CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Budaya] Seni Masakan/Resepi

[Copy link]
 Author| Post time 25-4-2022 10:26 AM | Show all posts
POPIA KACANG TUMBUK  

Resepi:
-kulit popia
-kacang tanah
-gula

Cara buat inti:
Kacang tanah tu goreng dan buang kulit kemudian blender halus. Dah blender campurkan dengan gula halus yang juga diblender.
1. Gunting kulit popia ikut saiz pembaris dan gulung guna maker pen atau guna straw besar (straw ABC).
2. Cara nak lekatkan, guna tepung gandum dengan bancuh dgn sikit air.
3. Kulit popia digulung guna dan dijemur bagi keras.
4. Bila dah keras anda boleh goreng dan biar sejuk.
5. Selepas itu bolehlah sumbatkan kacang tumbuk tadi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2022 10:42 AM | Show all posts
POPIA CHEESE

1 bungkus kulit popia
5 sudu besar cheese powder
2 sudu besar gula castor
1 1/2 sudu besar serbuk cili( tak nak pedas 1 sudu sudaaa)

Potong2 kulit popia-goreng beliau-blend kering cheese powder+gula+cili powder- masuk kulit popia yg dah tos minyak tu bersama serbuk yg dah blend dlm tippuware- tutup dan goncang2 sambil menari salsa- siap!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2022 10:43 AM | Show all posts
Biskut Dam

Bahan²:-
1 buku buttercup (250g) (atau 1 cawan planta/marjerin
3/4 cawan gula halus (boleh ganti susu pekat manis 1 tin)
1 biji telur ayam saiz A
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila

Cara buat:-
1. Gaulkan buttercup/marjerin/planta dgn gula sampai sebati.
2. Masukkan telur & esen vanilla. Kacau.
3. Masukkan tepung jagung & tepung gandum. Uli sampai tak lekat di tangan. Kalau masih melekat, tambahkan tepung jagung.
4. Bahagikan doh kpd 2 bhgn. Satu bhgn gaulkan dgn serbuk koko.
5. Buat potongan & susun selang seli spt dlm gambar.
6. Potong guna benang.
7. Bakar api atas bawah 170° 20-30 minit (ikut oven masing²).
Siap!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2022 03:06 PM | Show all posts
Gulai Daging Kawah Citarasa Asli Kelantan

Daging Gulai Kawah
Bahan
1/2 kg daging lembu hiris nipis
1paket kerisik (40g) - mama ltk dlm 3 sudu mkn
1 paket kecil kari daging- mama ltk dlm 5 sudu mkn sbb suka pekat2
1 labu bawang merah (kisar)
3 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2inci halia (kisar)
2 batang serai (ketuk)
3-4 sb cili giling
3 helai daun limau purut
1 cawan santan pekat (DJ ltk 1/3 cawan je)
Rempah 4 beradik
3sb gula merah - gula timbang brown color
2-3 keping asam keping
minyak
garam
Air

Cara-Cara:
Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi.
Masukkan cili giling masak hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala
Biarkan sampai pekat. Tutup api.
Sedap dimakan dengan nasi atau roti

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2022 03:21 PM | Show all posts
Daging Masak Hitam

1kg daging lembu
Kicap cap unta / kicap tongnam
2 sudu gula atau gula apong
Setengah sudu serbuk jintan putih
Setengah sudu serbuk jintan manis
1 cawan kismis
Minyak utk menumis
Serbuk secukup rasa
Rempah tumis 4 sekawan
Bahan blend
20 tangkai cili kering
Bawang putih blend 1 sudu
Bawang merah blend 2 sudu
1 batang serai
Lengkuas 2 inci
Halia 1 inci

