.bila dah didih dan pecah myk masukkan bilis dan kacang yg dah digoreng td.tutup api dan kacau rata.siap.
P/s:jgn masukkan air.resepi ni x guna air ye.klau guna air bilis akan lembik.dan cepat lemau.resepi ni rapuh dan kriuk² dan tahan lama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2022 09:49 AM | Show all posts
Ayam goreng lada hitam

Resepi:
1) Bawang merah dua biji
2) Bawang putih 3 ulas
3) Isi ayam
4) Serbuk lada hitam (lada hitam biji2 tu sangai tanpa minyak , lepastu blend kasar. Stok lada blend ni mmg sentiasa sy buat sbb kadang2 teringin nak makan lauk org dlm pantang (Nak guna sos lada hitam pun buleh tp rasa dia x kick sgt )
5) tepung jagung sesudu besar, bancuh dgn air suam. Agak2 je.
6) tepung bestari untuk celup ayam
7) sos tiram (agak2)
8)kicap pekat manis (agak2)

Cara2:
Potong dadu isi ayam, gaulkan dgn garam skit. Lepas tu celup tepung bestari. Goreng dgn minyak banyak, agak2 garing toskan, letak tepi.
Guna minyak yg baru, tumiskan bawang putih & merah, naik bau masukkan serbuk lada hitam yg blend tadi, gaul2 dan masukkan air satu cawan kecil. kemudian masukkan sos tiram, kicap pekat manis untuk balancekan rasa, dan tepung jagung yg dah dibancuhkan dgn air td. Kacau2 letak garam skit, last masukkan ayam yg dh goreng td. Gaul2 sikit lepastu tutup api. Taburkan daun bawang siapp ! Makan dengan nasi panas2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2022 09:49 AM | Show all posts
FERRERO COOKIES

250 gm buttercup
3/4 cwn gula kastor
1/2 cwn Serbuk badam
1/2 cwn susu tepung
1 cwn nestum dikisar menjadi serbuk
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung beras
Tepung gandum ( cap sauh) ikut sukatan doh.. 2 cwn lebih kot..( kalau doh lembik sangat, tambah tepung sikit2 yea sampai doh cantik boleh olah dengan baik.. Jgn terlalu byk tepung, doh mudah keras dan pecah masa nak getel jadi bulat)
Kacang hazelnut biji.. Dibakar hingga rangup
Kacang nib Dibakar terlebih dahulu
Beryl's Milk compound dicairkan

Pukul buttercup dn Gula higga kembang
Masukkan Serbuk badam, susu tepung, nestum kisar, tepung jagung, tepung beras.. Kacau dn masukkan tepung gandum sikit2 sehingga doh sebati cantik, mampu digetel dengan elok terletak..
Bentukkan bulat doh, letak kan kacang hazelnut sebiji2.. Bulat kan dn bakar sehingga masak.. Depends oven masing2 yea.. Bakar sehingga doh garing sikit..( Untuk rangup)
Sejukkan biskut.. Cairkan coklat beryl's, masukkan kacang nib dlm coklat cair.. Amik biskut celup kan dlm coklat yang dah bercampur dengan kacang nib.. Masukkan dlm papercup.. Biarkn shgga keras atau letak dlm freezer skjap.. Siap!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2022 09:50 AM | Show all posts
Cookies sampan legend

250g butter pure butter baru sedap
100g gula ising
1 biji telur
1 sb esen vanila
30g susu tepung
500g+- tepung gandum cap ros

cara2
satukan butter dan gula mix sebati kalau guna senduk pn buleh.
masuk kan telur dan esen vanila gaul rata
masuk kan susu tepung dan tepung sikit2 sampai habis
korg uli smpai agak2 jd doh yg lembut
Inti sampan dia
120g butter pure butter
150g kelapa kering
30g gula ising
50g badam cincang bakar dulu
50g ceri merah dan hijau nak letak kismis sekali pn boleh

cara buat inti
mix butter dan ising sebati
tambah bahan2 lain gaul rata ja
ok skrg cara buat biskut sampan ni
ambik doh tekap pd acuan.keluakan elok2 jgn buat tebal2 ok.
masuk kan inti dan  bakar 170 masa 20-25 mnt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2022 09:51 AM | Show all posts
PERCIK IKAN BONDA

1. Untuk Ikan 7ekor
Bahan untuk Perap pada ikan/lemur dekat ikan
- bawang merah 1ulas
- halia 2inci
-garam secukupnya
*bahan tadi tumbuk smpai hancur sepenuhnya
2. Kuah Percik
*bahan untuk blend:
- lada kering 8biji/ boleh guna cili boh
- bawang merah 5ulas
- bawang putih 1ulas
-halia 1inci
*santan 1biji kelapa

Cara-cara:
Masukkan santan dan bahan yang telah dikisar.
Masukkan sedikit asam jawa dan 1 batang serai diketuk.
Masukkan gula dan garam secukup rasa.
Kacau santan sehingga pekat ikut citarasa masing-masing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2022 09:54 AM | Show all posts
Ayam masak kam Heong

Resepi
Ayam
Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Serbuk kari
Sos tiram
Sos cili
Kicap
Lada api

Caranya
Lumur ayam sama kunyit dan garam..goreng ayam dulu..pastu hiris bawang merah sama bawa putih..tumiskan bawang masukkan daun kari sos tiram sos cili kicap..dan masukkan serbuk kari sedikit  jgn letak garam sos2 td dah masin ayam pon dah masin..nk letak air sedikit pon bole bg cair cekit kuahnya dah siap masukkan aym tur

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2022 10:10 AM | Show all posts
Sagu Gula Melaka

Bahan -bahan :-
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain ????)
2 sudu gula Merah
1 ketul gula Melaka
1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
1/2 air

Cara - cara :-
>Masak sagu  dgn air yg mendidih sehingga kembang (jadi clear).
>Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna
Gula masak dgn 1/2 cwn air+ daun pandan
Biar sejuk.. boleh hidang dgn susu cair tadi

*TIPS SAGU*
-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
-Jangan rendam sagu, kalau basuh nanti hancur.
-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
-Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2022 10:11 AM | Show all posts
BISKUT SUJI BRUNEI

Bahan²:-
370 gram tepung gandum
200 gram minyak sapi Gheeblend
100 gram shortening
150 gram gula kastor
100 gram cornflakes kisar halus
1 biji kuning telur
80 gram  tepung suji
50 gram tepung jagung
Bahan salut :
3/4 cawan nestum kisar halus
1/4 cawan susu tepung
1 sdb gula aising

Cara²:
1) Putar minyak sapi, shortening dan gula halus hingga sebati.
2) Masukkan kuning telur dan putar sebati.
3) Slowkan mixer, masukkan suji, tepung jagung, cornflakes kisar dan tepung gandum sikit² hingga menjadi doh.
4) Bulat²kan dan susun dalam loyang
5) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170c  selama 25 minit
6) Dah siap bakar biarkan sejuk sikit golekkan biskut ke dalam adunan bahan salut yang dah dicampur.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.178243 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list