1. Perap daging yg telah dipotong dgn 2 sudu gulapong dan kicap selama 3 atau 4jam.
2. Blend bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas, serai dan cilii kering.
3. Tumis rempah 4 sekawan. Bila dah terbit bau, masuk kan bahan2 blend dan tumis hingga kekuningan.
4. Masukkan daging yg telah diperap dan gaul rata dengan tumisan yg telah kekuningan.
5. Tambah setengah sudu serbuk jintan putih, setengah sudu serbuk jintan manis. Tambahkan secukup rasa dan gaul rata.
6. Tambah kismis 1 cawan dan air 1 cawan. Masak hingga air tumisan kering. (Anak request kismis jgn di blend. Suka makan kismis begala)
7. Bila kuah dah agak kering, tambahkan kicap dan perasa ikut rasa masing2. My kids doesn't really like sweet so I don't add sugar anymore.
8. Siap utk dihidang.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2022 03:35 PM | Show all posts
Pulut Serunding

Resepi Pulut Cawan

Bahan utk pulut
5 cwn beras pulut rendam 2/3 jam
Lepas tu toskan
Tanak atau kukus
Nisbah dia 5 cwn beras pulut
5 cwn santan
1 sb minyak
Secubit garam,gula,daun pandan di simpul
Nak kukus bole..nak tanak bole
Kalau tanak masuk semua tu..dlm periuk msk mcm biasa
Kalau kukus..masuk pulut dalam loyang
Letak air sama paras..dan daun pandan
Kukus hingga kembang..baru gaul santan tadi
Resepi Serunding Kelapa
Bahan 1 biji kelapa parut( ambil putih sahaja)
Lada kering 12 tangkai atau lebih
Bawang Besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Halia 1 cm
Lengkuas sikit
Serai 6 btg. Biar lebih pon takpe
Udang kering segenggam atau lebih..lagi sedap
Serbuk kunyit
Seketul gula merah
Garam,perasa,gula secukupnya

Cara..
Blend bawang merah,putih,halia,lengkuas,serai,udang kering..
Panaskan minyak
Tumis bahan kisar..hingga naik wangi
Masukkan serbuk kunyit
Gula merah..sebatikan..
Masukkan garam,perasa,gula pasir sedikit
Secukupnya..
Masukkan kelapa..gaul sebati
Masak api perlahan..hingga masak sepenuhnya dan cantik..nak hasilkan serunding yg tahan
Masak api perlahan..
Rasa serunding..mesti ada pedas,masin,manis
siap..sejukkan
Cara nak bentuk kan pulut
Lengserkan acuan dgn sedikit minyak
Masukkan pulut dan bentukkan
kemudian keluarkan dari acuan..dan
Terus golek2 kan dalam serunding
Biar rata...
Kalau pakai tgn..sapu sedikit tgn dgn minyak
Dan bentukkan pulut tadi..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-5-2022 03:52 PM | Show all posts
SALAD BUAH BERKRIM

BAHAN-BAHAN
Fruit Cocktail (Jenama apa pun boleh)
Susu Pekat
Cheddar Cheese
Nestle Cream (Mesti ada baru sedap)
Corn Kernel (Bukan Cream Corn tau)
Buah-buahan segar (Terpulang nak letak buah apa, lagi banyak lagi sedap)
Resepi salad buah
CARA-CARA
1. POTONG & KUPAS BUAH
Mula-mula sekali basuh semua buah yang baru dikeluarkan dari peti ais dan potong mengikut saiz kesesuaian mulut korang.
Kalau macam longan tu korang kupas kulit dia dulu dan buang biji kat dalam tu, kang tak pasal-pasal makan tercekik biji pulak.
2. POTONG CHEDDAR CHEESE
Seterusnya potong cheddar cheese secara mendadu.
3. TAPIS FRUIT COCKTAIL & CORN KERNEL
Keluarkan fruit cocktail dan corn kernel dari dalam tin dan buangkan airnya.
4. GAUL KRIM
Sekarang campurkan Nestle Cream, Cheddar Cheese dan susu pekat tu bersama dan gaul.
Kuantiti Nestle Cream tu boleh agak-agak dengan kuantiti buah-buahan korang. Tapi untuk cheddar cheese tu kalau bubuh banyak pun lagi sedap
Bagi yang bertanya, Nestle Cream ni boleh jumpa dekat pasar raya contohnya Aeon Mall atau Giant. Ini gambarnya saya letakkan di bawah supaya senang korang nak cari.
Susu pekat ni pulak boleh letak dalam 2 atau 3 sudu teh je tau, atau mengikut kemanisan mulut korang.
5. MASUKKAN BUAH
Kemudian masukkan semua buah-buahan dan kacau sampai korang puas hati.
6. SEJUKKAN
Bila dah siap gaul, letak dalam bekas yang bersesuaian dan simpan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk.
Baru sedap!
BOLEH ‘PANCING’ ANAK-ANAK MAKAN BUAH
Senang kan? Berbanding makan kek atau manisan, eloklah kalau sediakan salad buah-buahan macam ni.
Secara tak langsung boleh galakkan anak makan buah jugak.
Memang sihat, lazat dan rasa buahnya segar serta menyejukkan tekak. Rasanya pun cukup special, lain daripada lain!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2022 03:54 PM | Show all posts
ayam ala 3 budak gemok

Bahan-bahan:
Bahan tumbuk kasar :
Bawang merah 2
Halia 2-3 inch
Bawang putih 8 ulas atau 1 labu pun boleh
Cili padi hijau 8-10 biji
Cili padi merah 4-6 biji
Cili hijau - 2 tangkai
Cili merah - 2 tangkai
Bahan blend :
8 tangkai cili merah
Bahan dihiris nipis :
Bawang merah 2-3 biji
Tomato 2 biji
Sos :
Kicap manis 4-5 sudu besar
Kicap pekat 3-4 sudu besar
Bahan lain :
Daun kari
Tiga sekawan
Daun ketumbar
Ayam digoreng debgan serbuk kunyit dan sedikit garam

Cara masak:
Panaskan minyak, tumiskan tiga sekawan dan bawang yang dihiris sampai layu sikit..
Lepastu masukkan tomato dan daun kari, tumis sampai layu.
Masukkan bahan tumbuk tadi dengan cili blend tadi..
Tumis sampai pecah minyak..
Ohh ya lupa bgitau.. Minyak kena banyak tau.. Dlm 10-14 sudu besar.
Ok sambung...
Masukkan bahan sos tadi.. Okay mila pakai kicap manis cap kipas tau sebab lagi sedap.. Hehe
Tumiskan lagi dalam 10minit camtu..
Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam (ikut suka ya).
Masukkan ayam yg dah digoreng tadi..
Gaul rata.. Biarkan dalam api yang slot dalam 10-15 minit..
Taburkan daun ketumbar dan gaul rata.. Biarkan dalam 10 minit lagi..
Ok rasa dulu dah ckup ke x garam??
Ok dah cukup..
Boleh tutup api..
Amik pinggan semua duduk dekat ruang tamu..
Sedia dihidang bersama nasi panas... Ok jom makan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-5-2022 03:57 PM | Show all posts
SAMBAL BILIS RANGUP

Bahan-bahan :
3-4 genggam ikan bilis yang dah siap kopek dan goreng betul2 garing dan perang bukan hangus tau (toskan)
1 pcs asam keping
2 sudu besar gula(membukit)
1 sudu teh rata garam(kurang baru tambah..ikan bilis dah masin)
1 sudu teh bahan perasa
1 cawan air

Bahan kisar :
25 tangkai cili kering(x suka pedas letak 20 tangkai ja)
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
3/4 cawan minyak masak
sejemput ikan bilis lebih kurang 2-3 sudu besar(kisar sekali tau)
(kisar semua bahan ini hingga halus)

Cara-cara :
1.Masukkan bahan kisar ke dalam kuali(jangan letak minyak dah tau sebab kita dah kisar bahan bersama minyak)..
2.Masukkan pula gula,garam,bahan perasa dan asam keping..
3.Tumis hingga sambal betul2 garing dan berubah warna..
4.Masukkan air ..bila dah mendidih ganas dan kuah pekat.. sesuaikan rasa dan terus tutup api ..biarkan dalam 5 minit..masukkan ikan bilis kacau sekejap jer..terus angkat sambal dan letak dalam bekas..siap..
(boleh ceduk buang lebihan minyak)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-5-2022 04:07 PM | Show all posts
KARI SOTONG TANPA SANTAN

1. Sotong 10 ekor(saiz besar + sederhana) berat dlm 1.2 Kg
2. Bahan kisar
Bwg merah 8 biji + bwg putih 5 biji + halia 1 inci + lada kering 12 tangkai(dibuang biji dan direbus) kesemua bahan dikisar halus.
3. Rempah 4 skwan( buah pelaga+ kayu manis+ bunga lawang + bunga cengkih)
4. Daun kari 1 pelepah
5. Daun pandan 2 helai
6. Bwg besar 1 biji mayang
7. Nisang 1/2 keping
8. Rempah kari 3 sb ( kari Adabi)
9. Serbuk cili 1 sb
10. Serbuk kunyit 1sb
11. Biji sawi 1 sk
12. Gula grm secukup rasa
13. Terung panjang 2 biji
14. Tomato 2 biji ( 1 biji dicincang kecil dan 1 biji dipotong 6)
15. Cili besar merah dan hijau 2 biji
* Resipi ini tidak menggunakan santan
.
Cara2 membuatnya:
Tumis rempah 4 skwn dgn bhn kisar dan biji sawi, daun kari..bwg besar smpai wangi...masukkan daun pandan..masukkan rempah kari ...serbuk kunyit serbuk cili ...msk smpai pecah minyak..masuk air..tumis lg smpai pecah mnyak lg sekali..biarkan mendidih...masukkan terung dan tomato...masukkan sotong dlm 8 ke 10 minit( jgn terlalu lama nnti sotong liat)...tambah grm gula ikut rasa ..angkat dan boleh hidang...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 09:35 AM | Show all posts
SAMBAL JAWA GORENG

Bahan-bahan:
-Kentang
-tempe
-pedal ayam
-tauhu

Cara-cara :
1.Gorengkan semua bahan diatas.
2.rendamkan suhun.
3.hiris bawang merah, bawang putih, sikit halia,cili besar merah dan hijau.
4.tumbuk sedikit ikan bilis.
5.tumiskan ikan bilis dan bahan2 yg dihiris. 6.Kemudian masukkan garam dan sedikit gula. 7.Masukkan suhun. Kacau2. Dan masukkan bahan yg dah digoreng tadi. Akhir sekali masukkan kicap. Kacau sebati.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 09:38 AM | Show all posts
Seri Muka Jagung

Lapisan bawah
2 cawan pulut
2 cawan santan sederhana pekat
( sukat ikut paras pulut )
Sedikit garam
Loyang 8×8 atau 9×9 inci oles minyak dan alas dengan plastik jernih

Cara2
Basuh bersih beras pulut,rendam lebih kurang 4 jam,jika guna pulut susu x perlu rendam
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukus selama 30 minit api besar
Tekan pulut yang telah masak tadi supaya rata dan padat,cakarkan permukaan atas pulut tersebut dengan garpu,ketepikan

Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1 cawan air kisar bersama 3 sudu besar krimer jagung ( terpulang pada masing2 nak kisar sampai halus atau sedikit kasar)
3/4 cawan gula pasir
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastad
1 biji telur ( saya guna size A )
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning lemon
Sedikit perisa jagung..optional

Cara2
Dalam satu bekas,campurkan semua bahan2,kacau rata dengan whisk sampai adunan sebati,kemudian tapis
Masak adunan di atas api perlahan sehingga naik wap dan sedikit likat (bukan pekat berketul tau)
Tuang adunan atas lapisan pulut yang telah masak tadi,kukus selama 30 minit api sederhana besar
Jika selepas masak,terdapat air wap bertakung atas permukaan,angkat lengat ke tepi periuk,sendengkan supaya air wap dalam loyang jatuh ke dalam periuk
Atau kukus tanpa penutup selama 5-8 minit, sampai air kering,boleh juga guna tisu dapur untuk serap air
Nak dapatkan permukaan kuih yang cantik dan licin kenalah rajin lap bawah penutup kukusan
Pastikan air kukusan betul2 mendidih
Balut penutup periuk dengan tuala bersih ( saya x balut sbb saya rajin lap

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 09:56 AM | Show all posts
cendol

Bahan-Bahan:
3 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung ubi kayu
1 jug air pandan
2 sudu garam
1 sudu kecil air kapur
Sedikit perwarna hijau

Cara Membuat:
1. Kacau semua bahan..dan tapis dlm periuk
2. Kacau sampai kental dan masak..seperti nk masak dodol
3.masak sampai berkilat dan kenyal
4.sedia utk di lenyekkan dlam acuan
5.pastikan air yg tadah semasa nk lenyek cendol air yg sejuk(ais)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 10:02 AM | Show all posts
Mee Kari Chinese Style

Bahan
1 bungkus mee - celur
2 biji bwg besar - kisar
3 ulas bwg putih - kisar
2 biji bawang merah - kisar
2 batang serai - diketuk
2 bungkus kecil serbuk kari daging sya guna rempah cap O sedap.
1 mangkuk kecil cili kisar
l/2 ekor ayam (potong kecil)
1 mangkuk besar santan fresh
Tauhu kering
Fish cake / Fish Ball
Hiasan
Telur rebus
Taugeh - celur
Sawi - celur
Sambal
Limau Nipis.
Kacang Panjang celur
.
Sambal:-
Segengam cili kering kemudian Rebus sekejap, bila dah masak @ kembang, blend bersama 1 biji bwg besar kemudian tumis sampai pecah minyak, taruh garam dan secubit gula..
Cara penyediaan kuah kari :-
Panaskan periuk taruh minyak dan goreng serai sebentar...kemudian Masukkan bahan kisar Masak hingga wangi, bila dah wangi agak keperangan..Masukkan rempah kari yg telah di campur 1 mangkuk kecil cili kisar, masak sampai terbit minyak.
Kemudian masukkan ayam dan
kacau sebati sehingga ayam separuh masak pastu masukkan santan. (sukatan santan agak² jer, ikut selera nak kuah pekat atau cair) kju tadi taruh santan pekat fresh lebih kurang 1 mangkuk besar dan asam keping..
Biar kuah mendidih.. Perasakan garam dan gula utk seimbangkan rasa., kalo hampa mkn ajinomoto masukan sekali... Tambahkan tauhu kering, fish cake dan fish ball. Biar hingga mendidih dan kuah menyerap ke dlm tauhu kering okey dah siap...bismillah!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 10:03 AM | Show all posts
kuih bingka tepung beras

Resepi:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
7 cawan santan
Garam

Masak semua bahan diatas sampai betul2 pekat..
Masuk loyang n bakar dlm oven dalam sejam,saya bakar 1jam 30 minit..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 10:04 AM | Show all posts
KARI AYAM MINANG

Bahan:
1 ekor ayam
20 tangkai cili padi(klu nk pedas kaw blh + lg)
1 biji bwng besar
3 ulas bwng putih
1/2 inci halia
1/2camt serbuk kunyit
(Mesin semua bhn ni)
1 pkt kecik rempah kari daging(bancuh dgn air)
3@4 biji kntang(belah 4)
5@6 helai daun limau purut
2 btng serai-ketuk
1 kotak santan 200 ml
3 kpng asam keping
garam perasa n sedikit gula

Cara:
Tumis bhn mesin hingga naik bau
Masukkn daun limau n serai
Masukkn rempah kari daging n tumis smpai garing..
Masukkn 2 gelas air
Masukkan ayam dan kentang
Masukkn asam keping,garam gula n perasa..
Masak hingga ayam n kentang empuk
Akhir skali masukkn santan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2022 10:09 AM | Show all posts
PULUT MANGGA THAI

Bahan-bahannya :
● Bahan-bahan untuk pulut mangga
● 400 gram beras pulut, rendam semalaman
● 1 cawan santan pekat
● 1 cawan santan cair
● 2-3 sudu besar gula
● sedikit garam
● beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
● 2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
● 3 biji mangga
Bahan untuk kuah santan:
● 1 cawan santan pekat
● 1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
● 1 helai daun pandan, carik dan simpul
● garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk pulut:
1. Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
2. Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
3. Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
4. Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati.
Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut.
Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
5. Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.
.
.
Cara-cara untuk kuah santan:
1. Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana.
Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul.
Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
2. Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 10:10 AM | Show all posts
Roti canai

-Tepung gandung 1kg
-gula
-garam
-air suam
-planta 2sudu
-minyak masak 3sudu
-kuning telur sahaja(sebijik)
-larut kan garam,gula bersama air suam..
-planta,telur dan minyak masak gaulkan bersama tepung td..
-masuk kan air td sedikit demi sedikit..
-uli sampai doh x melekat di tangan
(Jika lembik tambah kn tepung...klu keras renjis kan air dan uli semula
-siap di uli biarkan dlm 10 minit..kemudian boleh buat doh bulat2..
-doh td sapu dengan Planta,,biar semalaman esok pg baru tebar..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 10:12 AM | Show all posts
NASI GORENG KAMPUNG AYAM GORENG KUNYIT KEDAI SIAM STYLE

Resepi nasi grg kg:
Nasi
Ikn Bilis digoreng
Cili api ketuk
3 ulas Bwg putih ketuk
Bwg Holland Hiris
Kangkung
Belacan
Sos tiram
Sos ikan@ nampla
Telor sbiji

cara memasak:
Pnaskn myk..Msukkn bhn yg diketuk td.. msokkn blcn.. kacau rata..msukan sos tiram..pecahkn telo..agak garing...masukkn nasi.. gaul rata dgn api besar..masukn sos ikn@nampla...gaul rata...Msukkn bilis yg telah digrg dan Msukkn kangkung..Ttup api..

Resepi ayam kunyit:
Isi aym Bhgian dada(Hiris)
Letakkn serbuk kunyit
serbuk cili
Garam
Sos ikan
Mnyak masak
(Semua digaul bersama ayam..rehatkan)
Kacang Panjang
Bwg Holland Hiris
Cili hijau hiris

Cara memasak :
Panaskan Mnyk(deep fried)
Biar Mnyk Btol panas... msokkn ayam..biar kuning keemasan.. dh ok Angkat dan toskan...kmudian Msukkn Bwg,kcg pnjg dan cili hijau..dh cntik..toskan..hiaslah mn Ptot..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2022 10:13 AM | Show all posts
Karipap pusing

(doh minyak)
2 cwn tpg gandum
1 sudu tpg jagung/t.beras
3-4 sudu minyak msk yg telah panaskn
Garam secubit
Air sejuk dari peti ais secukup untuk doh .
Di gaul sebati tpg n minyak tadi pastu baru masuk air sejuk sedikit demi sedikit sampai jadi doh yg lembut..bahagi beberapa bahagian dan leperkn..
(tgok dlm gambar)
(Doh marjerin)
1 cwn tpg gandum
1/2 sudu tpg jagung/ t.beras
Marjerin secukupnye untuk bancuhan..

Gaul tpg ngan marjerin sampai jadi doh..
bahgi doh mengikut doh yg pertama tadi..buat bulat²...masukkn dlm doh yg pertama yg dah di leper kn tadi..
tutupkn bulat²kn sedikit...buat sehingga abis...rehatkn doh dlm 15 minit baru di gelekkn ,dah di gelek gulung lgi sekali baru di potong ikut ketebalan yg kite nk...
pastu gelek lagi baru masukkn inti kelim tepi baru goreng...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:40 PM GMT+8 , Processed in 0.381557 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list